Pembukaan Semula Sekolah Pada September Sangat Berisiko


Kanak-kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini.


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak mungkin terdedah kepada risiko lebih besar dengan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan pada September ini, berikutan kemunculan varian Delta wabak COVID-19 yang mudah menular, demikian menurut badan pemikir bebas EMIR Research.

Ketua Sains dan Teknologi EMIR Research Ahmad Ameen Mohd Kamal berkata kumpulan pemikir itu sebelum ini telah mencadangkan bahawa petunjuk paling minimum untuk pembukaan semula sekolah adalah apabila semua penduduk dewasa telah divaksinasi, yang disasarkan menjelang Oktober.

"Bagaimanapun, cadangan ini berdasarkan kepada andaian sebelum ini iaitu kumpulan usia yang lebih muda lebih cenderung untuk tidak menunjukkan gejala teruk, dan mereka yang sudah lengkap divaksin kebanyakan masanya akan dilindungi.

"Namun, kemunculan varian baharu seperti Delta dan kes baru-baru ini membuktikan bahawa ia bukan masalahnya dan kita meletakkan kanak-kanak (dan dewasa terdedah kepada) risiko lebih besar melalui pembukaan sekolah ini," katanya dalam artikel kajian badan itu bertajuk 'Very Risky to Reopen Schools in September'.

Ahmad Ameen berkata golongan berusia bawah 18 tahun, iaitu hampir 30 peratus penduduk Malaysia, adalah kumpulan terbesar tanpa perlindungan.

KPM perlu ada SOP terperinci sebelum buka sekolah "Cepat atau lambat, mereka harus dilindungi daripada virus, sama ada menerusi vaksinasi atau imuniti semula jadi. Bagaimanapun, terlalu awal untuk mempertaruhkan nasib mereka," katanya.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia pada November 2020, Ahmad Ameen berkata Lembah Klang mempunyai jumlah kanak-kanak bawah 18 tahun paling ramai iaitu 24.4 peratus.

Beliau berkata Sabah dan Johor mempunyai peratusan penduduk yang lengkap vaksinasi paling rendah setakat 11 Ogos iaitu masing-masing dengan 13.2 peratus dan 16.8 peratus, namun mempunyai penduduk bawah 18 tahun yang kedua dan ketiga tertinggi iaitu masing-masing 12.4 peratus dan 11.6 peratus.

"Berikutan varian yang sangat mudah menular yang menghindari kekebalan tubuh, menyebabkan jangkitan ke atas individu yang telah lengkap divaksin dan imuniti mukosa yang tidak mencukupi yang mencabar konsep tradisional imuniti kelompok, sasaran penduduk dewasa lengkap divaksin menjelang Oktober juga mungkin tidak mencukupi untuk melindungi dewasa dan kanak-kanak - apatah lagi pada awal September?

"Persoalannya kini adalah antara risiko kesan sampingan vaksin berbanding risiko jangkitan dan gejala lebih teruk daripada varian baharu SARS-CoV-2.

"Difahamkan, banyak ibu bapa tidak bersedia mengambil kesempatan menerusi imuniti semula jadi memandangkan potensi risikonya," katanya.

Beliau berkata ada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin terlebih dahulu, manakala mereka yang risau dengan jangkitan virus dan kesan sampingan vaksin mungkin memilih untuk mengelakkan anak-anak ke sekolah sehingga mendapat maklumat lanjut dan penyelesaian yang lebih selamat.

"Tambahan pula, cuti sekolah akan bermula pada November. Mengapa mengambil risiko pada September dan Oktober?

"Justeru, waktu paling cepat untuk pembukaan semula sekolah mungkin awal tahun hadapan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Ameen berkata walaupun didapati golongan muda kurang mendapat gejala lebih teruk oleh jangkitan Delta atau varian lain, kes-kes jangkitan mungkin meningkat apabila sekolah dibuka semula.

-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/pembukaan-semula-sekolah-pada-september.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Digesa Pertimbang Semula Keputusan Buka Sekolah 1 September

Kpm Digesa Pertimbang Semula Keputusan Buka Sekolah 1 September

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 272 hits
Pada 14 Ogos 2021oleh PENTADBIRPemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Kementerian Pendidikan mempertimbangkan semula keputusan membuka semula sekolah pada 1 September Katanya ia mengambil kira situasi Covid 19 yang semakin memburuk ket...
Petisyen Bantah Pembukaan Sekolah September Depan Dilancar

Petisyen Bantah Pembukaan Sekolah September Depan Dilancar

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 514 hits
August 11 2021 Satu kempen dalam talian yang mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia agar menangguhkan pembukaan secara bersemuka dibuka kepada rakyat negara ini Petisyen mendesak KPM menangguhkan pembukaan sekolah itu dimulakan semalam ol...
Awal Ashaari Us1k Lyla Amina Sampai Terbangun Telatah Terus Tidur Semula Comel Sangat Baiknya Dia

Awal Ashaari Us1k Lyla Amina Sampai Terbangun Telatah Terus Tidur Semula Comel Sangat Baiknya Dia

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 232 hits
Anak selebriti antara yang menjadi nama nama akaun popular di platform Instagram dimana ada yang sedari kecil sudah mempunyai ramai peminat mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi bukan Lyla Amina iaitu anak kepada pasangan bagai pinang dibela...
Fikir Risiko Murid Tangguh Buka Sekolah 1 September Ini

Fikir Risiko Murid Tangguh Buka Sekolah 1 September Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 303 hits
Guru membantu murid menggunakan cecair pembasmi kuman ketika pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021 Sekolah dibuka berperingkat mulai 1 September Wawancara minggu ini menemu ramah Dekan Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Id...
Menteri Pembukaan Sekolah Di Negeri Fasa 2 3 Ppn Ditangguh Sebulan

Menteri Pembukaan Sekolah Di Negeri Fasa 2 3 Ppn Ditangguh Sebulan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 182 hits
Tarikh pembukaan semula sekolah bagi negeri negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara ialah pada 3 Okt iaitu dilewatkan berbanding 1 Sept seperti yang diumum sebelum ini Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata bagaimanapu...
Mommy Fariza Suka Sekolah Rindu Sangat Fariza Dengan Sekolah

Mommy Fariza Suka Sekolah Rindu Sangat Fariza Dengan Sekolah

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 417 hits
hai assalammualaikumFariza Rindu Sekolah Berubah terus berubah sama sekali kehidupan kita semua bila adanya covid ni Tak disangka kehidupan kita akan jadi seperti ini Terutama dekat anak anak yang masih kecil baru nak mengenal dunia luar ba...
Kontraksi Yang Lama 18 20 Jam Diketagori Sebagai Poor Progress Labour Sangat Berisiko Untuk Ibu Bayi

Kontraksi Yang Lama 18 20 Jam Diketagori Sebagai Poor Progress Labour Sangat Berisiko Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 195 hits
Proses bersalin yang lama atau poor progress labour boleh menimbulkan beberapa komplikasi kepada ibu dan bayi Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan dari rahim Bagi kelahiran yang normal proses berlangsung sel...
Pembukaan Semula Pelancongan Krabi Phang Nga Pada Ogos 2021

Pembukaan Semula Pelancongan Krabi Phang Nga Pada Ogos 2021

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 573 hits
Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand sudah merancang Pembukaan Semula Pelancongan Krabi Phang Nga Pada Ogos 2021 kepada pelancong asing tanpa kurantin dalam projek sandbox sebelum pembukaan sepenuhnya negara itu dijadualkan pada bulan...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Maksud Karamah Insaniah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort

Malaysia Tops Open Data Rankings In Historic First

We Re Not Just On Social Media Sabah Muda Tells Analysts

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Working With Bn Has Cons For Ph Too Says Pkr S Hassan

Misi Ke Asrama Penuh 2026 Persediaan Pksk Dan Ukkm Dari Rumah Secara Online