Kanak Kanak 3 Tahun Jatuh Dari Tingkat 18 Ditemui Selamat


Berita luar biasa ini benar-benar menyentuh hati ramai ibu bapa. Seorang budak lelaki berusia 3 tahun jatuh dari tingkat 18, namun ditemui masih hidup dalam keadaan sedar. Insiden yang berlaku di Hangzhou, China pada 15 Julai lalu ini menjadi tular dan mendapat perhatian luas di media sosial bukan sahaja kerana kejadian yang mencemaskan, tetapi kerana pengakhiran yang sangat mengejutkan dan menyentuh hati.
Terjaga Dari Tidur, Panjat Tingkap Menurut sumber, kejadian berlaku sewaktu mangsa ditinggalkan bersama datuk dan neneknya. Mereka keluar sebentar membeli barang dapur, dengan sangkaan bahawa cucu mereka sedang tidur lena. Sebagai langkah keselamatan, mereka mengunci pintu rumah.

Namun siapa sangka, si kecil itu terjaga, berjalan ke bilik air dan dipercayai memanjat ke tingkap melalui mangkuk tandas. Lebih membimbangkan, tingkap di rumah itu tidak mempunyai jeriji keselamatan, menjadikan situasi lebih berisiko.
Jatuh Dari Tingkat 18, Diselamatkan Pokok Apa yang berlaku selepas itu ibarat satu keajaiban. Ketika jatuh, tubuh anak kecil ini terlanggar tingkap terbuka di tingkat 17, yang mengubah arah kejatuhan. Selepas itu, dia tersangkut pada sebatang pokok besar yang tumbuh berhampiran bangunan.
Pokok inilah yang menyerap impak kejatuhan dan menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu. Seorang penduduk yang sedang lalu di kawasan itu terlihat si kecil terbaring di tanah dan segera menghubungi pengurusan bangunan. Mangsa segera dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Bunga merah menajdi simbolik penghormatan dan keraian menurut tradisi Cina- Foto South China Morning Post Patah Tangan Tapi Kepala Tak Terjejas Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami patah tangan kiri, ketegangan tulang belakang dan kecederaan organ dalaman. Namun yang luar biasanya, otaknya tidak mengalami sebarang kecederaan! Satu keajaiban yang sukar dijelaskan dengan logik.
Doktor yang merawat menyifatkan insiden ini sebagai miracle atau keajaiban. Ketika sedar, si kecil sempat meminta ayahnya membelikannya mainan robot Bumblebee menunjukkan keadaan mental dan emosinya masih stabil.
Sebagai tanda syukur, si ayah yang dikenali sebagai Zhu menggantung bunga merah besar pada pokok yang menyelamatkan anaknya sebagai simbol penghargaan dan kehormatan dalam budaya masyarakat Cina.
Namun dalam masa yang sama, netizen mengecam kecuaian penjaga yang membiarkan tingkap tanpa jeriji serta meninggalkan kanak-kanak tanpa pemantauan rapi. Antara komen tular ialah:
“Jaga kucing pun orang tutup semua tingkap, apatah lagi anak.”
Keselamatan Anak Tak Boleh Dikompromi Kisah budak 3 tahun jatuh dari tingkat 18 ini wajar dijadikan pengajaran besar buat semua ibu ayah, lebih-lebih lagi yang tinggal di kediaman bertingkat tinggi.
Berikut langkah keselamatan yang wajib dititikberatkan:
✅ Pasang jeriji keselamatan pada setiap tingkap dan balkoni.
✅ Elakkan letak perabot berhampiran tingkap – anak mudah panjat.
✅ Kunci bilik air dan ajar anak agar tidak bermain di dalamnya.
✅ Gunakan monitor bayi atau kamera keselamatan di rumah.
✅ Jangan tinggalkan anak kecil sendirian walaupun sekejap.
Sebagai ibu ayah, kita tidak mampu mengawal semua perkara, tetapi kita boleh mengurangkan risiko.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kanak-kanak-3-tahun-jatuh-dari-tingkat-18-ditemui-selamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kes Kanak Kanak Jatuh Bangunan Budak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 8

Lagi Kes Kanak Kanak Jatuh Bangunan Budak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 8

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 159 hits
BernamaSHAH ALAM Seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat lapan sebuah flat di Pelabuhan Klang pagi tadi Timbalan Ketua Polis Klang Selatan Kamalariffin Aman Shah berkata pihaknya...
Mayat Kanak Kanak Hilang Ditemui Tertanam Di Rompin Lelaki 36 Tahun Ditahan

Mayat Kanak Kanak Hilang Ditemui Tertanam Di Rompin Lelaki 36 Tahun Ditahan

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 181 hits
JEMPOL Mayat dipercayai milik seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Johor Bahru minggu lalu telah ditemui tertimbun dalam belukar di Rompin di sini pada petang Isnin Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad ...
5 Hari Terperangkap Penyelam Hilang Ditemui Selamat Dalam Gua Bawah Air

5 Hari Terperangkap Penyelam Hilang Ditemui Selamat Dalam Gua Bawah Air

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 111 hits
5 Hari Terperangkap Penyelam Hilang Ditemui Selamat Dalam Gua Bawah Air Seorang penyelam di China berjaya diselamatkan selepas lima hari terperangkap dalam sebuah gua bawah air yang gelap gelita Menurut SCMP insiden berlaku pada 19 Julai la...
Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut

Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 142 hits
Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut SEREMBAN 28 Julai Polis menemukan mayat seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun yang disyaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin Jempol di sini petang tadi Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad ...
Mayat Lelaki Hilang 28 Tahun Ditemui Sempurna Dalam Glasier Kohistan

Mayat Lelaki Hilang 28 Tahun Ditemui Sempurna Dalam Glasier Kohistan

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 143 hits
ISLAMABAD 7 Ogos Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 28 tahun lalu ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan hampir tidak terjejas selepas glasier mencair di kawasan pergunungan Kohistan Pakistan Ditemui Secara Tidak ...
Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

Kanak Kanak 6 Tahun Cipta Rekod Malaysia Kenal Pasti 65 Mata Wang Asing Dalam Satu Minit

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 131 hits
Pada usia baru mencecah enam tahun D Devakshean seorang kanak kanak lelaki yang luar biasa pintar telah mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang asing dari pelbagai negara dalam masa hanya satu minit Kejayaan ini sekali ...
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke 8

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke 8

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 165 hits
Alhamdulillah genap 8 tahun kita melayari bahtera perkahwinan Dalam tempoh ini terlalu banyak kenangan yang kita cipta bersama ada suka ada duka ada tawa dan juga air mata Namun di sebalik setiap ujian dan nikmat aku melihat rahmat Allah ya...
Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 8 Ibu Ayah Tolong Ambil Iktibar

Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 8 Ibu Ayah Tolong Ambil Iktibar

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 143 hits
Tragedi memilukan di Flat Seri Perantau Pelabuhan Klang menggemparkan seluruh negara apabila seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lapan pangsapuri Insiden yang berlaku sekitar jam 2 30 petang tad...
Kanak Kanak Perempuan 12 Tahun Cedera Disamun Ibu Bapa Perlu Lebih Waspada

Kanak Kanak Perempuan 12 Tahun Cedera Disamun Ibu Bapa Perlu Lebih Waspada

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 146 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami detik cemas apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Putra Perdana Sepang pada Khamis Lebih menyayat hati senjata yang digunakan dalam kejadian ini diperc...
Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Status My Story Not Yours

Makan Makan Di The Komunal Eco Grandeur

Printing Kotak Sachet Juice Botanical Pilihan Terbaik Untuk Branding Lebih Menonjol

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia