Kamu Sudah Hukum Saya Tolong Jadi Professional Suria Fm Luahan Sayu Shahrol Shiro Selepas Diaibkan Pihak Suria Fm
PELAKON dan pelawak Shahrol Shiro menyelar dakwaan kontraknya bersama stesen radio Suria FM ditamatkan atas dasar masalah disiplin.
Shahrol, 34, berkata dia amat terkilan apabila Suria FM bersikap tidak profesional sekali gus turut mengaibkannya.
“Tolong jadi profesional Suria FM! Kenyataan saya sebelum ini sudah berterima kasih dan menghargai kamu. Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengaibkan saya.
“Kenapa timbulnya isu ini? Adakah disebabkan hasad dengki? Atau terdengar bisikan syaitan?
“Biar saya jelaskan satu-persatu. Isu ponteng kerja, cuti sakit dan disiplin memang ada berlaku sepanjang MLM2018 (Maharaja Lawak Mega 2018). Kadang-kadang mencari idea sehingga jam 3 pagi, pukul 5.30 sudah bangun, ada yang terlajak.
“Apa hukuman kamu? Kamu gantung dan tolak gaji saya. Saya berlapang dada dan terima keputusan. Kamu sudah menghukum saya!!!” tulisnya di Instagram.
Shahrol juga kecewa apabila Suria FM tidak menyokong perjuangannya dalam MLM2018 serta tidak bertimbang rasa dengan jadualnya.
“Sepatutnya kamu berikan sokongan, penyampai kamu ada dalam pertandingan. Ini tidak. Gambar saya di sosial media @suriamalaysia jarang sekali di’repost’.
“Sepanjang jelajah Suria, ada tempat yang tidak dapat pergi kerana masalah keluarga dan ‘show’ sudah ‘lock’ (diterima) terlebih awal. Kamu suruh saya naik bas untuk jelajah Suria setiap Jumaat sedangkan kamu tahu saya terbabit dalam Super Spontan,” demikian antara luahannya.
Terdahulu, pihak pengurusan Suria FM menafikan kenyataan dikeluarkan Shahrol untuk mahu fokus dengan syarikat produksi miliknya, Bushido Production yang beroperasi di Johor sebagai alasan tidak menyambung kontrak.
Sebaliknya, mereka terlebih dahulu menamatkan kontrak Shahrol lebih awal iaitu pada 11 Januari lalu, biarpun kontrak sebenar anggota Shiro itu adalah selama setahun bermula 1 Ogos 2018.
sumber : Harian Metro
Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio di Suria FM kerana masalah disiplin
Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria berkuatkuasa pada 11 Januari lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.
“Memang benar kontrak Shahrol sebagai penyampai Suria ditamatkan lebih awal kurang enam bulan selepas berkhidmat bersama Suria.
“Dia sebenarnya menandatangani kontrak selama setahun, tetapi pihak kami terpaksa menamatkan kontrak tersebut lebih awal atas faktor prestasi kerja yang kurang memuaskan,” kata DJ Lin.
Antara masalah disiplin yang didakwa dihadapi Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi adalah ingkar perintah dan melanggar garis panduan kerja yang ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit tanpa sijil MC serta tidak menghadiri acara anjuran Suria.
Dalam pada itu, DJ Lin menegaskan pihak Suria masih tiada perancangan untuk mencari pengganti Shahrol bagi mengisi kekosongan dalam Team Pagi Suria. Sebaliknya, slot pagi Suria akan terus bersiaran seperti biasa bersama penyampai Issey dan Fizi Ali.
Terdahulu, Shahrol bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai oleh Ajak telah dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2018 pada Jumaat lalu.
sumber : Kosmo Online
sumber : Awang Serama Youtube Channel & matbawang
The post “Kamu Sudah Hukum Saya, Tolong Jadi Professional Suria FM!” Luahan Sayu Shahrol Shiro Selepas Diaibkan Pihak Suria FM appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/kamu-sudah-hukum-saya-tolong-jadi-professional-suria-fm-luahan-sayu-shahrol-shiro-selepas-diaibkan-pihak-suria-fm/