Kami Terumbang Ambing Tolong Batal Spm Rayu Pelajar Tingkatan 5



PETALING JAYA: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merayu kerajaan membatalkan peperiksaan itu, menyatakan kaedah pembelajaran norma baharu mengakibatkan kualiti pembelajaran merosot.
Ia sekali gus menjejaskan persiapan mereka menjelang peperiksaan yang dijadualkan pada 22 Feb ini selepas beberapa kali ditunda.
Pada Jun tahun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan penangguhan SPM 2020 ke 9 Jan, sebelum ia ditukar ke tarikh baharu susulan peningkatan kes Covid-19.
Seorang calon SPM dari Ipoh hanya mahu dikenali sebagai Chan memberitahu FMT, berdasarkan situasi semasa beliau berpendapat peperiksaan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan dan perlu dibatalkan.
Katanya, segelintir guru di sekolahnya hilang motivasi untuk mengajar dan meninggalkan pelajar dalam keadaan terumbang-ambing mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan besar itu.
Chan berpandangan, dengan lebih banyak masa di rumah guru seharusnya lebih bersedia untuk mengajar namun realitinya tidak begitu.
Malah, ada antara mereka tidak mengikuti jadual pembelajaran yang sudah ditetapkan sebelumnya.
“Saya ada tiga orang guru. Masing-masing mengajar bahasa Melayu, sejarah dan kimia. Mereka sering membatalkan kelas dan membiarkan kami belajar sendiri,” katanya.
Chan mencadangkan, sistem gred dilaksanakan mengikut penilaian guru, sama seperti kaedah dilaksanakan di sekolah di United Kingdom, apabila Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) dibatalkan.
Nurul Rifayah dari Selangor, bersetuju peperiksaan SPM dibatalkan. Beliau turut merasakan guru tidak memberikan sepenuh komitmen bagi mempersiapkan calon SPM tahun ini.
“Ada guru yang batalkan kelas. Ada juga murid tidak ada akses internet atau kemudahan digital lain. Sebahagian guru juga tidak begitu arif untuk menggunakan PowerPoint, Zoom dan peralatan dalam talian. Ini secara tidak langsung menjejaskan kualiti pembelajaran sekali gus mengakibatkan prestasi murid merosot,” katanya.
Katanya, pandemik ini adalah pengalaman yang benar-benar membuka mata dan memberi peluang untuk menambah baik sistem pendidikan ketika ini dan pasca Covid- 19.
“Saya berpendapat sistem penilaian oleh guru sebagai satu kaedah terbaik buat masa ini. Nilai prestasi kami dari tingkatan satu hingga sekarang. Lakukan temuduga terhadap pelajar dan juga guru untuk menilai kemahiran selain kemampuan kami dari segi akademik,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi calon SPM dari Ipoh Eva Ray Siew tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Katanya, dia “penat” dengan ketidaktentuan ini dan berharap SPM dapat diadakan segera supaya boleh meneruskan rancangan lain.
“Saya harap mereka tak batalkan atau tangguh lagi. Saya cuma mahu semua ini berakhir segera.
“Tarikh peperiksaan sudah berkali-kali ditangguhkan. Kami tertekan dan tertanya-tanya bila sebenarnya tarikh untuk kami menduduki peperiksaan? Adakah esok atau beberapa bulan lagi? Kegelisahan semakin memuncak dan ini benar-benar meletihkan,” katanya.
Dia turut menghadapi masalah belajar secara dalam talian memandangkan tiada komunikasi secara langsung dengan guru.
Malah, katanya sebahagian guru juga tidak menawarkan bantuan kepada pelajar di luar waktu kelas.
“Kita sudah begitu hampir dengan tarikh itu (peperiksaan). Tapi dengan segala hormatnya, saya terpaksa nyatakan ini kerana kerajaan berkali-kali membuat pengumuman penting di saat akhir. Lebih baik teruskan saja,” katanya.
The post Kami ‘terumbang-ambing’, tolong batal SPM, rayu pelajar tingkatan 5 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/10/kami-terumbang-ambing-tolong-batal-spm-rayu-pelajar-tingkatan-5/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kami-terumbang-ambing-tolong-batal-spm-rayu-pelajar-tin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 295 hits
Anwar Ibrahim menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan undang undang mana yang menghalang rakyat...
Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

Hanipa Persoal Tindakan Polis Siasat Anwar Rayu Agong Batal Darurat

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 411 hits
January 28 2021 10 20 AMBekas timbalan menteri Hanipa Maidin berkata gesaan membatalkan perisytiharan darurat yang dibuat oleh mana mana pihak bukan kesalahan jenayah PETALING JAYA Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan p...
Pn Terumbang Ambing Rakyat Perlekeh Sop Sebagai Semua Orang Pening Kata Daim

Pn Terumbang Ambing Rakyat Perlekeh Sop Sebagai Semua Orang Pening Kata Daim

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 306 hits
February 15 2021 PETALING JAYA Wabak Covid 19 mendedahkan kerajaan Perikatan Nasional sedang terumbang ambing dalam melaksanakan fungsi asasnya iaitu mentadbir negara kata ahli politik veteran Daim Zainuddin Beliau berkata walaupun Malaysia...
5 Pelajar Spm Mrsm Bentong Positif Covid 19

5 Pelajar Spm Mrsm Bentong Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 351 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD BENTONG Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara Bentong di sini yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia positif Covid 19 Selain lima pelajar berkenaan tiga pekerja dewan makan institusi itu turut disahkan positi...
Covid 19 Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar Spm

Covid 19 Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar Spm

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 314 hits
KUANTAN Calon Sijil Pelajaran Malaysia di negeri ini daripada keluarga yang positif Covid 19 akan ditempatkan di sebuah pusat kuarantin khas bagi menduduki peperiksaan yang dijadual bermula 22 Februari ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wa...
Mb Lulus Peruntukan Segera Rm10 000 Untuk 19 Pelajar Spm Yang Ditempatkan Di Kuipsas

Mb Lulus Peruntukan Segera Rm10 000 Untuk 19 Pelajar Spm Yang Ditempatkan Di Kuipsas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 425 hits
KUANTAN Nasib 19 pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dikuarantin di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah mendapat perhatian Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau melakukan lawatan ke pusat ku...
Ada Mara Mara Pun Lingkup Ini Untuk Orang Melayu Haqam Melingkup Dulu 70an Mara Adalah Untuk Pelajar Cemerlang Melayu

Ada Mara Mara Pun Lingkup Ini Untuk Orang Melayu Haqam Melingkup Dulu 70an Mara Adalah Untuk Pelajar Cemerlang Melayu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 352 hits
Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul AsmaHasimi MuhamadFebruari 10 2021 Ebit Lew bergegas ke Tumpat Kelantan selepas mendengar kisah mengenai Nurul Asma Alya Mohd Zainal yang memerlukan bantuan Gambar Facebook Ebit Lew...
Ebit Lew Taja Rm40 000 Bantu Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian

Ebit Lew Taja Rm40 000 Bantu Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 282 hits
BernamaTajaan itu membabitkan tempoh pengajian selama dua tahun setengah termasuk penginapan Nurul Asma Alya yang juga bekas pelajar Kolej Profesional Mara dengan kelulusan 3 95 CGPA KOTA BHARU Pendakwah terkenal Ebit Lew menaja sepenuhnya ...
Pandemik Heret Pelajar Universiti Ke Kancah Sugar Baby

Pandemik Heret Pelajar Universiti Ke Kancah Sugar Baby

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 275 hits
Seramai 12 705 pelajar dari 10 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang termasuk dua universiti awam terjebak dalam kancah sugar baby PETALING JAYA Peningkatan kes Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan menyebabkan lebih ramai pelajar u...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara