Kami Sudah Berusia Masa Tidak Lama Namun Semangat Perjuangan Masih Marak Tun M Anwar Ibrahim


Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.”

Itu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

“Dua tahun lepas, kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.





“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya.

“Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia Baharu,” kata mereka.

Ahli Parlimen Langkawi dan Port Dickson itu berkata, tarikh 9 Mei dianggap sebagai bermakna dalam sejarah demokrasi negara.


Tarikh tersebut menurut mereka, menyaksikan perjalanan hampir 15 juta rakyat Malaysia dari setiap pelusuk negeri hingga ke seberang lautan, tanpa mengira kekangan hari bekerja telah menzahirkan suara mereka dalam undi untuk bangkit mempertahankan maruah negara.

Menurut mereka, mandat tersebut telah dikhianati pada Februari tahun ini ketika wabak Covid-19 sedang melanda negara.

Dr. Mahathir dan Anwar berkata, mereka tidak mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional yang disifatkan sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa.

“Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat. Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya.

“Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satupun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini,” kata mereka.

Pada 9 Mei 2018 Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Kerajaan Pakatan Harapan hanya mampu bertahan selama 22 bulan apabila beberapa Ahli Parlimen Bersatu diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada gabungan tersebut pada Februari lalu.

Kerajaan Pakatan Harapan menjadi semakin goyah apabila beberapa Ahli Parlimen PKR yang diketuai bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali bertindak keluar parti.

Kedudukan PH sebagai Kerajaan Persekutuan kemudian roboh apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 sekaligus menyaksikan Kabinet yang dianggotai Ahli Parlimen Pakatan Harapan terbubar.

Kumpulan Muhyiddin dan Azmin kemudian membentuk kerjasama dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional, Pas dan parti-parti politik Sabah dan Sarawak di bawah Perikatan Nasional.

Muhyiddin kemudian dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.-SM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/kami-sudah-berusia-masa-tidak-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Sahkan Ph Namakan Beliau Sebagai Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim Sahkan Ph Namakan Beliau Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau dinamakan sebagai Ketua Pembangkang baharu oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan Presiden PKR itu mendedahkan perkara tersebut menerusi siaran langsung di Facebook rasm...
Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 324 hits
Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyidd...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai