Kami Mahukan Keadilan Kembalikan Semula Wang Harian Metro 01 06 2023


 

Kuala Lumpur: Seramai 150 individu yang mendakwa tidak dapat menunaikan umrah seperti dijanjikan Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) tampil membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyelesaikan kemelut itu yang masih berlarutan.
Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata, jumlah aduan itu diterima pihaknya bagi tempoh sepanjang bulan lalu membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM1.5 juta.
"Kita anggarkan jumlah kerugian dialami mangsa membabitkan agensi ini adalah lebih besar kerana ada dalam kalangan jemaah yang menempah pakej platinum berharga puluhan ribu bagi setiap seorang.
"Susulan itu, kita tampil bagi membantu mangsa teraniaya yang bukan saja tidak dapat menunaikan umrah, malah tidak mendapat semula bayaran yang dikemukakan kepada agensi itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas mempengerusikan perbincangan bersama 180 mangsa penipuan umrah oleh syarikat itu menerusi aplikasi Zoom, semalam.
Zharif berkata, dalam perbincangan itu yang turut disertai Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat itu, pihaknya memberi taklimat mengenai kes berkenaan selain terdapat sesi soal jawab dan pengalaman yang dikongsi mangsa bagi mendapatkan pembelaan.
"Kita kesal dengan apa yang menimpa jemaah ini apabila mereka yang terkandas tidak mendapat pembelaan dengan bayaran semula tidak diterima sehingga kini sedangkan ada antara mangsa kehilangan ahli keluarga sepanjang tempoh menunggu untuk berangkat menunaikan umrah.
"Malah, ada mangsa yang mahukan bayaran semula kerana hilang kepercayaan, namun masih belum menerima bayaran. Ada yang dapat tarikh baru penerbangan, namun tarikh yang diletakkan dibuat tanpa perbincangan dengan jemaah," katanya.

Susulan itu, pihaknya menasihatkan supaya mereka tampil membuat laporan kepada pihak polis, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dan pihak lain yang berkaitan bagi menyelesaikan isu ini.
"Pada masa sama, PPIM juga akan mendesak Emraz supaya memaklumkan solusi yang akan diberikan kepada mangsa yang bukan hanya sekadar janji di mulut dan harus ada jaminan termasuk cagaran kerana mangsa sudah menunggu lama.
"Dalam kes ini, PPIM menyediakan perkhidmatan percuma kepada semua mangsa yang tampil membuat aduan sebagai salah satu tanda sokongan kami mengatasi masalah seumpama ini yang berlaku setiap tahun sekali gus menyebabkan kegusaran dalam kalangan bakal jemaah umrah.
"Ini kerana mereka boleh menjadi mangsa meskipun membuat tempahan dengan syarikat berdaftar. Justeru itu, kita meminta supaya pihak berkuasa memantau isu ini bagi mengelak ia berulang semula kerana masyarakat sudah jelak dengan masalah ini," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro
'KAMI MAHUKAN KEADILAN, KEMBALIKAN SEMULA WANG'
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/973056/kami-mahukan-keadilan-kembalikan-semula-wang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/06/kami-mahukan-keadilan-kembalikan-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Gesa Kerajaan Tolak Pindaan Ihr2005 Sinar Harian 24 05 2023

Ppim Gesa Kerajaan Tolak Pindaan Ihr2005 Sinar Harian 24 05 2023

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 484 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan tidak menandatangani pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke 76 di Geneva Switzerland minggu depan Aktivis PPIM D...
Polda Metro Kembali Gelar Street Race Pada 1 Juni 2023

Polda Metro Kembali Gelar Street Race Pada 1 Juni 2023

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 304 hits
Polda Metro Jaya kembali menggelar Street Race seri keenam Balapan resmi di jalanan ini rencananya berlangsung pada 1 Juni 2023
Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eurusd Pada 30 Mei 2023

Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eurusd Pada 30 Mei 2023

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 232 hits
Tinjauan teknikal Pasangan mata wang EURUSD jatuh ke paras urusniaga rendah 1 0684 pada Selasa setelah ia menembusi tahap sokongan interimnya di sekitar kawasan 1 0700 10 Pasangan mata wang tunggal masih diniagakan berhampiran tahap 1 0695 ...
Tarikh Senarai Calon Dan Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

Tarikh Senarai Calon Dan Undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 544 hits
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 ABPBH 35 kembali menghangatkan semula industri kreatif tempatan serta bagi mengiktiraf sumbangan kepada insan kreatif dalam pelbagai medium dan platform popular ABPBH 35 akan diadakan secara berse...
H 5 Formula E 2023 Heru Budi Jajal E Sport Jakarta E Prix

H 5 Formula E 2023 Heru Budi Jajal E Sport Jakarta E Prix

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 324 hits
Heru langsung menjajal e sport tersebut Ia melawan Ananda Mikola dan Project Director Formula E 2023 Ivan Cahya Permana
Fenomena Istiwa Adzam Matahari Tepat Atas Kaabah 2023 Semak Arah Kiblat

Fenomena Istiwa Adzam Matahari Tepat Atas Kaabah 2023 Semak Arah Kiblat

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 434 hits
Setiap tahun umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat semasa fenomena Istiwa Adzam dimana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah Peristiwa Istiwa Adzam membolehkan umat Islam melakukan pemeriksaan ukur arah kiblat dengan lebih ...
Pimpinan Dprd Heran Surabaya Tak Masuk Daftar Smart City Dunia 2023

Pimpinan Dprd Heran Surabaya Tak Masuk Daftar Smart City Dunia 2023

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 391 hits
Pimpinan DPRD heran lantaran Kota Surabaya tidak masuk dalam Smart City Index atau indeks kota pintar di dunia pada tahun 2023 DPRD mempertanyakan penilaian yang digunakan
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Bila Virus Influenza Mula Menular Di Sekolah Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Beli Cat Untuk Locker

Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Aktiviti Taklimat Kesihatan Secara Alami Ppim 14 10 2025

Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

Tentang Rambut Yang Gugur Dan Keyakinan Yang Tumbuh

Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data Analisis Risiko Setiap Kawasan