
To’ki bersama isteri, Fairuz di pondok yang didiami mereka di Batu 12, Gombak. Foto NSTP/Asyraf HamzahSejak tiga hari lalu, Fairuz memberitahu, dia dihujani panggilan telefon dan mesej, tidak kira daripada ahli keluarga, saudara-mara, malah rakan-rakan lama."Bayangkan, jiran rumah lama yang tidak tahu menahu mengenai kisah saya sebelum ini menghubungi. Saudara-mara pun ramai yang telefon bertanya."Jujurnya, malu pun ada, sehingga saya tidak menjawab panggilan telefon. Bukan apa, ramai yang menghubungi menyatakan hasrat untuk datang menghantar sumbangan."Saya hargai sikap prihatin itu. Tapi kami bukanlah orang susah yang tidak cukup makan... Alhamdulillah, semuanya mencukupi."Saya rasa macam nak pekakkan telinga pun ada dan tidak mahu membaca mesej yang diterima," katanya.Tidak dinafikan, sehingga petang tadi, pondok mereka tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.Ada yang datang untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan seperti barangan keperluan.Bagaimanapun, wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini akur tumpuan diterima kerana suami yang dikenali ramai. Biar apapun, Fairuz bersyukur atas keprihatinan semua pihak.
To’ki dan isteri, Fairuz bahagia mendiami pondok mereka yang ketika ini tidak putus-putus dikunjungi teman, saudara-mara dan individu prihatin yang mahu menghulurkan bantuan. Foto NSTP/Asyraf HamzahMelihat keadaan dirinya yang bertongkat berikutan kemalangan pada 10 Jun lalu, Fairuz berkata, dia sukar berjalan selepas tulang pinggulnya patah."Disebabkan itu, ligamen saya lari. Kaki saya sukar untuk berpijak. Doktor nasihat kalau mahu tulang pinggul kembali bercantum, kaki saya tidak boleh jalan bertapak tiga bulan."Bulan depan, saya ada pertemuan dengan doktor. Dia akan teliti sama ada saya perlu jalani fisioterapi atau tidak," katanya. (BH)
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |