Isteri Bukan Suka Suka Berleter Tapi Berleter Ada Makna


Dalam sesebuah perkahwinan, kita harus saling menghargai. Terimalah pasangan seadanya kerana kita juga tidak sempurna. Apabila saling melengkapi, perkahwinan akan lebih harmoni dan membahagiakan. Ada masanya perkahwinan diuji dengan dugaan tertentu.
Bosan dan mula hilang rasa sayang boleh menyebabkan rumah tangga menjadi goyah. Sesungguhnya untuk kita benar-benar mengenali pasangan kita adalah apabila kita sudah berkahwin dengannya. Kita tidak boleh mengharapkan yang sempurna kerana kita juga ada kekurangannya.

Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri tentang hal ini.
Isteri, Anugerah Teragung
Isteri kita ni, anugerah teragung Allah yang sangat unik buat kita.
Masa kita bercinta dengan dia dulu, takde cacat celanya. Semua nampak perfect. Maklum sajalah, hati dah suka.
Yang tak berkenan sikit-sikit tu kita halalkan saja. Kalau ada yang tak serupa dengan kita, kita akan usahakan supaya jadi sama seia sekata.
Yang tak sama, kita akan samakan. Yang bukan kegemaran kita, kita akan pura-pura gemar dan suka.
Waktu Bercinta Semua Wangi
Tiada dunia yang lebih indah daripada dunia ketika bercinta. Pendek kata, kentut dia pun kita kata wangi!
Kalau bercakap, kita akan bercakap lemah lembut manja-manja. Kalau berjalan kita akan berpimpin tangan.
Masa kita dah kahwin, kita duduk bersama. Baru kita tahu banyak perkara rahsia. Banyak juga benda yang kita tak suka.
Itu tak cukup sempurna. Ini tak berkenan di mata. Macam-macam kekurangan yang kita mula rasa.
Nada suara pun dah makin meninggi. Tak kena sikit, terus tengking. Takde dah nak sweet-sweet.

Kalau berjalan bersama tu, 2, 3 tiang ditinggalkan isteri di belakang. Kalau dah ada anak, lagi la. Isteri sibuk dengan anak, kita sibuk hirup udara segar seorang diri.
Masa tu lah, kita mula rasa kalaulah kita tak tergesa-gesa berkahwin dulu, maybe kita boleh cari orang lain yang lebih bagus.
Tapi, itulah dia. Selagi kita tak kahwin dengan dia, kita tak akan nampak la apa kelemahan dan kekurangan dia.
Dan kalau kita kahwin dengan orang lain sekalipun, benda sama jugak yang kita akan rasa.
Artikel Lain: [Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial. Boleh Undang Fitnah!]
Bersyukurlah, Tiada Manusia Sempurna
Yelah, belum kahwin, memang kita rasa macam orang lain lebih bagus dari isteri kita. Tapi lepas kahwin baru tahu orang lain pun banyak kekurangan.
Jadi bersyukurlah. Itulah jodoh kita yang terbaik ketentuan Allah untuk kita.
Kawan-kawan, tiada manusia yang sempurna.
Sebagaimana kita nampak isteri kita tidak sempurna, kita juga manusia seperti dia. Kita juga tak sempurna.
Sebagaimana kita nampak isteri kita banyak kelemahan, kita juga manusia seperti dia. Kita juga banyak kelemahan.
Nanti, bila isteri kita tiada lagi, kelemahan itu akan jadi suatu kehilangan.
Artikel Lain: [Doa Bahagia Suami Isteri, Sama-Sama Sedekahkan Al Fatihah & Bacalah Doa Ini Lepas Solat]
Bila Dah Tiada, Leteran Isteri Yang Akan Kita Rindukan
Kalau isteri kita suka berleter, tunggu bila dia dah tiada. Leteran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bantah kita, tunggu bila dia dah tiada. Bantahan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalai isteri kita suka suruh kita itu ini, tunggu bila dia dah tiada. Suruhan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka kemas rumah sampai kita naik rimas, tunggu bila dia dah tiada. Kekemasan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.

Kalau isteri kita suka kata kat kita macam-macam, tunggu bila dia dah tiada. Kata-kata dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bergaduh dengan kita, tunggu bila dia dah tiada. Gaduh-gaduh dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur berdengkur, tunggu bila dia dah tiada. Dengkuran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur gigi bergesel, tunggu bila dia dah tiada. Geselan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kuat mengigau masa tidur, tunggu bila dia dah tiada. Mengigau itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita selalu merajuk, tunggu bila dia tiada. Rajukan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kadang-kadang perangainya menyakitkan hati kita, tunggu bila dia dah tiada. Rasa sakit hati itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Allah… masa tu, kita akan minta dengan Allah supaya panjangkan lagi satu detik. Kita nak ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri kita.
Kawan-kawan, daripada kita penat mencari kesempurnaan, baik kita jadi sebahagian daripada kesempurnaan pasangan kita.

Perkahwinan itu saling melengkapi.
Yang mana kita lebih, itulah yang akan menyempurnakan isteri kita. Yang mana dia lebih, itulah yang akan menyempurnakan diri kita sebagai suami.
Belajar berlapang dada. Belajar mensyukuri. Belajar cukup dengan apa yang ada.
Waktu yang kita ada tak banyak mana dah. Sama ada kita pergi dulu mengadap Ilahi atau isteri kita yang pergi dulu. Its just a matter of time.
Andai ini kesempatan terakhir yang kita miliki, manfaatkan sebaiknya. Jangan bila dah tiada baru nak bertindak.
Kerana selepas itu jarak antara perpisahan kita di dunia dengan pertemuan semula di syurga nanti adalah jarak yang tidak pasti…
The post Isteri Bukan Suka-Suka Berleter, Tapi Berleter Ada Makna appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-buka-suka-suka-berleter-tapi-berleter-ada-makna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab Gadis Ini Kongsi Ketenangan Apabila Menutup Rambut

Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab Gadis Ini Kongsi Ketenangan Apabila Menutup Rambut

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 331 hits
Saya Cina tapi saya suka berhijab itu kata seorang gadis yang kini menjadi perbualan ramai khususnya di platform Twitter Menggunakan akaun jiaqing28512216 gadis tersebut mencuri tumpuan apabila tampil dengan gaya berhijab atau bertudung Mal...
Kami Bukanlah Orang Kaya Tapi Luah Isteri Penyanyi To Ki

Kami Bukanlah Orang Kaya Tapi Luah Isteri Penyanyi To Ki

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 323 hits
Kehidupan To ki menarik perhatian ramai selepas foto pondok yang didiami bersama isteri di Batu 12 Gombak tular sejak beberapa hari lalu Foto NSTP Asyraf HamzahHALAMAN HIBURAN Kami bukan orang susah GOMBAK Biarpun tempat berteduh tidak semp...
Team Bulldog Off Duty Investigation Tamat Dengan Rating Tertinggi Penonton Suka Elemen Jenayah Tapi Kelakar

Team Bulldog Off Duty Investigation Tamat Dengan Rating Tertinggi Penonton Suka Elemen Jenayah Tapi Kelakar

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 347 hits
Selepas 12 episod bersiaran akhirnya drama penyiasatan Team Bulldog Off Duty Investigation gandingan Cha Tae hyun dan Lee Sun sbin sudah pun melabuhkan tirainya Sinopsis ringkas Jin Kang ho ialah seorang detektif yang sangat bersemangat dan...
Inilah Azab Bagi Orang Yang Suka Hutang Tapi Tak Pernah Mau Melunasi

Inilah Azab Bagi Orang Yang Suka Hutang Tapi Tak Pernah Mau Melunasi

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 426 hits
Azab Bagi Orang Yang Suka Hutang Tapi Tak Pernah Mau Melunasi Naudzubillah min dzalik Kita semua sudah tahu bahwa Islam adalah agama yang sempurna Selain mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya Islam juga mengatur hubungan antara m...
Biarlah Isteri Pilih Sendiri Barang Kemas Yang Dia Suka Sanggup Main Kutu Nak Beli Gelang Isteri

Biarlah Isteri Pilih Sendiri Barang Kemas Yang Dia Suka Sanggup Main Kutu Nak Beli Gelang Isteri

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 591 hits
Wanita mana yang tak suka emas kan Emas bukan hanya alat perhiasan untuk wanita malah emas sangat berharga lebih lebih lagi diwaktu kecemasan Sangat sangat berguna Para isteri sanggup menyimpan wang untuk membeli emas asalkan ada satu gelan...
Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 452 hits
Hampir semua suami atau lelaki ralat main handphone sampai tak pandang kanan kiri Alah aku pun sama jugak cuma kita sebagai lelaki ni kena berpada pada Jangan sampai isteri dan anak anak jadi fedup dengan perangai kau Orang meniaga ni handp...
Ayah Terlalu Berkira Dengan Mak Duit Banyak Tapi Tak Cukup Sebab Isteri Tak Reda

Ayah Terlalu Berkira Dengan Mak Duit Banyak Tapi Tak Cukup Sebab Isteri Tak Reda

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 471 hits
Orang kata kalau nak murah rezeki sentiasa dahulukan ibu isteri dan anak Sedekah pada ahli keluarga lain dan juga orang yang memerlukan Dalam bahagian duit gaji kita adanya hak orang lain Lagi banyak kita memberi lagi banyak yang kita dapat...
Susah Kita Suami Isteri Tiada Siapa Tahu Tapi Bila Dah Senang Mulalah Orang Mengata Macam Macam

Susah Kita Suami Isteri Tiada Siapa Tahu Tapi Bila Dah Senang Mulalah Orang Mengata Macam Macam

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 510 hits
Susah kita laki bini tiada siapa pun yang tahu Yang orang nampak kita pergi melancong kita tukar kereta kita makan sedap sedap kita beli barang baru kita tukar perabot kita celebrate birthday anak dan sebagainya Walhal dia tak tahu apa yang...
Hiburan Syifa Melvin Akui Gagal Matematik Dalam Spm Tapi Tak Bodoh Kira Duit

Hiburan Syifa Melvin Akui Gagal Matematik Dalam Spm Tapi Tak Bodoh Kira Duit

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 505 hits
Menerusi sebuah posting di laman Instagram baru baru ini adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin berkongsi kisah inspirasi semasa berada di bangku sekolah Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang Parit...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba