Kami Berdua Pernah Rasa Susahnya Hidup Dengan Duit Kahwin Bajet Hangus Hanya Seribu Tanpa Sponsor


Perkahwinan itu sesuatu yang mudah jika diikuti denagn perkara yang wajib. Namun, masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada adat resam terutamanya dalam tuntuan perkahwinan, kadang-kala menyukarkan pasangan muda untuk mendirikan rumah tangga.
Kos yang perlu ditanggung oleh setiap pasangan bukannya sedikit. Selalu yang menjadi isu, adalah nilai wang hantaran yang ditetapkan. Belum lagi termasuk hantaran barangan serta majlis yang gah untuk meraikan jemputan tetamu yang ramai.
Tiada salahnya jika anda berkemampuan. Namun jika tidak, ikutlah kemampuan sendiri seperti yang dikongsikan oleh wanita ini seperti di bawah. Pasangan ini kedua-duanya berkelulusan tinggi dan bekerjaya, namun memilih majlis yang biasa dengan hanya menelan belanja sebanyak seribu ringgit sahaja.
Bagi mereka, apa yang penting adalah kehidupan selepas berumah tangga hingga kini mereka telah pun dikurniakan seoarang anak yang comel. ‘Respect’ dari kami untuk anda berdua. Semoga bermanfaat buat semua!
Tiada pelamin. Tiada jurugambar professional. Tiada photoshoot. Tiada kompang. Tiada orang bersilat. Tiada acara sambut pengantin. Tiada dj radio.
Tiada makan beradab. Tiada acara potong kek. Tiada gadis-gadis dulang hantaran. Tiada bridesmaid. Tiada kasut pengantin (yang ni lawak). Tiada crown. Tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak. Tiada honeymoon.Tiada ibu ayah disisi saya.
Yang ada hanyalah adik – adik seramai 7 orang. Yang ada hanyalah sahabat sahabat sekalian. Yang ada hanyalah jiran tetangga. Yang ada hanyalah guru – guruku. Yang ada hanyalah ibu saudaraku. Yang ada hanyalah sebelah pihak lelaki.

Wang Hantaran Rm500.00. Mas kahwin sebentuk cincin emas. Kenduri doa selamat sahaja (Alhamdulillah sepenuhnya jiran sebelah rumah aku banyak bantu dah macam ibu abah sendiri dah , sahabat, cikgu cikgu banyak tolong sebab saya tiada orang tua yang organize perkahwinan saya)
Total perkahwinan kami : bawah RM1k
Sebelum tu , rata rata orang cakap nilai wang hantaran kena sekufu dengan tahap pendidikan seseorang, bagi aku depend lah ikut tahap kemampuan seseorang , agama memudahkan, yang menyusahkan adat (adat tak susah, tapi sikap sesetengah pihak yang menyusahkan). Alhamdulillah, untuk urusan aku sangatlah dipermudahkan.
Suami aku Degree holder untuk HBP, USM. Aku Degree holder untuk Communication, USM, untuk dibanggakan lagi Dean list, kerja suamiku supervisor, aku kerja kat site.
Terpaksa bagitau tahap pendidikan sebab banyak yang lihat sudut ni dengan nilai wang hantaran.
To be honest, ada yang tanya kenapa banyak tu sahaja nilai? Kahwinkan sekali seumur hidup, kenapa tak buat grand grand? Kenapa and mengapa? Pelbagai soalan demi soalan dilemparkan. Hahahahah.
Jawapan aku : sebab pertama aku menerima suamiku lillahitaala. Seorang lelaki yang memilih aku untuk jadi suri hatinya dan menerima segala kekurangan aku untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam hidupnya.

Sebab kedua, zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit, deposit rumah dekat Penang ni bukan seratus dua ratus ye, ribu tau ribu walaupun rumah kosong… 
Sebab ketiga, kami berdua pernah rasa susahnya hidup dengan duit ni daripada pergi kelas jalan kaki, ligan bas, ada motor, habis belajar kami bantu antara satu sama lain p interview sama-sama, cari kerja semua, sampai mampu ada kereta sendiri, ada duit sendiri untuk bina hidup…
Sebab keempat, suami aku suka ikut aku pergi bagi makan kat gelandangan di komtar, aku suka beramah mesra dengan orang.
Sebab kelima, satu satunya lelaki yang pernah ikut aku ke rumah anak yatim tempat adik-adik aku duduk, dia lihat sendiri, dia rasa sendiri apa aku rasa disitu.

Dan sebab terakhir, tiada sebab untuk aku menyayangi dan mencintainya hanyalah kerana dia khalifah milik Allah. Seorang Lelaki yang boleh menerima seorang wanita yang datangnya daripada broken family, menjaga adik-adiknya yang ramai. Hanyalah dia suamiku yang menerima aku seadanya.. Banyak berkorban untuk aku dan adik adik aku.
Nota kaki : Aku tak kisah kalau orang lain kawin macam mana sekalipun, majlis yang besar, hantaran yang tinggi and all that, but for me, please respect setiap cara orang untuk manage hidupnya sendiri, jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal sampai kita selalu pandang rendah kepada orang yang biasa biasa , marhean ni. For sake RESPECT.

Masa raya ketiga makcik aku yang jaga aku sponsor majlis sikit, yang tu rezeki tak terduga. Yang tu memang rezeki anak masa tu. Yang tu merasa naik pelamin sat tapi pakai baju raya, takdak crown takdak rupa pengantin.
SAYA SAYANG KAMU LILLAHITAALA.
Ikhlas,
Bini kamu yang gebu dan comel.
Sumber : Pinggan Terbang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/02/kami-berdua-pernah-rasa-susahnya-hidup-dengan-duit-kahwin-bajet-hangus-hanya-seribu-tanpa-sponsor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaman Globalisasi Yang Serba Mahal Ni Oi Semua Pakai Duit Pasangan Ni Kahwin Dengan Bajet Rm1 000 Je Simple Tapi Meriah

Zaman Globalisasi Yang Serba Mahal Ni Oi Semua Pakai Duit Pasangan Ni Kahwin Dengan Bajet Rm1 000 Je Simple Tapi Meriah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 468 hits
Memasuki ke gerbang perkahwinan bukannya sesuatu yang mudah lebih lebih lagi persiapan untuk majlis perkahwinan sememangnya menjadi cabaran kepada pasangan yang ingin berkahwin Zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit Pasan...
Pernah Rasa Tak Mahu Anak Lagi Kerana Seriau Teringat Pengalaman Luka Pembedahan Bersalin Terbuka

Pernah Rasa Tak Mahu Anak Lagi Kerana Seriau Teringat Pengalaman Luka Pembedahan Bersalin Terbuka

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 322 hits
Baharu sahaja melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan tetapi pelakon cantik Shima Anuar dilihat sangat segar dan seperti tidak dalam tempoh berpantang Di dalam perkongsiannya di laman Instagram peribadinya Shima menjawab persoala...
Makan Untuk Dua Orang Hanya Alasan Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam Macam

Makan Untuk Dua Orang Hanya Alasan Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam Macam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 510 hits
Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat Semasa mengandung bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan tetapi apa yang anda makan Artikel Menarik Nak Elak Indius Ibu Bagi Tarikh Period Sala...
Ya Rasa Dah Tak Mahu Hidup Suami Kongsi Kisah Isteri Berjuang Lawan Depresi

Ya Rasa Dah Tak Mahu Hidup Suami Kongsi Kisah Isteri Berjuang Lawan Depresi

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 437 hits
Masyarakat hari ini dilihat semakin terdedah kepada gejala despresi tidak mengira tingkat umur Despresi boleh menyebabkan seseorang untuk bertindak di luar pemikirannya malah sehingga boleh menyebabkan kematian Penyakit despresi bukanlah se...
25 Hotel Di Cameron Highland Untuk Percutian Bajet Hanya Di Bagasi My

25 Hotel Di Cameron Highland Untuk Percutian Bajet Hanya Di Bagasi My

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 427 hits
25 Hotel Di Cameron Highland Untuk Percutian Bajet Hanya Di Bagasi my Salam semua sebut sahaja Cameron Highlands sudah terbayang suhu yang dingin dan pemandangan yang cantik tak lupa juga banyak lokasi yang menarik untuk diterokai Pendek ka...
No Make Up No Pelamin Jurugambar Kongsi Majlis Kahwin Paling Simple Tapi Mewah Dengan Rasa Cinta

No Make Up No Pelamin Jurugambar Kongsi Majlis Kahwin Paling Simple Tapi Mewah Dengan Rasa Cinta

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 683 hits
Bila sebut pasal majlis perkahwinan pasti ada yang pening memikirkan tentang kos majlis yang tinggi untuk para tetamu datang melihat kecantikan keseluruhan majlis Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang akan dikenanh sepanjang hayat o...
Empat Hari Tanpa Internet Pasangan Baru Kahwin Ini Akhirnya Tiba Di Lokasi Belakang Duit Rm100

Empat Hari Tanpa Internet Pasangan Baru Kahwin Ini Akhirnya Tiba Di Lokasi Belakang Duit Rm100

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 630 hits
PENGEMBARAAN sepasang suami isteri ke Taman Negara Gunung Mulu Sarawak ternyata membawa 1001 kenangan Selain menikmati panorama indah mereka juga sempat merakam foto di kawasan Gunung Api yang menjadi penghias kepada bahagian belakang wang ...
Hidup Ini Hanya Kertas

Hidup Ini Hanya Kertas

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 650 hits
Assalammualaikum salam Jumaat yang barokahHidup yg bagai kertas Kehidupan kita berkesinambungan dengan kertas kertas Seiring waktu yang berlalu dirobek kemudian dibuang Dunia itu semuanya terdiri dari kertas kertas Berapa banyak orang berse...
15 Senarai Hotel View Klcc 2024 Selak Langsir Terus Nampak

Penulis Blog Raja Petra Meninggal Dunia Diusia 74 Tahun

Seronok Hati Ini

Benarkah Daun Sirih Bagus Untuk Mengatasi Masalah Keputihan

Sambal Telur Mata

Kepentingan Mikrobiota Dalam Pemuliharaan Biodiversiti Ke Arah Kelestarian Planet

File September 2024

Pengalaman Tukar Bateri Kereta Dengan Bateriku Com


echo '';
10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik


Kelantan Bayi 30 Hari Maut Jururawat Ditahan

Rania Terkena Air Panas

Saya Tak Takut Kita Jumpa Di Mahkamah Dr Muhamad Akmal Tegaskan Kepada Teresa

Details Of Funeral Arrangements For Rpk

Lelaki Sengaja Tendang Kereta Orang Di Parkir Ahli Keluarga Cuma Tengok Amp Gelak

Huawei Mate Xt Telefon Tri Lipat Pertama Dunia Dilancarkan