Kami Akan Lawan Kata Umno Pada Sprm




Lebih 40 pemimpin Umno yang diarah mengembalikan dana yang diterima daripada Najib Razak sebelum ini bertekad untuk tidak akan tunduk kepada arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad, berkata dengan sikap yang begitu mereka juga bersedia berdepan dengan sebarang tindakan balas SPRM, termasuk didakwa di mahkamah.
“Kami tak akan terima tawaran ini, kalau mereka proses untuk mendakwa, dakwahlah.
“Kami akan lawan, kami akan tuntut hak kami,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir, anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap anggota parlimen Pontian, Ahmad Maslan.
Shahrir juga mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berbohong apabila mengumumkan bahawa 80 individu atau entiti itu menerima dana 1MDB melebihi RM500,000.
“Ia satu pembohong yang datang daripada ketua pesuruhjaya SPRM,” katanya.
Menurut Shahrir ada antara individu atau entiti yang disenarai SPRM itu menerima wang hanya sebanyak RM100,000 atau RM200,000.
Buat secara berjemaah
Justeru kata bekas anggota parlimen Johor Bahru itu, Latheefa sepatutnya bersikap profesional dan tidak memalukan SPRM yang berpegang kepada cogan kata bebas, telus dan profesional.
Lebih daripada itu Shahrir berkata, mereka juga membantah apabila dikenakan ditawarkan kompaun sebanyak RM2.5 juta walaupun wang yang diterima hanya RM200,000.
“Itu tak betul,” katanya.
Pada 7 Okt lalu, SPRM mengeluarkan notis kompaun bernilai RM420 juta terhadap 80 individu dan entiti tertentu bagi mendapatkan semula dana 1MDB.
Menurut SPRM, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Selain Ahmad, antara individu lain yang menerima notis itu ialah bekas pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak; dan bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad.
Antara entiti tersenarai pula ialah Puteri Umno Malaysia, Badan Perhubungan Umno Perak, 15 bahagian Umno, MIC dan Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor.
Sementara itu Ahmad berkata 42 pemimpin Umno di pelbagai peringkat bersepakat untuk membuat laporan polis secara “berjemaah” ke atas SPRM pada hari ini dan esok.
Katanya tindakan itu diambil sebagai simbolik bantahan Umno terhadap SPRM yang didakwa mereka berlaku kejam.
“Kami akan buat laporan polis secara berjemaah pada hari ini dan esok untuk menyatakan rasa tak puas hati terhadap notis yang diberi SPRM.
“Wang yang diterima daripada presiden parti ketika itu (Najib Razak) adalah dana politik dan dana politik dibenarkan mengikut undang-undang,” katanya.
Ahmad juga membangkitkan kemarahannya apabila mereka dituntut membayar kompaun lebih tinggi dan secara purata berbanding jumlah yang yang diterima.
Katanya, kompaun yang ditetapkan SPRM ialah RM2.5 juta walaupun wang yang diterima hanya RM10,000.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/14/kami-akan-lawan-kata-umno-pada-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Nak Lawan Sprm

Umno Nak Lawan Sprm

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 332 hits
Umno Nak Lawan SPRM Lebih 40 pemimpin Umno yang diarah mengembalikan dana yang diterima daripada Najib Razak sebelum ini bertekad untuk tidak akan tunduk kepada arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu Bekas pengerusi Felda Shahrir...
Boleh Maaf Jika Graduan Um Kesal Dengan Protes Kata Umno

Boleh Maaf Jika Graduan Um Kesal Dengan Protes Kata Umno

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 240 hits
Boleh maaf jika graduan UM kesal dengan protes kata Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Oct 2019 12 59PM
Umno Tak Akan Sokong Pembentukan Ipcmc Kata Zahid Hamidi

Umno Tak Akan Sokong Pembentukan Ipcmc Kata Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 199 hits
Umno tak akan sokong pembentukan IPCMC kata Zahid Hamidi Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Oct 2019 9 44PM
Kes Ku Nan Tiada Transaksi Rm2 Juta Pada Umno Kata Pendakwaan

Kes Ku Nan Tiada Transaksi Rm2 Juta Pada Umno Kata Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 308 hits
Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan hari ini diberitahu tiada transaksi membabitkan jumlah wang tersebut d...
Umno Tak Dapat Bantu Utusan Selepas Akaun Dibeku Kerajaan Zalim Kata Zahid

Umno Tak Dapat Bantu Utusan Selepas Akaun Dibeku Kerajaan Zalim Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 376 hits
Umno berkata penutupan Utusan Melayu Bhd ialah bukti kezaliman kerajaan Pakatan Harapan yang membekukan akaun parti itu menyebabkan ia tidak dapat membantu akhbar berkenaan dari segi kewangan Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya Umn...
Umno Dulu Sekat Masuk Universiti Ph Buka Seluasnya Tapi Lebai Tetap Kata Umno Lebih Baik

Umno Dulu Sekat Masuk Universiti Ph Buka Seluasnya Tapi Lebai Tetap Kata Umno Lebih Baik

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 295 hits
Cuba jwb dgn jujur zaman umno jadi kerajaan dulu dpt tak parti lebai masuk universiti utk jual agama Kirim salam ok Usahkan universiti sekolah tadika pun lebai diharamkan masuk Nak mengajar di masjid2 pun tak dapat Alhamdulillah di bwh kjaa...
Prk Tanjung Piai Tun M Yakin Ph Menang Jika Lawan Calon Umno

Prk Tanjung Piai Tun M Yakin Ph Menang Jika Lawan Calon Umno

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 433 hits
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Petah Wazzan IskandarDr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang tadi NSTP Mohd Fadli HamzahPUTRAJAYA Pakatan Harapan yak...
Ltat Dividen 2 Peratus Bagi Menjaga Kebajikan Anggota Tentera Kata Menteri Pertahanan

Ltat Dividen 2 Peratus Bagi Menjaga Kebajikan Anggota Tentera Kata Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 239 hits
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan dividen sebanyak 2 peratus yang diumumkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera hari ini adalah bagi menjaga kebajikan anggota tentera Beliau berkata pada masa ini Kerajaan tidak gusar untuk mengisytihar...
Soal Investasi Sistem Validasi Imei Begini Kata Apsi

Soal Investasi Sistem Validasi Imei Begini Kata Apsi

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 208 hits
Hasan Aula Ketua Umum Asosiasi Ponsel Seluruh Indonesia menolak berkomentar soal rekomendasi Asosiasi Telekomunikasi Seluruh Indonesia untuk melakukan investasi dalam sistem Equipment Identity Register dalam proses validasi IMEI
Failed Startups To Success

Telefilem Sinar Ramadan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Me Time Sempena Women S Day

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya Di Bulan Puasa Ni

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Man Nabbed For Molesting Women At Ramadan Bazaar

The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment

Rekaan Sampul Raya Jadi Pilihan