Kes Ku Nan Tiada Transaksi Rm2 Juta Pada Umno Kata Pendakwaan


Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, hari ini diberitahu tiada transaksi membabitkan jumlah wang tersebut dimasukkan dalam akaun Umno.
Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim, dalam hujahannya, berkata ia berdasarkan keterangan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Saad Bordani selepas hasil semakan terhadap syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) dan Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB).

Loading… Katanya, siasatan saksi pendakwaan ke-23 (Muhammad Saad) menunjukkan wang RM2 juta dibayar kepada THSB, yang mana Tengku Adnan merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat itu.
Menurutnya, siasatan terhadap dua syarikat itu serta dengan pihak Umno membuktikan jumlah wang itu tidak dimasukkan dalam akaun parti politik itu serta tiada resit bayaran kepada Umno ditemui.
“Dalam kes ini, sekiranya benar resit tersebut telah dikeluarkan, salinan resit tersebut perlu dikemukakan sebagai pematuhan kepada Seksyen 62 Akta SPRM,” katanya dalam hujahan di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Julia berkata hujahan pihak pembelaan bahawa siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat tidak lengkap adalah tidak berasas memandangkan tidak terdapat sebarang dokumen menunjukkan RM2 juta yang dibayar kepada THSB merupakan sumbangan politik.
Berkenaan dengan tujuan wang RM2 juta disalurkan, Julia menegaskan bahawa berdasarkan keterangan saksi kelima, Penolong Pengurus Akaun dan Kewangan THSB, Rabiatul Adawiyah Sobri yang mengesahkan tiada pengeluaran wang RM2 juta daripada akaun THSB kepada Umno, menunjukkan bahawa wang itu bukan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.
Beliau berkata sekiranya mahkamah berpandangan kemasukan RM2 juta bertujuan untuk dana politik kepada Umno, pihak pendakwaan menegaskan bahawa ia merupakan satu faedah kepada Tengku Adnan memandangkan beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Ketua Umno Bahagian Putrajaya dan Setiausaha Agung Umno.
“Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa perbuatan tertuduh menerima wang tersebut dalam kapasitinya sebagai seorang yang mempunyai jawatan tertinggi dalam Umno, akan mengukuhkan kedudukannya dalam parti tersebut yang merupakan faedah kepada dirinya sendiri. Isu ini juga merupakan suatu yang perlu dibuktikan oleh tertuduh dalam pembelaannya,” katanya.
Julia berkata Tengku Adnan mempunyai pengetahuan (mens rea) mengenai wang RM2 juta itu yang kononnya untuk dana politik bagi membantu PRK, namun wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun syarikatnya (Tadmansori).
Terdahulu, peguam Tan Hock Chuan, yang mewakili Tengku Adnan, dalam hujahannya, berkata tidak wujud kes prima facie dalam kes pendakwaan membabitkan rasuah berjumlah RM2 juta yang dihadapi anak guamnya.
Tan berkata Pengarah Aset Kayamas, Tan Sri Chai Kin Kong, 60, dalam keterangannya sebelum ini berkata Tengku Adnan ada memberitahunya bahawa UMNO memerlukan dana politik lebih kurang RM5 hingga RM6 juta untuk PRK.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Chai melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas.
Cek itu didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik THSB yang Tengku Adnan mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016.
Pada 23 Jan lepas, Tengku Adnan, 68, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamed Zaini selepas kesnya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Seramai 23 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 2 Julai lalu itu dan antara saksi tersebut ialah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal Talib dan Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Chai.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/10/kes-ku-nan-tiada-transaksi-rm2-juta-pada-umno-kata-pendakwaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Empat Suspek Kes Adib Menteri Sila Jawab Semula Kata Noh

Mana Empat Suspek Kes Adib Menteri Sila Jawab Semula Kata Noh

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 198 hits
News Diterbitkan Hari ini 1 01 tengahariAhli Parlimen Umno Noh Omar sekali lagi akan mengemukakan soalan mengenai keberadaan empat suspek yang ditahan berhubung kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada sidang Dewan ...
Serius Ambil Tanggungjawab Kes Adib Akan Diteliti Dengan Profesional Kata Peguam Negara

Serius Ambil Tanggungjawab Kes Adib Akan Diteliti Dengan Profesional Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 234 hits
Peguam Negara Tommy Thomas berkata pihaknya serius dalam mengambil tanggungjawab dan berjanji meneliti kertas siasatan polis berhubung pihak yang menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Katanya orang ramai harus diberik...
Bongkar Cerdiknya Ph Jual Aset Negara Rm2 5 Juta Tiap Jam

Bongkar Cerdiknya Ph Jual Aset Negara Rm2 5 Juta Tiap Jam

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 263 hits
PH jual RM36 bilion aset negara dalam 500 hariKL Kerajaan PH telah menjual terlampau banyak aset negara iaitu RM35 789 bilion dalam hanya 500 hari pemerintahannya bersamaan purata RM60 juta sehari atau RM2 5 juta setiap jam Butiran terperin...
Umno Dulu Sekat Masuk Universiti Ph Buka Seluasnya Tapi Lebai Tetap Kata Umno Lebih Baik

Umno Dulu Sekat Masuk Universiti Ph Buka Seluasnya Tapi Lebai Tetap Kata Umno Lebih Baik

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 234 hits
Cuba jwb dgn jujur zaman umno jadi kerajaan dulu dpt tak parti lebai masuk universiti utk jual agama Kirim salam ok Usahkan universiti sekolah tadika pun lebai diharamkan masuk Nak mengajar di masjid2 pun tak dapat Alhamdulillah di bwh kjaa...
Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 191 hits
Tiga puluh empat tahun sudah berlalu namun peristiwa hitam yang dilalui penduduk Kampung Memali di Baling Kedah masih segar dalam ingatan Rata rata penduduk berpendapat insiden yang berlaku pada tanggal 19 Nov 1985 itu bukan isu kecil dan t...
Gambar Kahwin Pas Umno Zahid Kata Psikologi Berbalik Pas Mahu Saman

Gambar Kahwin Pas Umno Zahid Kata Psikologi Berbalik Pas Mahu Saman

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 354 hits
Presiden IPF Datuk M Sambanthan mengalungkan bunga malai kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kemajuan India SeMalaysia ke 27 di Wisma IPF Seri Kembangan Selangor foto HAZROL ZAINAL SERI ...
Keputusan Akhir Pendakwaan Ku Nan 14 Oktober

Keputusan Akhir Pendakwaan Ku Nan 14 Oktober

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 249 hits
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan ketahui nasibnya pada 14 Oktober ini Pada tarikh tersebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan sama ada bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu akan dipanggil untuk membela diri atau m...
Kpk Menang Kes Tanpa Perbicaraan Kata Husam

Kpk Menang Kes Tanpa Perbicaraan Kata Husam

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 233 hits
MALAYSIADATELINE Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Senator Datuk Husam Musa menjelaskan isu Kompleks Perkayuan Kelantan yang menang saman terhadapnya seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam tidak menggambarkan situasi yang ber...
Kes Tembak Polis Panggil Naib Ketua Puteri Umno Untuk Dirakam Keterangan

Kes Tembak Polis Panggil Naib Ketua Puteri Umno Untuk Dirakam Keterangan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 244 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Polis memanggil Naib Ketua Puteri UMNO Nurul Amal Mohd Fauzi ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam keterangan berhubung dakwaannya bahawa lelaki ditembak mati di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang meny...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan