Kali Ini Menteri Pendidikan Kena Dengan Cikgu Sekolah Rendah


Maaf YB Menteri. Yang ini saya tidak setuju. Bahkan mustahil nak laksanakan.

Semalam, banyak portal berita berkongsi hal ini. Di mana Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan meminta semua sekolah melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang diideakan oleh IPG Ilmu Khas.

KENAPA SAYA TIDAK BERSETUJU? Kerana realitinya tidak seindah dan semudah yang YB lihat di IPG Ilmu Khas. Kami berhadapan dengan murid sekolah rendah dan menengah. Bukannya bakal guru yang cukup matang dan berdedikasi.

Bahkan, kata-kata YB sedikit mengguris hati guru-guru bila hal ini dikongsi dalam group guru yang dianggotai lebih 100k ahli. Apa yang mengguris hati?

Perkataan leteran. Seolah-olah selama ini guru hanya berleter kosong di tapak perhimpunan.

Guru tidak berleter kosong ditapak perhimpunan, YB. Guru memberi nasihat demi nasihat. Nasihat yang perlu diulang-ulang hampir setiap minggu. Kerana di hadapan kami adalah murid-murid yang belum pun matang fikirkan mereka.

Peringatan perlu diulang selalu supaya melekat dalam kepala. Agar flush tandas setiap kali guna, agar beratur semasa membeli makanan di kantin, agar tidak curi bekal makanan kawan, agar jangan minum air kawan tanpa izin, agar tidak sharp pensel di bawah meja, agar tidak korek hidung kemudian calit najisnya di bawah meja.

Begitu juga dengan peringatan disiplin. Medan perhimpunan adalah medan paling sesuai mengingatkan murid tentang peraturan yang mesti mereka patuh dan apa pula larangan semasa.

Perhimpunan juga sebagai medan bagi kami melancarkan segala program seperti Program Nilam, Minggu Anti Dadah, Bulan Kemerdekaan, Program Guru Penyayang, dan berpuluh-puluh lagi program yang KPM juga wajibkan sekolah buat.

Semasa melancarkan program, ada pula gimiknya supaya ia meriah dan murid suka. Ada lakonan, ada nyanyian, ada persembahan, ada kejutan. Dan itu semua memakan masa, YB.

Maka sebab itu saya kata, adalah mustahil untuk laksanakan perhimpunan dalam masa 10 minit seperti yang dicadangkan.

Untuk menyusun murid itu sahaja dah makan masa 5-10 minit. Belum kira memujuk murid tahun 1 yang tak nak ikut berbaris lagi, belum kira nak selesaikan murid mengadu dibaling batu, nak luruskan barisan pun dah satu hal pula.

Mereka anak-anak kecil yang masih tak tahu apa, YB. Bukan pelajar IPGM yang dah layak jadi emak orang, jadi ayah orang.

Selepas susun murid beratur, 3 buah lagu wajib perlu dinyanyikan. Lagu Negaraku, lagu Negeri, dan lagu sekolah. Agak-agak, kat situ dah makan masa berapa minit ya YB?

Selepas lagu, perlu ada ikrar pula. Ikrar sangat penting untuk rakyat sentiasa ingat tentang rukun negara dan memupuk sikap patriotik dalam diri. Dan pastinya itu pun akan memakan masa juga.

Takkan lepas ikrar murid bergerak masuk ke kelas terus? Tanpa apa-apa ucapan dari guru bertugas, tanpa peringatan dari guru disiplin dan tanpa amanat dari barisan pentadbir?

Maka di mana relevannya perhimpunan 10 minit ini? Pada saya, ianya langsung tak relevan. Sangat tidak relevan.

Alasan tak nak jadikan perhimpunan itu membosankan itu bagus. Sepatutnya rancanglah apa aktiviti yang menyeronokkan semasa murid di tapak perhimpunan.

Bukannya memendekkan masa perhimpunan menjadi 10 minit. Itu satu cadangan dan idea yang sangat tidak realistik dan hampir mustahil untuk dilaksanakan.

Saya sangat berharap, pihak IPG dan KPM sendiri meneliti semula cadangan ini dengan cermat.

Kerana berdasarkan bacaan saya, apa yang YB Menteri sebut itu sudah pun menjadi arahan.

Harap YB dapat pertimbangkan usul yang dibawa oleh guru biasa macam saya ini.

Sekian, terima kasih.

*****

Bacaan lanjut berita ini di link berikut :
https://bit.ly/2TGAgsZ


Sebarang komen dan diskusi ilmiah berkaitan dengan bidang pendidikan dialu-alukan diruangan komen ini. Namun jika ada komen berunsur politik, menghina, menyentuh isu tol dan sebagainya, komen itu akan di delete dan pengguna Fb itu akan di block.

Ini bukan artikel politik. Ini artikel pendidikan. Dan artikel ini adalah pandangan saya sebagai guru biasa, tidak mewakili sekolah saya bertugas, tidak juga mewakili daerah mahupun negeri. Harap maklum.#MFS– Guru sekolah rendah sahaja –
SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/02/kali-ini-menteri-pendidikan-kena-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Sekolah Tidak Paksa Murid Belajar Pendidikan Islam

Pihak Sekolah Tidak Paksa Murid Belajar Pendidikan Islam

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 347 hits
Imej via Malaysiakini Berhubung laporan Malaysiakini di bawah tajuk KPM ingin menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak pernah memaksa murid yang terbabit mengikuti Pendidikan Islan sebagaimana dilaporkan portal Malaysiakini dan beberapa media...
Kementerian Pendidikan Nafi Hanya Sekolah Cina Dapat Peruntukan Viral Hancing

Kementerian Pendidikan Nafi Hanya Sekolah Cina Dapat Peruntukan Viral Hancing

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 410 hits
Kementerian Pendidikan nafi jadikan sekolah Cina anak emas Selepas kritikan hebat rakyat terhadap Kementerian Pendidikan yang dilihat seolah olah menjadikan sekolah Cina sebagai anak emas dengan pemberian beberapa peruntukan penyelenggaraan...
Maszlee Mohon Peruntukan Tambahan Sk Sekolah Agama Dari Menteri Kewangan

Maszlee Mohon Peruntukan Tambahan Sk Sekolah Agama Dari Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 351 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah mengemukakan permohonan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyelenggara dan membaiki Sekolah sekolah Kebangsaan dan Sekolah sekolah Agama Negeri Dalam k...
Menteri Persatuan Penjaja Urus Bazar Ramadan Jika Tawar Sewa Rendah

Menteri Persatuan Penjaja Urus Bazar Ramadan Jika Tawar Sewa Rendah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 195 hits
Khalid Samad berkata pihaknya tidak mempunyai masalah menyerahkan urusan bazar Ramadan kepada persatuan Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 19 Feb Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan memohon agar Dewan Bandaraya Ku
Nisbah Guru Murid Faktor Sistem Pendidikan Di Sekolah Pincang

Nisbah Guru Murid Faktor Sistem Pendidikan Di Sekolah Pincang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 493 hits
Imej hiasan via skkodiang blogspot comSHAH ALAM Kadar nisbah guru dengan murid dan tekanan diterima guru menjadi antara faktor utama kepincangan pendidikan yang perlu ditangani Kementerian Pendidikan Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia Un...
Ribuan Calon Sekjen Gagal Ketua Kpk Bilang Gajinya Terlalu Rendah Kali Ya

Ribuan Calon Sekjen Gagal Ketua Kpk Bilang Gajinya Terlalu Rendah Kali Ya

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 261 hits
Gelombang pertama sebanyak 4 480 orang melamar sebagai calon Sekjen KPK sedangkan gelombang kedua tercatat 1 372 orang pelamar Namun pada akhirnya Pansel mengumumkan kalau belum ada kandidat yang dapat diusulkan kepada Presiden Joko Widodo
Pada Jokowi Dua Kadis Pendidikan Curhat Kekurangan Tenaga Guru

Pada Jokowi Dua Kadis Pendidikan Curhat Kekurangan Tenaga Guru

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 258 hits
Curhatan itu disampaikan Kepala Dinas Pendidikan dan Olahraga Kota Sabang bernama Desiana dan Kepala Dinas Pendidikan Boven Digoel bernama Mathias Bahkan di Sabang masih ada wilayah dengan kondisi tertinggal terluar dan terbelakang
Jelajah Pendidikan Mahsa University 2019

Jelajah Pendidikan Mahsa University 2019

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 425 hits
JELAJAH PENDIDIKAN MAHSATEMUDUGA TERBUKA MAHSA UNIVERSITY MENGGUNAKAN SPM PERCUBAANJADUAL ROADSHOW MAHSA COLLEGE UNIVERSITY CAWANGAN SABAH PERPUSTAKAAN TAWAU18 FEB 2019 10 00AM 2 00PMMOSTYN HOTEL KUNAK19 FEB 2019 10 00AM 2 00PMPERPUSTAKAAN ...
Rina Tidak Takut Jika Ada Pihak Mahu Semak Latarbelakang Pendidikan

Rina Tidak Takut Jika Ada Pihak Mahu Semak Latarbelakang Pendidikan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 520 hits
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun bersama Presiden ANSARA Datuk Kamarul Redzuan Muhamed bergambar kenangan dengan penerima penerima watikah Chef De Mission cawangan pada Majlis Pelancaran Karnival Sukan ANSARA Malay...
Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Melawat Dataran Lang Langkawi

Hukum Tajwid Surat Yunus Ayat 41 Dan Arti Per Kata

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Mandarin Korean Signage In Sabah Hotel Irks Netizens Who Want To Know What Malaysia Has Come To

Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu Kl