Kalau Takut Pecat Waytha Percayalah Akhirnya Tun M Sendiri Akan Ditolak Rakyat




Di mana-mana saja ketika ini terdapat isyarat yang cukup jelas dan nyata mahukan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy dipecat dengan segera daripada kabinet.


Selain wakil pembangkang dan kerajaan sudah sama-sama senada bersuara mengenainya, petisyen dalam talian yang mendesak  pemecatannya juga sehingga ini sudah mendapat hampir 300 ribu tandatangan sokongan.


Jika kita tanyai orangramai yang lalu lalang di tepi jalan pula, daripada 10 yang ditemui, mungkin kesemuanya sependirian turut mahukan Waythamoorthy disingkirkan sebagai menteri.


Yang nyata, imej buruk beliau lebih teruk berbanding Najib Razak yang ketika skandal 1MDB tengah menjadi perbualan hangat suatu ketika dahulu yang mana daripada 10 orang yang ditemui, barangkali masih ada dua atau tiga orang yang masih suka dan menyokongnya.


Kemarahan orangramai terhadap Waythamoorthy bukan saja kerana insiden kuil di Subang Jaya yang mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, tetapi juga kerana beliau dilihat langsung tidak berperanan sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan dan intergrasi nasional.


Apakah peranan beliau yang kita sama-sama dapat lihat dari segi memupuk perpaduan dalam negara ini?


Sudahlah ketika insiden rusuhan di kuil itu beliau seolah-olah bertindak menyimbah minyak untuk menyemarakkan lagi api pergaduhan, sedangkan sebagai menteri, tugasnya yang sepatutnya ialah menyiram air untuk meredakan pergaduhan yang sedang berlaku.


Dalam soal menuntut pemecatannya sebagai menteri, ia sebenarnya tidak sesekali bermotifkan perkauman atau kerana beliau berbangsa India, tetapi lebih disebabkan sikap dan pendiriannya yang mengecewakan, selain kemampuan dan kewibawaannya juga sama sekali tiada.


Jika Tun Mahathir merasakan kerusi menteri yang menjaga perpaduan dan intergrasi nasional itu merupakan kouta kaum India, beliau boleh melantik pemimpin India lain yang sederhana, berwibawa, berkelayakan serta diterima ramai sebagai penggantinya.


Rakyat pasti tiada masalah jika penggantinya pemimpin India juga. Tetapi rakyat akan terus bermasalah jika Tun Mahathir tidak mahu memecatnya.


Malah, jika tiada pemimpin India yang layak, selain menteri yang menjaga hal ehwal perpaduan itu patut diserahkan kepada pemimpin Melayu yang mewakili bangsa teras di negara ini, pemimpin kaum Cina yang berkelayakan juga boleh dicuba.


Cuma, jangan sesekali dikekalkan lagi Waythamoorthy di kerusi menteri dalam kerajaan yang ada sekarang ini.


Rakyat tidak boleh lagi menerimanya dan kalau boleh memandang muka, mendengar suara dan menatap wajahnya juga mereka tidak mahu sama sekali.


Tun Mahathir tidak perlu bertangguh lagi untuk memecat Waythamoorthy  itu sebelum lebih banyak insiden buruk yang menjurus kepada perpecahan antara kaum terus berlaku lagi.


Bahkan, kalau Tun Mahathir terus menyimpannya dalam kabinet, penolakan rakyat terhadap kerajaan terus akan lebih membesar dan akhirnya menyebabkan Pakatan Harapan sendiri tidak diingini rakyat lagi untuk terus mentadbir negara ini.


Fikir-fikirkanlah, Tun....(ShahbudinHusin 19/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/kalau-takut-pecat-waytha-percayalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lu Langsi Lu Mati Tuntut Pm Pecat Waytha

Lu Langsi Lu Mati Tuntut Pm Pecat Waytha

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 288 hits
Sekumpulan yang menamakan diri mereka Kelab Lu Langsi Lu Mati menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri Perpaduan P Waythamoorthy Adillah Jamaluddin yang memperkenalkan dirinya sebagai presiden kumpulan itu berkata Waytha...
Pm Terus Didesak Pecat Waytha Moorthy

Pm Terus Didesak Pecat Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 240 hits
ZWANDDIN HAMZAH berucap dalam himpunan KeadilanBuatAdib di Ipoh Perak semalam IPOH 22 Dis Himpunan KeadilanBuatAdib di Padang Ipoh hari ini antara lain menggesa orang Melayu dan Islam untuk bangkit menuntut kerajaan bagi mengheret dalang ya...
Pemimpin Bersatu Dan Tun Sendiri Jangan Overacting Dan Oversay Terhadap Umno

Pemimpin Bersatu Dan Tun Sendiri Jangan Overacting Dan Oversay Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 336 hits
Sesuatu yang melampau Allah tak suka Bersederhana jangan takbur dan ego Perlawaan sertai umno harus ditolak dengan kata hormat bukan memperlekeh menghina Lebih lagi BERSATU tanpa Mahathir akan jatuh merudum lebih teruk dari AMANAH Jangan ca...
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat

Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 450 hits
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini menolak usul Anwar Ibrahim untuk membahaskan dan menyokong keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se...
Ummah Serah Memo Desak Pm Pecat Waytha

Ummah Serah Memo Desak Pm Pecat Waytha

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 270 hits
Pengerusi UMMAH Amiruddin Yahaya berarak bersama NGO sambil memegang memorandum yang akan dihantar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada himpunan JUSTICE4ADIB Solidariti Suara Ummah di hadapan Masjid Putra Putrajaya foto SYAFI...
Honda Akhirnya Pecat Caryn Yen Akibat Komen Biadap Terhadap Arwah Adib

Honda Akhirnya Pecat Caryn Yen Akibat Komen Biadap Terhadap Arwah Adib

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 714 hits
Susulan siasatan dalam yang dilakukan oleh Pengedar Honda cawangan Sri Utama Auto Sdn Bhd hari ini mereka mengeluarkan kenyataan rasmi memecat Caryn Yen kakitangan mereka yang telah emmbuat komen biadap di atas kematian tragis anggota Jabat...
Kalau Bukan Rakyat Nasihat Siapa Yang Tun Akan Dengar

Kalau Bukan Rakyat Nasihat Siapa Yang Tun Akan Dengar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 221 hits
Pengajaran kepada Tun M bahawa pilihan dan kepercayaannya terhadap seseorang kali ini meleset juga dan sejarah telah menunjukan berkali kali Wayta WAJIB dipecat kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya akan terpalit Kerana Najib umno ru...
25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 611 hits
HIMPUNAN AMAN Keadilan Untukmu ADIB Desakan Pecat P Waytha Moorthy Tarikh 25 12 2018Hari SelasaMasa 04 00 Petang1 Lokasi Berkumpul Masjid Bandar Diraja KlangJalan Pasar Kawasan 18 41300 Klang Selangor2 Lokasi Berhimpun Dataran SeniKawasan 1...
Keputusan Pecat Waytha Moorty Terserah Kepada Saya Untuk Putuskan Pm

Keputusan Pecat Waytha Moorty Terserah Kepada Saya Untuk Putuskan Pm

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 271 hits
Keputusan pecat Waytha Moorty terserah kepada saya untuk putuskan PMSebanyak 393 065 tandatangan telah diperolehi dalam dua petisyen berasingan yang mendesak agar P Waytha Moorty dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Perpaduan susulan kem...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba