Kalau Semua Hal Hendak Dilucukan


 
Kisah tiga penyampai radio yang dikenakan tindakan minggu lepas sebab didakwa mempersenda agama lain, kita sudah tahu. Sampai hari ini nampaknya masih belum reda. Masih berbunyi di sana-sini tak puas hati.
Ada banyak sisi boleh kita renung rentetan daripada kes itu. Benar, ada banyak pihak terluka. Baik pihak yang berasa kepercayaan agama mereka dipersenda, begitu juga bagi pihak yang sekepercayaan dengan ketiga-tiga penyampai radio ini. Kata mereka ada juga individu lain yang melakukan perkara sama terhadap agama lain, ringan pula hukumannya. Kemudian pula kita menyaksikan ada juga individu dan kumpulan daripada pihak yang dipersenda menzahirkan rasa simpati kepada tiga penyampai radio ini yang melihat hukuman terhadap mereka terlalu berat. Salah-menyalah seperti lagu ‘Bangau Oh Bangau’ ini menimbulkan kegusaran awam bila ia tak ada tanda-tanda mahu berhenti.
Bagai api dalam sekam ia sentiasa berbara dan akan menyala lagi apabila datang tiupan angin. Pada saya, eloklah kita tinggalkan isu ini dan terus bergerak ke depan dengan mengambil pengajaran daripadanya. Ada dua perkara kita harus elakkan dahulu.
Pertama, ini sebenarnya memang penyakit zaman media sosial sekarang. Semua perkara mahu dijadikan ‘content’. Tak sabar-sabar hendak ‘up’ untuk meraih tontonan, ‘likes’, komen dan kongsi. Kita tak sedar ada bahan yang hanya sesuai sebagai hiburan sesama kita sahaja tetapi akan mengundang masalah apabila menjadi tatapan umum. Gara-gara keghairahan sendiri memuat naik cerita, kononnya cerita kita baik akhirnya memakan diri. Bila dikecam warganet, silap-silap kita boleh kemurungan. Oleh itu, berfikirlah sejenak sebelum membuka aib sendiri. Zaman ini pepatahnya, ‘terlajak upload, tak sempat delete orang dah screenshot, habislah kita’.
Perkara kedua yang perlu kita elak ialah tentang perangai kita ini yang susah nak serius – semua benda hendak dilawakkan. Berkenaan kisah tiga DJ tempoh hari, sudah sekian lama orang komplen tentang celoteh pagi di radio-radio kita yang entah apa-apa itu. Gemar berkelakar tapi tidak kelakar pun. Hanya mereka sesama mereka sahaja yang berdekah-dekah. Apa yang dirungutkan orang ialah topik perbualannya hanya berkisar isu remeh-temeh sahaja.
Memang itulah adat dan cogan kata hidup orang kita ini yang hanya suka santai-santai sahaja. Tetapi kalau semuanya santai-santai setiap masa penyudahnya masyarakat yang ada pun adalah masyarakat yang hanya cakna dengan isu remeh-temeh jugalah. Bila ada sesuatu isu yang memerlukan (sedikit sahaja pun) daya intelektual untuk difikirkan – susah nak faham dan susah nak respons. Itu pun masih dibuat lawak juga dengan ayat, ‘ini art berat ni’, ‘panjang sangatlah, boleh lukis tak?’
Orang dulu-dulu ada berpesan, ‘Ha! Ketawalah banyak-banyak, karang menangis pulak!’. Jangan salah sangka, bukan kita tak boleh berhibur dan berjenaka langsung. Memang ‘laughter is the best medicine’ tetapi kalau berlebihan, ubat pun boleh jadi racun. Terlalu bersuka-suka nanti jika datang musibah, tak mampu nak tangani. Penyudahnya, menangis! Maksudnya kalau hendak ketawa boleh tapi biarlah berpada-pada.
Daripada Abu Hurairah RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.” (HR Ibnu Majah No: 4183)
Maksud hadis di atas bukanlah tidak boleh ketawa kerana ketawa adalah respons terhadap sesuatu yang menghiburkan. Ada kisah Rasulullah SAW tertawa dengan keletah seorang sahabatnya yang memang terkenal suka berlawak dan melakukan ‘prank’.
Kalau kita pernah mendengar kisah Nu’aiman Amr kita akan mengetahui sisi lain Rasulullah yang meraikan perangai sahabat sebegitu dalam kalangan mereka. Namun, ada juga jenaka Nu’aiman yang membabitkan orang di luar kalangan yang dilihat agak keterlaluan sehingga terpaksa diselesaikan oleh Rasulullah. Dari situ, kita boleh fikirkan apa teladan yang boleh kita ambil. Apakah jenaka yang kita buat sesuai pada setiap masa dan setiap orang? Misalnya, bolehkah kita memanggil seorang gadis pemalu ke tengah majlis kenduri kahwin dan kita meminta dia menari semata-mata untuk berjenaka?
“Ayuh, ‘sportinglah’ sikit!” kata kita sehingga dia terpaksa menurut dalam keadaan malu. Itulah, kalau nak berjenaka atau berolok-olok kenalah bijak tengok siapa di hadapan kita.
Abul-Fath Al-Busti, seorang penyair Parsi terkenal di abad ke-10 yang juga merupakan anak murid Ibnu Hibban pernah menukilkan puisi tentang perlunya senda-gurau sebagai terapi selepas serius bekerja. Antara bait-baitnya ialah;
“Berehatlah dahulu dan hiasilah dengan sedikit gurau senda tetapi jika engkau berikan gurau senda kepadanya, jadikanlah ia seperti kadar engkau memasukkan garam kepada makanan.”
Maksudnya sedang-sedanglah. Secukup rasa. Ketawa sebagai penghilang penat bekerja bukannya sepanjang masa sehingga penat kita mendengarnya. Kerana dari sudut psikologinya pun, orang yang suka ketawa berlebihan dan bercakap kosong akan dilihat tidak serius. Di mata kebanyakan orang, mereka ini kurang berwibawa. Itu kenyataannya. Bak kata pelawak kegemaran saya dahulu Nabil Ahmad, ‘lu fikirlah sendiri!’ Wallahua’lam. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/kalau-semua-hal-hendak-dilucukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suara Idola Sekarang Semua Sama Je Tak Boleh Beza G O D

Suara Idola Sekarang Semua Sama Je Tak Boleh Beza G O D

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 125 hits
Tak dinafikan yang sekarang ni makin ada ramai idola berbakat dalam industri hiburan Korea Artikel Berkaitan Baru baru ini Son Ho young dan Park Joon hyung g o d telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jae Friends yang dihoskan ol...
Bah Sabah Pulih Semua Pps Ditutup

Bah Sabah Pulih Semua Pps Ditutup

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 99 hits
Pegawai Daerah Telupid Celestine Jetony berkata lima PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman penduduk terjejas bencana selamat didiami KOTA KINABALU Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan lima pusat pemindahan sementara terakh...
Salam Ramadan 1446h Buat Semua Umat Islam

Salam Ramadan 1446h Buat Semua Umat Islam

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 150 hits
Salam Ramadan 1446H buat Semua Umat Islam Ramadan yang dirindui kini kembali Selamat Datang wahai Ramadan Semoga hari yang dilalui pada bulan Ramadan adalah hari yang tenang buat kita semua InshaAllah Semoga Usia kita semua panjang sehingga...
Fahmi Fadzil Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum

Fahmi Fadzil Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung gesaan supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan titah adendum Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil...
Perdana Menteri Puji Kebijaksanaan Sultan Pahang Semua Pihak Hormati Proses Serta Undang Undang

Perdana Menteri Puji Kebijaksanaan Sultan Pahang Semua Pihak Hormati Proses Serta Undang Undang

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 110 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata PAS sudah gagal tunggang kes titah adendum selepas Sultan Pahang titah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskannya Anwar memuji kebijaksanaan Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang m...
Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

Selamat Datang Bulan Ramadan Untuk Semua Umat Islam Semoga Ramadan Ini Membawa Keberkatan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 116 hits
Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam Semoga bulan yang penuh berkah ini menjadi waktu untuk mendidik jiwa kita meningkatkan amal ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa te...
Selamat Berpuasa Semua

Selamat Berpuasa Semua

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 116 hits
Umat Islam di Malaysia berpuasa pada Ahad 2 Mac 2025 Demikian menurut Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Tarikh permulaan puasa bagi negeri negeri di seluruhAgong setelah diperkenanan pada hari tersebut bagi menu...
Titah Adendum Sultan Pahang Gesa Semua Pihak Hormati Undang Undang Tidak Timbul Kekeliruan

Titah Adendum Sultan Pahang Gesa Semua Pihak Hormati Undang Undang Tidak Timbul Kekeliruan

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak menghormati proses dan undang undang yang telah ditetapkaan serta tidak menimbulkan sebarang kekeliruan berkaitan Titah Adendum Baginda b...
Santai Dan Nikmati Semua Rasa Malaysia Ada Di Butter Kaya Kopitiam

Santai Dan Nikmati Semua Rasa Malaysia Ada Di Butter Kaya Kopitiam

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 147 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Malaysia cukup popular dengan kedai makan berkonsepkan kopitiam Tapi nak mencari yang betul betul membawa rasa Malaysia ad...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis

Koleksi Imej Sejarah Penemuan Mayat Manusia Gergasi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Along Bakal Mati Syawal Ini

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Pahang Diadakan Di Dewan Dato Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi

Blood Brothers Bara Naga Sinopsis Pelakon Trailer Filem

Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak