Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi


Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan biodiversitinya namun bagaimanakah biodiversiti dapat menjana ekonomi?
Kita patut berbangga kerana Malaysia merupakan negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan 12 buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan.
Ini dapat dilihat melalui lebih kurang 12,500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita.
Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150,000 haiwan invertebrata. 
1- Ekopelancongan Kekayaan biodiversiti di dalam negara dapat dimanfaatkan menerusi produk-produk ekopelancongan yang dapat meningkatkan kehadiran pelancong asing di dalam negara.
Ekopelancongan merupakan satu produk pelancongan yang berteraskan kekayaan alam semula jadi yang semakin berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.
Destinasi ekopelancongan di berbagai ekosistem semula jadi ini mempunyai banyak keistimewaan dan memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada pengunjung malah juga kepada masyarakat di sekitarnya.
Malah, produk-produk ekopelancongan dan biodiversiti yang mampu menarik minat pelancong untuk menikmati keindahannya.
Antara contoh produk ekopelancongan yang sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negara adalah Lembah Danum Sabah, Taman Negara Gunung Mulu Sarawak, Taman Negara Pahang, Pulau Perhentian Terengganu dan Tanah Tinggi Cameron Pahang.
2- Sumber Makanan & Ubat-Ubatan Biodiversiti di Malaysia yang terdiri daripada hutan, laut, dan kawasan pertanian kaya dengan sumber makanan dan ubat-ubatan tradisional.
Selari dengan perkembangan sains dan teknologi, penerokaan biodiversiti telah menghasilkan menghasilkan produk makanan dan farmaseutikal yang bernilai tinggi.
Oleh kerana itulah banyak kajian sekarang ini tertumpu kepada penyelidikan tumbuhan herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, lidah buaya, pegaga, mengkudu, misai kucing, dukung anak  dan banyak lagi. 
Tambahan pula, permintaan terhadap makanan kesihatan, ubatan tradisional yang berasaskan herba semakin meningkat dan mendapat tempat di hati orang ramai. 
Ini sekaligus dapat menjana ekonomi negara melalui pembuatan makanan dan ubat kesihatan yang semakin mendapat permintaan yang tinggi.
3- Perkhidmatan Ekosistem Biodiversiti juga penting dalam perkhidmatan ekosistem seperti penyerapan karbon, pembersihan air, dan pencegahan banjir.
Setiap perkhidmatan ini amat bernilai dari segi ekonomi, kerana ia mengurangkan kos yang perlu ditanggung untuk menyediakan perkhidmatan yang sama secara buatan.
Contohnya, hutan bakau berfungsi sebagai benteng semula jadi yang melindungi kawasan pantai daripada hakisan dan ombak besar termasuk Tsunami yang menjimatkan kos pembinaan benteng konkrit yang memerlukan kos pembinaan yang besar.
4- Bahan Industri Mentah Biodiversiti juga penting kepada pembekalan bahan industri mentah untuk kegunaan pembuatan barangan yang digunakan oleh manusia.
Setiap bahan yang dihasilkan menerusi biodiversiti ini boleh mencecah hasil jualan yang tinggi bergantung kepada jenis bahan mentah tersebut.
Sebagai contoh, kayu balak, buluh, dan rotan merupakan contoh hasil hutan yang dapat digunakan untuk membuat alat musik, perabot, atau membina bangunan.
Kesimpulan Biodiversiti bukan sekadar aset alam semula jadi, tetapi juga merupakan aset ekonomi yang amat berharga kepada negara.
Kita mestilah mengurusnya secara lestari, bukan sahaja dalam melindungi alam sekitar, tetapi juga melabur dalam masa depan ekonomi negara.
Oleh itu, kita perlulah menghargai dan memelihara biodiversiti yang merupakan aset yang tidak ternilai harganya kepada negara.
Sumber: https://www.ikim.gov.my/sejauh-manakah-sumbangan-biodiversiti-terhadap-kehidupan-sejagat/
Baca juga: Modul Kepimpinan & Pengurusan Kurikulum KPM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bagaimanakah-biodiversiti-dapat-menjana-ekonomi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bagaimanakah-biodiversiti-dapat-menjana-ekonomi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fasha Sandha Kesal Dipersoal Naik Penerbangan Kelas Ekonomi Kami Ibarat Dihina Di Khalayak Ramai

Fasha Sandha Kesal Dipersoal Naik Penerbangan Kelas Ekonomi Kami Ibarat Dihina Di Khalayak Ramai

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 83 hits
Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang pramugari yang mempersoalkan dia dan keluarga menaiki penerbangan kelas ekonomi ketika pulang beraya di kampung halaman keluarga baru baru ini Ibarat Dihina Di Hadapan Khalaya...
Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari Fazura Tampil Beri Komen Tak Salah Pun Naik Kelas Ekonomi

Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari Fazura Tampil Beri Komen Tak Salah Pun Naik Kelas Ekonomi

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 104 hits
Sebelum ini pelakon Fasha Sandha membuat satu hantaran di Instagramnya meluahkan rasa kecewa terhadap kritikan yang diberikan oleh seorang pramugari gara gara dia memilih untuk menaiki pesawat kelas ekonomi Dalam perjalanan ke kerusi ada pr...
Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As

Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 192 hits
Mesyuarat khas menteri ekonomi Asean pada 10 April ini bincangkan implikasi lebih meluas tarif Amerika Syarikat ke atas aliran perdagangan dan pelaburan serantau dan kestabilan makroekonomi KUALA LUMPUR Atas kapasiti Malaysia sebagai penger...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights