Blogspot Migrate Ke Wordpress
Jadi juga migrate ke WordPress. Setelah kian lama pengguna tegar Blogspot di ehbelogaku.com . Kini saya beralih ke wordpress pula. Alhamdulillah, syukur. Semuanya gara-gara saya rasa pelik kenapa pageview tidak naik lagi. Ini yang membuatkan saya nekad ingin beralih kepada blog WordPress. Tambah lagi, saya sudah biasakan dengan features yang ada dalam blog WordPress kerana memiliki blog Ghostwriter . Maka, tiada istilah janggal dan seumpamanya.
Table of ContentsDari Blogger atau Blogspot ke WordPressHargaSebab lain migrate ke WordPressRezekiBetul ke Blog WordPress mesra SEO?Risiko migrate blog ke WordPress : Ada atau tidakFix Error di blogTeknikal SEOKesimpulannya
Dari Blogger atau Blogspot ke WordPress
Kalau korang tanya kenapa nak migrate ke WordPress? ini semua gara-gara saya sudah bosan dengan template di blog. Ada beberapa masalah teknikal yang tidak boleh saya lakukan lagi. Maka, jalan terakhir adalah migrate kepada blog WordPress. Ikutkan tiada perancangan, semuanya gara-gara saya rasakan kepelikan apabila di pagespeed ada teknikal lain.
Dan, sekiranya saya fix sendiri atau upah orang. Rasa macam satu kerugian juga.
Harga
Disebabkan saya dalam kategori level awareness yang sangat tinggi, maka terus saya mencari web designer. Rakan freelance juga, iaitu Hanif Bahar. Jika tidak silap saya, sudah 2 kali bekerjasama dengan beliau.
Harga pun di bawah RM 500. Jadi masih mampu untuk saya bayar.
Bertarikh 5 Mac 2025, puasa ke berapa entah lah. Saya buat bayaran, terus beliau siapkan.
Sebab lain migrate ke WordPress
Ada sebab lain tau. Bukan saja-saja dan ia mendorong saya supaya segerakan untuk migrate. Walaupun ketika itu di awal bulan, saya sibuk. Tapi, tak mengapa lah. Kebetulan juga ada bajet, terus proceed.
Sebab lain pula adalah permintaan klien yang buat review di blog saya. Beliau tanya butang whatsapp. Hehe. Blogspot mana ada fungsi gitu. Jadi, terus lah migrate.
Dan, saya rasa berbaloi apabila saya migrate ke Blog WordPress. Syukur!
Rezeki
Sejurus migrate ke WordPress, ada rezeki yang masuk untuk link placement. Ini kali ke-4 klien menggunakan servis saya. Syukur sangat! klien dari syarikat marketing.
Kali ini saya dapat inquiry 5 link placement.
Klien berminat dengan artikel-artikel mengenai urutan mata rabun saya. Ikutkan kalau fikir, ada ke orang nak baca artikel macam tu? rupanya dah jadi laris manis. Masya-Allah.
Antara yang terkini letakkan link placement di blog saya adalah dari klinik mata dan kedai cermin mata. Masya-Allah, dengan izin Allah belaka. Lain-lain adalah kedai emas pajak, bank, syarikat engineering, dari Singapura juga ada.
Oleh sebab saya sudah menjadi pengguna WordPress. Kadar caj Link Placement sudah saya naikkan, klien lalu pun tiada masalah tentang kenaikan kadar upah saya.
Ini kerana selain menggunakan WordPress, artikel tersebut sudah menjangkau ribuan pageview untuk artikel mengenai urutan mata rabun sahaja. Jadi, sebab itu klien-klien akan berebut nak masukkan link klien ke artikel tadi.
Korang yang penulis blog, buat lah artikel yang memberi faedah kepada pembaca. Nanti artikel tersebut boleh tukarkan kepada jualan. Niat je dalam hati, menulis sebab mahu memberi faedah kepada pembaca nanti dengan izin Allah akan lorongkan ke jalan itu.
Betul ke Blog WordPress mesra SEO?
Jawapannya ya. Sekiranya penulis itu sendiri menulis artikel dengan format SEO termasuk menggunakan keyword SEO tepat. Dan, selebihnya adalah penulis perlu setup SEO On Page.
Itu kelebihan blog Wordpres berbanding Blogspot.
Blogspot boleh juga mesra SEO, cumanya blog tersebut tidak boleh di setting seperti plugin yang ada di blog WordPress.
Risiko migrate blog ke WordPress : Ada atau tidak
Kalau korang nak tahu, mestilah ada risiko.
Web designer, tugasannya pindahkan data-data dari Blogspot ke WordPress sahaja termasuklah buat susun atur layout, setting plugin, background dan template blog .
Jadi, sebagai penulis. Korang bukan boleh menarik nafas lagi tau selepas Web Designer siapkan blog WordPress.
Ini kerana kesemua artikel yang ada dalam blog korang sudah jadi error 404 . Mahu atau tidak, wajar korang perlu fix the error tersebut.
Seperti saya sendiri, dalam blog ini mempunyai 900 artikel keseluruhannya. Jadi, cari penyakit lah kena fix kesemuanya. Kadang-kadang ghostwriting job tiada, boleh lah saya curi masa buat sikit-sikit.
Fix Error di blog
Macam susah. Tapi sebenarnya tidak, kalau dah biasakan. Sebelum ini, sudah beberapa klien yang saya fix error di website klien , jadi kerja menjadi mudah sebab ada pengalaman.
Fix Error tu wajib buat tak?
Kalau korang sayangkan blog, sebaiknya buat. Jika tidak, blog korang tu sia-sia sahaja. Dah bayar, tapi tiada tindakan untuk masalah teknikal SEO. Kalau ada bajet, upah je orang lain buatkan. Settle!
Tapi tidak bagi saya. Ini semua saya usahakan sendiri. Pengalaman ini mahal, dari sini juga sebenarnya boleh tambah pendapatan sebagai seorang freelance.
Teknikal SEO
Bila blog sudah migrate, artikel-artikel lama sudah tidak dapat ditemui lagi. Ini kerana saya sudah setting dan buang tarikh pada setiap permalink.
Permalink tanpa adanya tarikh, sebenarnya mesra SEO. Memudahkan search engine untuk baca artikel apa yang korang tulis.
Lain-lain teknikal SEO adalah saya perlu lakukan redirection dari artikel lama ke baharu. Menangis dalam gembira lah saya buat . Bukan sedikit, tapi banyak. Tak mengapa, saya memang sukakan cabaran!
Kesimpulannya
Ikutkan ini cara tidak tepat migrate. Sebaiknya nak bermula sebagai penulis blog, terus buka blog WordPress. Mungkin ada yang mengatakan satu pembaziran, tapi tidak bagi saya. Ini semua pelaburan keatas blog. Nak maju dan lebih serius dalam dunia penulisan, perlu lakukan perubahan. Tak gitu?
Strategi tingkatkan trafik di website
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/migrate-ke-wordpress-ada-pro-dan-contra/