Kalau Mereka Orang Islam Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama Mufti Kecoh 3 Gadis Berhijab Tapi Bawah Terdedah


“Kalau Mereka Orang Islam, Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama..” – Mufti, Kecoh! 3 gadis berhijab tapi ‘Bawah’ Terdedah! Kebiasaanya kisah wanita berhijab, khususnya artis dan selebriti yang mengambil keputusan untuk membuka tudung akan kecoh, tetapi kini tular pula wanita yang bertudung tetapi hanya berseluar pendek.
Bukan seorang, tetapi tiga wanita bertudung tampil seksi apabila hanya berseluar pendek dan memakai skirt dikesan di tempat awam.
Dua gambar mereka kini tersebar di media sosial dipercayai dirakam di hentian bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS), tetapi tidak dinyatakan bila kejadian dirakamkan.
Berseluar pendek
Tanpa segan silu, ketiga-tiga wanita berkenaan berdiri dengan berseluar dan skirt pendek sehingga menampakkan paha masing-masing di tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Tindakan mereka membangkitkan kemarahan netizen kerana didakwa tidak sensitif dengan pemakaian wanita beragama Islam.
“Buat malu je, baik tak payah pakai tudung,” ujar Amir Caldina dengan nada kesal.
Seorang pengguna Facebook turut membuat kenyataan berbentuk tanggapan sendiri terhadap gambar-gambar yang ‘menyakitkan mata’ itu.
“Selagi ada paha yang cantik dan nak tunjuk-tunjuk kat orang lain, tunjuk je lah. Free show maa. Tapi pakai tudung dengan skirt atau seluar pendek? Hmm agaknya fesyen baharu kot,” sindirnya.
Mungkin Pelancong
Walaupun ada yang mengatakan ketiga-tiga wanita itu mungkin pelancong asing dan bukan beragama Islam, tetapi pemakaian mereka yang tidak sopan itu tetap dianggap tidak wajar.
“Mereka pelancong? Kenapa mereka berani berpakaian begitu? Jawapannya kerana mereka melihat ramai orang (tempatan) pakai tudung tapi tersembul buah dada, seluar ketat, baju lengan pendek jadi mereka ingat tudung hanya sekadar fesyen,” ujarnya.
Namun, terdapat pandangan yang berbeza bahawa pelancong asing bukan Islam itu mungkin tertarik dengan pemakaian hijab oleh segelintir rakyat Malaysia.
“Mereka adalah pelancong bukan Islam dari luar negara, mereka tertarik dengan pemakaian tudung oleh rakyat Malaysia, tu yang mereka beli sebagai kenang-kenangan untuk dibawa pulang dan cuba pakai.
“Itu sahaja, hanya perkara kecil. Doakan semoga menjadi asbab (sebab-sebab) mereka mendapat hidayah petunjuk. Amin,” tambahnya.
Mufti Wilayah
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memakai pakaian hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak walau dengan fesyen terkini sekalipun.
Kalau sebar gambar tersebut tanpa meneliti perkara tersebut walaupun mereka bukan Islam, nanti orang lain boleh keliru bahawa mereka adalah orang Islam.
 
Menurut beliau, aurat perempuan adalah seluruh badan selain muka dan dua kawasan telapak tangan.
“Aurat hendaklah ditutup keseluruhannya tidak boleh menutup sebahagiannya manakala sebahagian yang lain pula didedahkan. Bahkan haram melakukan perkara tersebut,” kata Zulkifli dalam satu kenyataan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab soalan mengenai hukum berpakaian mengikut trend zaman sekarang.
MUFTI KELANTAN
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad ketika dihubungi mStar berkata, sekiranya ketiga-tiga wanita tersebut adalah bukan Islam, maka mereka tidak terikat dengan hukum agama yang mewajibkan mereka untuk menutup aurat.
Beliau bagaimanapun menegaskan kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan gambar-gambar tersebut kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Kalau sebar gambar tersebut tanpa meneliti perkara tersebut walaupun mereka bukan Islam, nanti orang lain boleh keliru bahawa mereka adalah orang Islam. Ia sekali gus memberi imej buruk kepada agama Islam.
“Kalau mereka adalah orang Islam, ia merupakan tindakan mempersendakan hukum agama,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, ia bergantung kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap undang-undang kecil berhubung tindakan ketiga-tiga wanita itu berpakaian sedemikian di tempat awam.
Masyarakat pula, jelasnya, mereka boleh membuat teguran sekiranya mampu melakukannya dengan cara baik.
“Islam mengajar kita untuk membuat teguran – tegur dengan tangan yang mana ini bergantung kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan untuk menahan. Teguran secara lisan dengan menegur secara bijaksana dan memberi penjelasan yang tepat sekiranya kita faham.
“Teguran yang ketiga ini adalah wajib bagi sesiapa saja yang memandang iaitu teguran di dalam hati iaitu bersangka baik dan mengharapkan wanita berkenaan akan berpakaian lebih sopan atau diberikan hidayah untuk menutup aurat. Teguran dalam hati itu adalah doa,” katanya.
Sumber: Mstar Online
The post “Kalau Mereka Orang Islam, Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama..” – Mufti, Kecoh! 3 gadis berhijab tapi ‘Bawah’ Terdedah! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kalau-mereka-orang-islam-ia-tindakan-mempersendakan-hukum-agama-mufti-kecoh-3-gadis-berhijab-tapi-bawah-terdedah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Astagfirullah Kecoh 3 Gadis Berhijab Tapi Bawah Terdedah Boleh Juga Tegur Dalam Hati Mufti

Astagfirullah Kecoh 3 Gadis Berhijab Tapi Bawah Terdedah Boleh Juga Tegur Dalam Hati Mufti

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 888 hits
Kecoh 3 gadis berhijab tapi bawah terdedah Boleh juga tegur dalam hati Mufti I Gambar tiga wanita berhijab tetapi berseluar pendek dan skirt tular di media sosial KEBIASAANNYA kisah wanita berhijab khususnya artis dan selebriti yang mengamb...
Islam Dibuli Tidak Selamat Di Bawah Kerajaan Ph Mufti Perlis

Islam Dibuli Tidak Selamat Di Bawah Kerajaan Ph Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 624 hits
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran keraja...
Shahidan Pegang Bahu Tangan Kiri Gadis Bawah Umur

Shahidan Pegang Bahu Tangan Kiri Gadis Bawah Umur

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 675 hits
KANGAR Pendakwaan kes Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lalu bermula hari ini dengan dua saksi dipanggil memberi keterangan di depan Hakim Mahkamah Ses...
Hukum Membaca Kitab Agama Lain Atau Buku Karangan Non Muslim

Hukum Membaca Kitab Agama Lain Atau Buku Karangan Non Muslim

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 386 hits
Soalan Apakah hukum kita membaca kitab kitab agama lain seperti New Testament atau kitab Veda Bagaimana pula jika kita membaca buku buku karangan penulis yang bukan beragama Islam Jawapan Dalam isu ini terdapat dua isu 1 Membaca kitab agama...
Latheefa Bukan Tak Setuju Allah Hanya Tak Setuju Islam Versi Mufti Wilayah Kata Aktivis

Latheefa Bukan Tak Setuju Allah Hanya Tak Setuju Islam Versi Mufti Wilayah Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 456 hits
Aktivis liberal yang sering menjadi perhatian masyarakat Farouk A Peru tampil menjawab kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad AlBakri berhubung isu pemakaian tudung bagi mempertahankan pandangan Peguam LFL Latheefa Koya Men...
Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1724 hits
Sambungn Rompakan Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam Dan Dalilnya Mencuri berarti mengambil sesuatu yang bukan haknya secara sembunyi sembunyi tanpa sepengetahuan pemiliknya Secara hukum mencuri adalah perbuatan yang dilarang oleh negara ...
Bini Boleh Rasmi Kapal Tapi Tak Boleh Nak Jaga Islam

Bini Boleh Rasmi Kapal Tapi Tak Boleh Nak Jaga Islam

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 378 hits
Diterbitkan Hari ini 8 23 pagiNaib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah menempelak pemimpin Amanah sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan hari ini Walaupun tidak menyebut ...
Tak Boleh Jaga Islam Tapi Isteri Rasmi Kapal Tldm Nik Amar Sindir Mat Sabu

Tak Boleh Jaga Islam Tapi Isteri Rasmi Kapal Tldm Nik Amar Sindir Mat Sabu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 498 hits
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah dipercayai menyindir Presiden Amanah Mohamad Sabu yang kini menteri pertahanan sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan Selain itu ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor