Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil


Susu merupakan sejenis minuman yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, semua itu merupakan sesuatu yang selalu kita dengar menerusi iklan yang ditayangkan di kaca televisyen. Hakikatnya, sejauh manakah kebenaran tentang faedah minum susu? Adakah ia boleh mengelakkan penyakit osteoporosis atau tulang rapuh?

Semua orang tahu, susu mengandungi kalsium yang dapat mengekalkan kekuatan tulang. Oleh sebab itu, secara logiknya, minum susu sudah pastilah dapat mengelakkan penyakit osteoporosis.
Walau bagaimanapun, menurut sebuah kajian pada tahun 2014 oleh Michaëlsson, et al., minum terlalu banyak susu sebenarnya boleh membawa mudarat kepada kesihatan!
Berapa banyak susu yang boleh saya minum?
Menurut kajian tersebut, terlalu banyak minum susu (lebih daripada 3 gelas sehari) bukan sahaja dapat meningkatkan risiko kematian, ia juga membuatkan tulang anda lebih mudah untuk mengalami keretakan.
Malah, wanita yang dilaporkan minum lebih daripada 3 gelas susu sehari juga mempunyai risiko kematian sebanyak 2 kali ganda berbanding wanita yang hanya minum segelas susu.
Walau bagaimanapun, kaum Adam tidak terkesan dengan perkara ini seperti kaum Hawa. Namun, lelaki yang gemar minum susu yang banyak juga menunjukkan peningkatan dalam kes kematian.
Tapi, bukankah minum susu baik untuk kesihatan tulang?
Perkara ini mungkin tidak benar jika anda mengambil terlalu banyak susu. Malah, faedahnya juga akan hilang dan ia tidak mampu lagi untuk melindungi pengamalnya daripada menghidap tulang rapuh ataupun keretakan tulang.
Susu merupakan sumber utama sejenis gula yang dikenali dengan nama D-galactose. Menurut beberapa eksperimen yang dijalankan terhadap haiwan, pendedahan terhadap terlalu banyak D-galactose adalah berbahaya kepada kesihatan.
Malah, dos D-galactose yang rendah juga menunjukkan kesan yang seakan-akan penuaan di dalam kalangan haiwan, termasuklah jangka hayat yang lebih pendek, inflamasi kronik dan juga degenerasi neuron.
Bersederhana ketika minum susu
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal, keretakan tulang pinggul paling banyak berlaku di negara yang mempunyai pengambilan kalsium yang tertinggi.
Malah, wanita yang minum 3 gelas susu ke atas setiap hari mempunyai penambahan risiko sebanyak 60% untuk menghidap keretakan tulang pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, mengapa kita diberitahu sejak kecil untuk minum susu sebagai sesuatu yang sihat?
Sebenarnya, jika diambil secara sederhana, susu dapat melindungi kita daripada penyakit kronik. Malah, pengambilan secawan susu sehari sudah cukup untuk memenuhi rekomendasi nutrisi harian.
Menurut Cleaveland Clinic, jika anda inginkan tulang yang sihat, elakkan minum susu lebih daripada 1 gelas sehari.
Jika anda seorang penggemar susu, sudah tentulah anda akan rasa risau tentang penemuan ini. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Michaëlsson, et al. masih mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri.
Disebabkan kajian ini memerlukan pesertanya untuk melakukan anggaran jumlah susu yang diminum dalam masa setahun, dapatannya mungkin tidaklah setepat yang disangka. Malah, bukti yang sedia ada juga belum cukup untuk melakukan sebarang kesimpulan.
Kepentingan vitamin D dalam diet seharian
Untuk mendapatkan tulang yang sihat, anda perlulah mengambil diet yang kaya dengan vitamin D dan kalsium.
Kalsium sudah lama dikaitkan dengan kesihatan tulang. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kebaikan vitamin D yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium.
Vitamin D – yang turut dikenali sebagai sunshine vitamin dihasilkan selepas badan terdedah kepada pancaran matahari. Vitamin ini penting untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat serta meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus di dalam badan.
Tanpa vitamin D yang mencukupi, tulang boleh menjadi rapuh dan halus. Malah, pembentukan tulang baharu juga akan terhenti. Vitamin D juga dapat melindungi warga emas daripada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.
Selain minum susu, ada banyak lagi makanan yang kaya dengan kalsium.
Sebagai contoh, keju, yogurt, soya, brokoli, buah oren, sardin dan salmon. Semua makanan ini boleh menjadi pengganti susu jika anda risau mengenai pengambilan susu yang berlebihan.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, tidak ada masalah jika anda ingin meneruskan pengambilan susu. Walau bagaimanapun, mungkin faedah minum susu tidaklah sebesar yang anda harapkan.
Selain susu, ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan osteoporosis dan menguatkan tulang. Sebagai contoh, bersenam, mengambil vitamin D yang mencukupi dan makan secara sihat dapat membantu pembentukan tulang yang kuat.
Ingin mengambil suplemen vitamin D? Tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukan konsultasi bersama doktor atau ahli farmasi yang bertugas jika anda ingin mencuba suplemen baharu.
Kredit: Hello Doktor


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga! Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-mama-terlebih-minum-susu-bahaya-juga-ini-cadangan-hidangan-yang-mama-boleh-ambil-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Habis Minum Susu Jangan Simpan Ini Info Penting Mama Papa Kena Tahu

Anak Tak Habis Minum Susu Jangan Simpan Ini Info Penting Mama Papa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 203 hits
Tengah bancuh susu untuk baby ke Hmmm pernah tak tertanya susu formula tahan berapa lama ya setelah dibancuh Sebagai ibu bapa kita pasti tahu tanggungjawab ini bukanlah mudah Rasa letih itu adalah perkara biasa khususnya buat mereka yang pe...
Bahaya Kalau Anak Lemas Dalam Air Boleh Menyebabkan Kerosakkan Otak

Bahaya Kalau Anak Lemas Dalam Air Boleh Menyebabkan Kerosakkan Otak

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 194 hits
Lemas mudah berlaku di kalangan kanak kanak Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi bekas atau baldi yang berisi air Kanak kanak tadika lebih kerap lemas di longkang parit perigi ko...
Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

Cara Bancuh Susu Yang Betul Goncang Sampai Berbuih Boleh Buat Anak Kembung

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 352 hits
Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kerana kandungan nutrisinya tiada tandingan dengan susu formula Bagaimanapun tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab sebab tertentu Disebabkan itu ada ibu yang terpaksa memberi ...
Ini 4 Jenis Idea Makanan Anak Hfmd Yang Tak Mahu Makan Minum Susu

Ini 4 Jenis Idea Makanan Anak Hfmd Yang Tak Mahu Makan Minum Susu

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 186 hits
Anak yang mengalami HFMD akan berasa tak selesa dan serba tak kena Tambah pula dalam mulut ada ulcer yang menganggu selera makan Apa yang dibimbangkan HFMD ini mudah berjangkit pada anak anak yang lain Apabila anak dijangkiti HFMD semestiny...
Wanita Ini Kongsi Resipi Bihun Goreng Tomyam Yang Dia Buat Niaga Boleh Cuba Buat

Wanita Ini Kongsi Resipi Bihun Goreng Tomyam Yang Dia Buat Niaga Boleh Cuba Buat

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 206 hits
Bihun Goreng Tomyam memang sedap kalau dibuat menu untuk sarapan Makan pula panas panas terbaiklah Kalau ada yang bercadang hendak hidang pada kawan kawan di pejabat bolehlah cuba resipi Bihun Goreng Tomyam seperti yang dikongsikan oleh Res...
Boleh Tak Biar Anak Menangis Sendirian Berpanjangan Ini Jawapan Pakar

Boleh Tak Biar Anak Menangis Sendirian Berpanjangan Ini Jawapan Pakar

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 225 hits
Boleh tak biar anak menangis sendirian dan berpanjangan Ini persoalan yang sering ditanya oleh ibu bapa Ramai yang masih keliru kan Nak tahu lebih lanjut mengenai hal ini Konsultan Tangisan Tidur Bayi Puan Uswatun Hasanah ada penjelasannya ...
Votes Polling Capres 2019 Pilihan Boleh Beda Persatuan Tetap Terjaga

Votes Polling Capres 2019 Pilihan Boleh Beda Persatuan Tetap Terjaga

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 140 hits
Pilpres 2019 sebentar lagi lho sudahkah anda menentukan pilihan presiden 2019 pilihlah sesuai dengan hati nurani anda Yuk kita bersama sama Votes prediksi pilpres 2019 dengan memberi pilihan capres di kolom Votes dibawah ini Votes ini hanya...
Sudah Boleh Mula Rundingan Kerusi Antara Ph Dan Pn Gesa Mp Pkr

Sudah Boleh Mula Rundingan Kerusi Antara Ph Dan Pn Gesa Mp Pkr

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 165 hits
agendaily com26 05 2022MP Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Seorang Ahli Parlimen PKR mencadangkan supaya Pakatan Harapan sudah boleh memulakan rundingan kerusi dengan Perikatan Nasional sebagai langkah persediaan awal menghadapi pilihan raya...
Tuuu Diaaa Ada Kuasa Pun Tak Boleh Pakai

Tuuu Diaaa Ada Kuasa Pun Tak Boleh Pakai

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 147 hits
Saya tak setuju lakukan seks dengan pembantu ADUN Bersatu wanita beritahu mahkamah May 25 2022 Mohd Zulfahimin Mahdzir didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Sept 2021 atas pertuduhan merogol seorang wanita pada Disember 2020 PETALI...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba