Kalau Isteri Mengadu Letih Mungkin Dia Alami Sleep Debt Suami Jangan Ambil Mudah


Tugas isteri sebagai isteri dan juga ibu memang tak pernah habis. Tak kiralah bagi yang bekerja mahupun suri rumah, setiap masa sentiasa menyiapkan tugasan rumah. Baru nak rehat, anak menangis nak perhatian ibu. Begitulah kehidupan seharian isteri dan ibu. Rehatnya hanyalah pada waktu tidur dan ada kalanya waktu tidurnya tak cukup kerana perlu memenuhi tugasan harian.
Jika isteri mula mengadu penat, letih dan perlukan rehat cuba periksa jadual tugasan harian isteri. Tangki emosi isteri juga perlu diisi dengan ketenangan dan beri peluang pada isteri untuk berehat. Jika tidak, isteri. akan mengalami sleep debt. Ikuti perkongsian Dr Redzal Zainol.

Lepas solat Subuh, isteri saya datang mengadu.
“Penatnya hari ni.”
Dalam hati saya, eh kan baru bangun pagi. Takkan dah penat. Sepanjang hari itu, 3-4 kali dia mengadu dia penat.
Malam tu, saya senaraikan rutin harian isteri dari pagi sampai ke malam. Bila saya kira-kira, baru saya tersedar.
Rupa-rupanya, setiap hari isteri saya cuma tidur 5 jam saja sehari.
Ya Allah, lalainya saya selama ni. Patutlah dia asyik mengadu penat.
Jumlah jam kita tidur ni umpama meletak duit di dalam akaun bank. Setiap kali kita tak dapat tidur yang cukup, “duit” tu akan ditarik keluar dari akaun kita.
Kalau hari-hari tak cukup tidur, lama-lama akan jadi kosong akaun bank kita tu. Pada waktu ni, barulah kita akan nampak kesan dari kekurangan tidur yang kronik.
Inilah keadaan yang dipanggil sebagai Sleep Debt.
Isteri yang begini akan selalu ada paras hormon kortisol yang tinggi dalam darah. Hormon kortisol ni ialah hormon stress.
Lagi tinggi paras hormon kortisol, isteri mudah jadi pemarah, murung hingga ada yang rasa nak bunuh diri.
Isteri begini juga berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat tertidur semasa memandu.
Dari segi perubatan, boleh juga menaikkan risiko mengidap Diabetis, lemah daya imun badan dan darah tinggi.
Jangan buat main-main dengan Sleep Debt ni kawan-kawan.
Mengikut National Sleep Foundation, orang dewasa perlukan 7.1 jam setiap malam untuk rasa cergas dan bertenaga keesokan harinya.
Tapi 70% dari kita, tak capai pun jumlah jam tu. Hakikatnya, ramai dari kita ni bekerja dari pagi ke petang.
Ada isteri bangun seawal pukul 4.30 pagi. Terus ke dapur untuk masak, pinggan dibasuh, sambil tu sempat lagi dia basuh dan ampai baju.
Habis kerja petang, berlari ke pasaraya. Nak masuk pasaraya pun kena beratur. PKP, norma baru.
Sampai saja ke rumah, suami isteri sama-sama bersilat uruskan anak mandi dan makan. Tau-tau dah Isyak tapi rutin harian belum siap juga.
Isteri-isteri yang tak cukup tidur setiap hari ni sebenarnya sedang mengumpul “Sleep debt” tanpa sedar. Ada di antara mereka ni fikir mereka boleh ganti semula dengan tidur yang lebih lama pada hujung minggu.
Ikut 1 kajian pada tahun 2016, Sleep Debt ni tak dapat diselesaikan dengan 1 hari tidur yang lama. Kajian ni mengatakan kita perlu sehingga 4 hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan tidur sebanyak 1 jam sehari.
Dasyat kesan Sleep Debt ni.
Suami kena hati-hati. Kita fikir kita dah buat macam-macam kerja di rumah , jadi dapatlah kurangkan beban kerja isteri.
Tapi kita terlupa yang kita suami isteri kena ada tidur yang cukup.
Hujung minggu, ada suami yang nampak isteri macam malas sebab tidur saja. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang ada “Sleep Debt” yang sangat banyak.
Percayalah, bila isteri diberi peluang tidur yang cukup, dialah yang paling ceria dan mudah menurut kata antara semua.
Sumber:Redza Zainol
The post Kalau Isteri Mengadu Letih, Mungkin Dia Alami Sleep Debt. Suami Jangan Ambil Mudah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-isteri-mengadu-letih-mungkin-dia-alami-sleep-debt-suami-jangan-ambil-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt

Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 317 hits
Kenapalah saya asyik asyik nak marahkan anak aje abang Apa dh jadi dengan saya ni abang Pelbagai keluhan yang dapat kita dengar daripada seorang isteri Mengapa ini berlaku Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt Credit Pic Hati hat...
Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 477 hits
Hampir semua suami atau lelaki ralat main handphone sampai tak pandang kanan kiri Alah aku pun sama jugak cuma kita sebagai lelaki ni kena berpada pada Jangan sampai isteri dan anak anak jadi fedup dengan perangai kau Orang meniaga ni handp...
Bukan Senang Isteri Nak Kuruskan Badan Jangan Asyik Kecam Dia Suami Kena Support

Bukan Senang Isteri Nak Kuruskan Badan Jangan Asyik Kecam Dia Suami Kena Support

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 435 hits
Hati wanita ni kental Biarlah apa yang berlaku kita tetap kuat untuk mengharungi setiap cabaran yang datang Tapi ada satu yang boleh buat kita jadi down Bila suami sendiri yang mengata Sebenarnya suami adalah teman paling rapat dengan ister...
Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 454 hits
Di sebalik kerancakan medium media sosial sekarang ada yang membuatkan hubungan suami isteri sedikit terjejas Ramai yang tak melihat perkara ini secara serius tetapi ia memang berlaku dalam masyarakat Fenomena tag suami tag isteri Perkongsi...
Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 336 hits
Bila isteri minta sesuatu jangan kata TAK BOLEH lagi Usaha dulu tapi JANGAN JANJI Sebab bila berjanji dia akan berharap Bila dia berharap kalau dia tak dapat dia akan kecewa Hari tu abang kata nak beli Dah 3 bulan ni tak beli beli lagi pun ...
Bagi Isteri Suami Adalah Segala Galanya Bila Dah Kahwin Kawan Dia Cuma Suami

Bagi Isteri Suami Adalah Segala Galanya Bila Dah Kahwin Kawan Dia Cuma Suami

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 368 hits
Sebenarnya pasangan kita tak perlukan pun hadiah dan kejutan yang hebat hebat Apa yang mereka buat untuk keluarga selama ini ikhlas dan penuh rasa kasih sayang Tapi tak salahkan untuk kita hargai penat lelah pasangan kita Setiap hari bangun...
Seremeh Bersihkan Kaca Pecah Suami Tak Dapat Lakukan Sebaik Isteri Mampukah Hidup Sendiri

Seremeh Bersihkan Kaca Pecah Suami Tak Dapat Lakukan Sebaik Isteri Mampukah Hidup Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 307 hits
Sesebuah pasangan yang berkahwin itu saling memerlukan Melengkapi antara satu sama lain Di mana kurangnya pasangan kita perbaiki Kekurangan kita pula dialah yang akan perbetulkan Sememangnya kita memerlukan antara satu sama lain Itulah kunc...
Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 505 hits
Kemesraan dan gurau senda di antara suami isteri memang digalakkan bagi memperkukuhkan lagi keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga Tanpa gurau senda hidup suami isteri akan menjadi hambar Namun tidak semua perlakuan atau aksi aksi kemesraa...
Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 365 hits
Dapat menyusukan bayi yang dilahirkan secara eksklusif sekurang kurangnya dalam tempoh 6 bulan adalah idaman setiap ibu Siapa yang dapat memberikan si kecil susu ibu sehingga dua tahun itu memang satu bonus Perjalanan menyusukan anak adalah...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm