Kalau Ikut Saya Bulan Ini Juga Pru Annuar Jawab Kritikan Isu Darurat




Menjawab kritikan terhadap kemungkinan pelaksanaan darurat, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata segala kemelut politik yang sedang melanda negara boleh saja diselesaikan dengan pilihan raya umum (PRU).
Namun di kala negara dilanda wabak Covid-19, Annuar berkata kerajaan memilih untuk tidak membahayakan keselamatan rakyat, selain enggan berdepan risiko "dihukum" jika membuat keputusan yang salah.
Dia berkata demikian ketika mengulas spekulasi darurat yang dikaitkan sesetengah pihak dengan cubaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengelak undian - terutama untuk Belanjawan 2021 - di Parlimen yang akan menguji majoriti yang dimilikinya.
Memberikan bayangan bahawa darurat adalah jalan terbaik mengelakkan pilihan raya ketika wabak - termasuk PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak, Annuar berkata dia sebenarnya mahu PRU diadakan segera bagi menamatkan kemelut politik negara.
“Kalau ikut saya, bulan ini juga saya nak pilihan raya (umum), selesai masalah. Saya rasa (mandat) harus dipulangkan kepada rakyat secepat mungkin.
“Tapi kena pastikan jangan sampai menggadaikan nyawa rakyat. Jadi biarlah ia difikir dan dibincangkan betul-betul, kemudian kita tengok apa yang baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak MYGrocer@Wilayah di PPR Air Panas, Setapak pagi tadi.
Menurutnya, jika pun darurat benar-benar diisytihar, ia akan berjalan selama beberapa bulan sahaja dan tidak melebihi setahun.
Pagi semalam, mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya dilaporkan bersetuju dengan pelaksanaan “darurat” bagi menangani Covid-19.
Berita "darurat" itu mengundang bantahan pembangkang, antaranya oleh bekas menteri kesihatan Dr Duzlkefly Ahmad yang berkata usaha mengekang Covid-19 tidak memerlukan darurat.
Semua pihak kena bersabar
Presiden PKR Anwar Ibrahim pula mengadaikan menyifatkan ia memungkinkan negara ke arah kediktatoran, dan kerajaan mahu menjadikan wabak itu sebagai alasan menyekat proses Parlimen.
Hari ini, Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan berunding dengan Raja-raja Melayu setelah pertemuan dengan Muhyiddin berkenaan perkara itu.
Dalam pada itu, Annuar berkata kerajaan tidak boleh tergesa-gesa membuat keputusan jika tidak ingin berdepan kemarahan rakyat.
“Kalau kita pilih cara yang salah, akhirnya rakyat akan menghukum kita. Tapi kalau mula-mula ini nampak salah, tapi akhirnya betul, insya-Allah rakyat akan berterima kasih," katanya lagi.
Justeru, dia meminta semua pihak termasuk pembangkang bersabar dan tidak segera "menjatuhkan hukuman", sebaliknya menunggu penjelasan dan pengumuman rasmi kerajaan.
"Kebanyakan kenyataan yang saya dengar itu berbaur politik, itu tak mengapalah. Barangkali ada juga baiknya, kita dengar dulu semua orang nak cakap apa.
“Nasihat saya kepada semua, jangan berlunjur sebelum duduk, setelah duduk baru berlunjur. Biarlah perkara ini terus dibincangkan di pelbagai peringkat... Kita harap apa juga tindakan, biarlah keselamatan dan nyawa rakyat didahulukan,” katanya lagi.
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/kalau-ikut-saya-bulan-ini-juga-pru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Covid 19 Untuk Elak Pru Mengejut

Darurat Covid 19 Untuk Elak Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Sekiranya proklamasi atau pengisytiharan darurat bagi membendung wabak pandemik Covid 19 dikuatkuasakan ia mampu menjadi mekanisme bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum diadakan secara mengejut Menurut Felo Penyelidik Universiti T...
Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 347 hits
Jangan terlalu banyak menipu istana Sejak dari awal ambil kuasa melalui pengkhianatan jumlah yang dibawa kononnya menyokong dia jadi PM tebuk atap itu pun dipertikai Kali ini bila ternyata sokongan sudah semakin merundum rakyat menjerit min...
Syed Iskandar Syed Jaafar Fail Saman Isu Agong Tak Isytihar Darurat

Syed Iskandar Syed Jaafar Fail Saman Isu Agong Tak Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 324 hits
Seorang peguam memfailkan tindakan undang undang berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat Plaintif Syed Iskandar ...
Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Isu Agong Tak Isytihar Darurat Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 284 hits
1 037 total views 1 037 views today Seorang peguam hari ini memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri M...
Suspek Bunuh Anak Berusia 8 Bulan Dipercayai Ikut Ajaran Sesat

Suspek Bunuh Anak Berusia 8 Bulan Dipercayai Ikut Ajaran Sesat

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 337 hits
Rakyat Malaysia semalam digemparkan dengan tragedi pembunuhan seorang bayi berusia 8 bulan yang dibunuh bapa kandungnya yang berumur 40 tahun di Kampung Sungai Dua Melawi Bachok Lebih memilukan apabila jenazah Wan Mohamad Afiq Wan Roslan di...
Noor Hisham Jawab Kritikan Dr Zulkifli Pasal Data Mentah Tak Dikongsi

Noor Hisham Jawab Kritikan Dr Zulkifli Pasal Data Mentah Tak Dikongsi

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 231 hits
Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk hanya berkongsi data yang diproses dan bukannya data mentah dengan jabatan kesihatan negeri adalah bagi tujuan penyelarasan yang lebih baik kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ...
Annuar Musa Mendedahkan Kenapa Darurat Diadakan

Annuar Musa Mendedahkan Kenapa Darurat Diadakan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 326 hits
Kpd sahabat saya yg punya ilmu undang undang terutama constitutional experts bantu saya mencari jawapan perkara berikut yg berkait dgn ketakutan rakyat terhadap penularan COVID 19 1 PRK Bt Sapi wajib di adakan dlm tempoh 60hari dari kekoson...
Anwar Perlu Rujuk Perlembagaan Sebelum Ulas Spekulasi Darurat Kata Annuar Musa

Anwar Perlu Rujuk Perlembagaan Sebelum Ulas Spekulasi Darurat Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 236 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menasihatkan Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan spekulasi tersebar tentang kerajaan bakal mengisytiharkan darurat...
Soal Jawab Berita Harian Darurat Tak Cetus Kecelaruan Politik

Soal Jawab Berita Harian Darurat Tak Cetus Kecelaruan Politik

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 234 hits
Dr Muhammad Fathi Yusof Felo Penyelidik Pusat Polisi Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur SOALAN Spekulasi timbul kononnya PM
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet