Darurat Covid 19 Untuk Elak Pru Mengejut




KUALA LUMPUR: Sekiranya proklamasi atau pengisytiharan darurat bagi membendung wabak pandemik Covid-19 dikuatkuasakan, ia mampu menjadi mekanisme bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan secara mengejut.

Menurut Felo Penyelidik (Undang-Undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa ‘jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka YDPA boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
Berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan itu, kata Muhammad Fathi, soal ekonomi disebut secara jelas sebagai salah satu sebab yang membolehkan darurat diisytiharkan selain bagi menangani masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia menjadikan pengisytiharan darurat bagi mengatasi wabak Covid-19 bukan satu masalah dari sudut Perlembagaan, katanya dalam satu tulisan pada Sabtu minggu lalu.

Jelasnya tanggapan bahawa pengisytiharan darurat akan menyebabkan negara diperintah pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah berkurung adalah salah.

“Ia jauh daripada hakikat sebenar dan dari sudut pemerintahan, Pengisytiharan Darurat Covid-19 tidak akan mengubah bentuk pemerintahan sedia ada.
Dr Muhammad Fathi Yusof “Malah, kerajaan tetap berfungsi seperti biasa kerana perubahan fungsi kerajaan di peringkat kementerian dan negeri-negeri tidak diperlukan bagi menangani Covid-19.

“Apa yang berlaku ialah pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani Covid-19.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan, peranan aktif MKN telah digerakkan untuk menangani wabak ini, tetapi dari sudut kuasanya agak kurang jelas dan janggal dan masalah ini dapat diatasi dengan proklamasi darurat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Fathi, ramai yang tidak menyedari bahawa darurat yang diisytiharkan pada 1969 dan tamat pada 2012, beberapa ordinan dikekalkan dan digunakan oleh kerajaan dalam pendakwaan dan pentadbiran.

“Hakikat itu telah membuktikan bahawa kedudukan negara dalam keadaan darurat bukanlah satu masalah sehingga boleh menghakis amalan demokrasi dan perlindungan hak asasi rakyat,” katanya.

Justeru itu, kata Muhammad Fathi, Proklamasi atau Pengisytiharan Darurat Covid-19 tidak perlu menjadi satu polemik atau ketakutan kepada rakyat Malaysia.

“Kita mengharapkan dengan diisytiharkan Darurat Covid-19, penguatkuasaan peraturan dan arahan berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 termasuklah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan langkah-langkah lain dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

“Selain itu, ia juga mampu menyediakan mekanisme yang dapat mengelakkan rakyat terjebak dalam pilihan raya umum dalam tempoh wabak ini. Mudah-mudahan negara kita dan dunia segera dikeluarkan daripada dugaan dan cabaran wabak yang luar biasa ini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 24/10/2020
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/darurat-covid-19-untuk-elak-pru-mengejut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 289 hits
SHAH ALAM 23 OKT Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan persekutuan menggunakan alasan penularan Covid 19 untuk menyekat sidang parlimen berikutan ada ura ura darurat mahu diisytihar Ketua pembangkang kesal kerana perintah sedemikian...
Pru 15 Penyelesaian Muktamad Menghadapi Covid 19 Dan Konflik Politik Negara

Pru 15 Penyelesaian Muktamad Menghadapi Covid 19 Dan Konflik Politik Negara

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 155 hits
Tiada pilihan kegilaan ini tidak akan dapat dihentikan sekalipun dengan perisytiharan Darurat Mereka bukan tidak sedar risiko covid 19 mereka bukan juga tidak tahu kesukaran rakyat mereka juga baca kedudukan ekonomi Negara Semua itu berada ...
Benarkah Darurat Covid 19 Akan Diisytiharkan

Benarkah Darurat Covid 19 Akan Diisytiharkan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 255 hits
Kecoh hari ini dengan desas desus mengatakan darurat akan dilaksanakan kerajaan apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Difahamkan Perdana Mente...
Covid 19 Pm Tiba Untuk Mengadap Agong Di Kuantan Spekulasi Pengisytiharan Darurat Semakin Memuncak

Covid 19 Pm Tiba Untuk Mengadap Agong Di Kuantan Spekulasi Pengisytiharan Darurat Semakin Memuncak

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 209 hits
1 995 total views 1 995 views today Kuantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz di sini bagi mengadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Muhyiddin yang sebelum ini mem...
Pdp Dalam Talian Kaedah Selamat Elak Penularan Covid 19 Naib Canselor Upsi

Pdp Dalam Talian Kaedah Selamat Elak Penularan Covid 19 Naib Canselor Upsi

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah jalan selamat bagi mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi pada masa ini sekali gus mengekang penularan wabak COVID 19 Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datu...
Kalau Ikut Saya Bulan Ini Juga Pru Annuar Jawab Kritikan Isu Darurat

Kalau Ikut Saya Bulan Ini Juga Pru Annuar Jawab Kritikan Isu Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 211 hits
Menjawab kritikan terhadap kemungkinan pelaksanaan darurat Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata segala kemelut politik yang sedang melanda negara boleh saja diselesaikan dengan pilihan raya umum Namun di kala negara dilanda wabak...
Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 574 hits
The Bank Islam employee from the Lahad Datu branch is now being treated at a government hospital PETALING JAYA Bank Islam Malaysia Berhad has temporarily closed its Lahad Datu branch in Sabah including its self service terminals from today ...
Gelombang Kedua Covid 19 Perancis Isytihar Darurat

Gelombang Kedua Covid 19 Perancis Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 206 hits
PARIS Presiden Perancis Emmanuel Macron pada semalam mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan di Paris dan bandar bandar lain selaras dengan darurat yang telah diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan koronavir...
Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 300 hits
Situasi ini kata Haniff akan menyebabkan Agong berdepan kesukaran untuk melantik pihak yang benar benar memiliki majoriti disebabkan unsur kecurigaan yang timbul Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah boleh mengisytiharkan darurat sekiranya keme...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik