Kalau Hadir Ke Parlimen Pun Malas Memanglah Tak Dapat Tanya Soalan


 
Menjawab kritikan umum terhadap ketidakhadiran pemimpin utama blok pembangkang ketika sesi soal jawab dengan Perdana Menteri di Parlimen, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukan semua Ahli Parlimen boleh bertanya soalan ketika sesi tersebut.
Dengan itu, menurut beliau, ketidakhadiran pemimpin utama pembangkang seperti Presiden Pas, Hadi Awang; Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin tidak sepatutnya menjadi isu yang berbangkit.
“Ramai yang tersilap faham keperluan hadir semasa sesi soal jawab dengan Perdana Menteri atau PMQ yang ditetapkan pada setiap Selasa itu.
“Semasa sesi PMQ bukan semua orang boleh tanya soalan Perdana Menteri, kalau Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hadir pun bukan boleh tanya soalan.
“Orang yang tanya soalan bertulis saja, apabila Perdana Menteri jawab, orang yang sama saja boleh bertanyakan soalan tambahan, bukannya sesuka hati orang lain boleh mencelah,” katanya.
Dua persoalan timbul daripada penjelasan Tuan Ibrahim ini:
Pertama, kalau begitu, kenapa pemimpin utama blok pembangkang seperti Hadi, Mahiaddin dan Hamzah tidak mengemukakan soalan bertulis kepada Perdana Menteri untuk dijawab ketika sesi PMQ itu?
Jika mereka mengemukakan soalan bertulis, setidak-tidaknya dapat lagi mengemukakan soalan tambahan daripada perkara yang dibangkitkan.
Ini tidak, sudahlah tidak hadir ketika sesi PMQ, menghantar soalan bertulis pun tidak juga.
Jadi, apa peranan mereka dalam semak dan imbang terhadap kerajaan?
Yang kedua, dalam setiap soalan tambahan secara bertulis yang dikemukakan oleh seseorang Ahli Parlimen, selain penanya soalan dibenar mengemukakan soalan tambahan, ia juga terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen lain, baik kerajaan atau pembangkang, untuk turut mengemukakan soalan tambahan.
Jadi, di mana asasnya hujah Tuan Ibrahim kononnya kalau Hadi Awang hadir pun, dia tidak boleh bertanya soalan?
Hakikatnya masih terbuka ruang untuk meminta penjelasan dan bertanya soalan kepada Perdana Menteri dalam sesi soal jawab itu.
Pokoknya, mahu dan tidak mahu saja dan paling penting, jangan malas hadir ke Parlimen.
Kalau di pentas ceramah, di sidang media atau sembang sesama sendiri bukan main lagi banyak isu dalam negara yang dibangkitkan, kenapa tidak gunakan saluran yang betul?
Tulis dan kemukakan soalan secara bertulis atau bangun mencelah untuk bertanya soalan tambahan, bukankah itu bermakna ruang sentiasa terbuka?
Sudah tentu semua itu hanya dapat dilakukan dengan wajib hadir ke Parlimen dan sedia untuk aktif memainkan peranan semak dan imbang yang ditunggu-tunggu rakyat sebagaimana digalas Anwar Ibrahim ketika beliau bergelar Ketua Pembangkang sebelum ini, walaupun ketika itu belum diwujudkan lagi sesi PMQ itu.
Cuba tengok Shahidan Kassim, disebabkan beliau rajin hadir ke Parlimen, peranannya sentiasa kelihatan menonjol.
Tapi, kalau awal-awal lagi tidak hadir ke Parlimen yang memberi gambaran tidak mahu atau malas berperanan aktif, memanglah tidak dapat bertanya apa-apa soalan.
Bercakap nak tebuk atap, kenapa pula boleh aktif? – ShahbudinHusin 06/04/2023






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/kalau-hadir-ke-parlimen-pun-malas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ampunkan Najib Apa Kehendak 27 Juta Lagi Rakyat Malaysia Tanya Kadir

Ampunkan Najib Apa Kehendak 27 Juta Lagi Rakyat Malaysia Tanya Kadir

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 304 hits
A Kadir Jasin Malaysiakini Jika Umno memohon pengampunan diraja buat bekas presiden mereka atas dasar simpati kata A Kadir Jasin adakah parti itu tidak memikirkan hal berkaitan lain semasa membuat ketetapan tersebut Kata Tokoh Wartawan Nega...
Sejak Bila Pula Melayu Islam Angkuh Mp Pn Tanya Anwar

Sejak Bila Pula Melayu Islam Angkuh Mp Pn Tanya Anwar

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 234 hits
agendaily com05 04 2023Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan orang Melayu...
Kalau Apa Apa Tanya Dia Sam Bunkface Minta Aida Jawab Sendiri Isu Nafkah Anak

Kalau Apa Apa Tanya Dia Sam Bunkface Minta Aida Jawab Sendiri Isu Nafkah Anak

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 889 hits
Penyanyi vokalis kumpulan Bunkface Sam enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung pindaan bayaran nafkah anak yang dituntut kepada bekas isterinya Aida Azira Husin Ketika ditemui di sesi perbicaraan di Mahkamah Sam atau nama sebenarnya Sh...
Antara Saya Ira Kazar Siapa Lebih Cantik Tanya Fathia Latiff

Antara Saya Ira Kazar Siapa Lebih Cantik Tanya Fathia Latiff

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 233 hits
nbsp Baru baru ini video di aplikasi TikTok telah menjadi tular memaparkan pelakon sensasi Fathia Latiff sedang membuat mimik video menggunakan lagu trending bahasa Indonesia Menerusi video berdurasi 16 saat itu Fathia menari dengan gaya ma...
Bubur Krong Krang Malas

Bubur Krong Krang Malas

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 139 hits
ya krong krang versi malas i bubur ni memang ngam untuk berbuka puasa lah makan sejuk2 sangat lah heavennya Bubur Krong krang Bahan 1 cawan tepung ubi kayu1 2 cawan air panas mendidihkuantiti di atas ditambah sehingga adunan jadi kenyal dan...
Tofu Crispy Goreng Pedas Menu Malas Untuk Bersahur

Tofu Crispy Goreng Pedas Menu Malas Untuk Bersahur

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 215 hits
Paling pening nak fikir lauk apa nak masak untuk bersahur kan Yelah mana taknya tengah mamai nak kena sediakan bahan masak bersahur pula kalau tak kena tekak menunya mesti takde selera nak makan untuk bersahur Nak fikir menu dah susah nak d...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots