Sejak Bila Pula Melayu Islam Angkuh Mp Pn Tanya Anwar


agendaily.com05/04/2023
Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan orang Melayu Islam supaya tidak angkuh hingga meminggirkan kumpulan minoriti lain.

Malah, beliau juga mengingatkan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) itu supaya turut memberi nasihat kepada kaum lain juga agar tidak angkuh.

“Sejak bila Melayu Islam angkuh? Jika dikatakan sekadar peringatan dan tidak semestinya ia berlaku, nah kenapa tidak diperingatkan juga kepada selain Melayu Islam?” soal beliau yang juga Ahli Parlimen PN Pasir Mas, dalam kenyataan ringkas malam tadi (4 April 2023).

Pada masa sama gabungan pembela ummah turut menbidas kenyataan Anwar yang dianggap mahu menjadi juara kepada kaum lain dengan ‘menghentam’ bangsa sendiri.

Jurucakap gabungan itu mengingatkan Anwar bahawa sesetengah pengundi Melayu juga turut memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lalu.

“Jangan kerana hendak menjadi hero kepada kaum lain maka bangsa sendiri diinjak-injak. Adakah Anwar bukan Melayu?,” katanya kepada Agenda Daily.

Menurutnya Anwar yang kini mempunyai kuasa sepatutnya menjadi pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu serta kedudukan Islam.

“Kami harap kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 153,” katanya sambil mengingatkan tentang sejarah bagaimana bangsa Melayu lebih bertoleransi terhadap kaum-kaum lain.

Semalam, Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan mengingatkan orang Melayu Islam sebagai kaum majoriti di negara ini tidak berasa begitu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kumpulan minoriti lain.

Menceritakan pengalamannya ketika berkunjung ke Kemboja baru-baru ini, Anwar berkata beliau melihat sendiri bagaimana umat Islam minoriti di negara berkenaan dilayan.

“Saya iftar anjuran Perdana Menteri Kemboja bersama 6,000 umat Islam di sana. Umat islam di Kemboja hanya 10 peratus dan apabila diberi penghormatan, beri ucapan dan ke masjid di sana, saya sebut bahawa langkah ini menunjukkan negara majoriti (beragama) Buddha memberi dan meraikan kumpulan minoriti umat Islam dengan iftar dan beberapa ruang lain termasuk (melantik) menteri, seorang Muslim.

“Itu sebagai pengajaran, kadang-kadang kita yang majoriti (ini) rasa terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap tidak boleh meraikan kelompok (minoriti) lain dan ini bukan dianjurkan dalam pengajaran pedoman Nabi Muhammad SAW,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/sejak-bila-pula-melayu-islam-angkuh-mp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kata Melayu Jangan Angkuh Apa Kata Tun

Anwar Kata Melayu Jangan Angkuh Apa Kata Tun

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 294 hits
Tun atas ehsan bagi kebenaran untuk Anwar lanjutkan sehingga 17April melalui tommy Thomas untuk menjawab letter of demand Melayu ANGKUH ini jawapan Tun
Melayu Islam Seperti Yang Diharapkan Makin Sukar Ditemui

Melayu Islam Seperti Yang Diharapkan Makin Sukar Ditemui

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 110 hits
Dalam sikap kesederhanaan kaum Yang diamalkan di Malaysia Islam sebagai UGAMA Rasmi tetapi di Mana pemimpin Islam Yang boleh dijadikan idola rakyat Malaysia
Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 155 hits
Orang Melayu kategori penyamun membuatkan bangsa Melayu dipandang hina dan lemah Membina semula jati diri membina semula maruah ugama yang dianut bangsa Melayu sudah menjadi jihad dan wajib Tanpa Islam tanpa nilai Islam orang Melayu mungkin...
Lagak Bela Melayu Islam Sang Lembu Kenyang

Lagak Bela Melayu Islam Sang Lembu Kenyang

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 140 hits
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pula tidak merasa puas mengutus surat kepada Dr Yusuf Al Qardhawi dan ramai pemimpin Islam seluruh dunia bahawa kononnya Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sekular memusuhi Islam disokong freem...
Hanya Melayu Buta Hati Tuduh Bangsa Sendiri Angkuh Hadi

Hanya Melayu Buta Hati Tuduh Bangsa Sendiri Angkuh Hadi

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 376 hits
agendaily com07 04 2023Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang PAS kecewa kerana ada dalam kalangan orang Melayu yang menuduh bangsa sendiri sebagai rasis angkuh dan sebagainya selain menyifatkan mereka sebagai mahkluk asing yang menggoda men...
Apakah Bersih Dan Reformasi Akan Menjaga Kesucian Islam Dan Kepentingan Melayu

Apakah Bersih Dan Reformasi Akan Menjaga Kesucian Islam Dan Kepentingan Melayu

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 142 hits
Adalah lebih baik pilih SaHAja PAS atau pilih semula umno jika jawapannya tidak atau tidak pasti BERSATU masih kurang jelas dari segi kepimpinan dan arah tuju Sesuatu yang drastik perlu diambil seperti bergabung dengan AMANAH untuk satu uni...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner

Lirik Lagu Pendam Rasa Evanatie

Kolaborasi Skin Hero Mobile Legend X Naruto Spipudden