Kalau Cikgu Tanya Cakap Kita Suntik Vaksin Di Paed Doktor Dedahkan Taktik Tidak Jujur Ibu Bapa Antivaksin


Suntikan vaksin sangat penting untuk melindungi manusia daripada ancaman pelbagai virus dan bakteria yang mudah menjangkiti. Namun tindakan sesetengah ibu bapa yang menolak untuk memvaksinkan anak mereka mendedahkan masyarakat kepada penularan penyakit berbahaya yang boleh membawa maut. Dengan cara tidak jujur menipu guru di sekolah agar anak mereka tidak divaksinkan.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Amirul Amzar yang turut berkongsi rakaman skrin yang menunjukkan seorang ibu bertindak menipu dengan tidak menyertakan salinan rekod vaksin anak dan hanya menanda ruangan ‘tidak membenarkan’ apabila menerima surat kebenaran mendapat suntikan vaksin di sekolah.

Dr Amirul Amzar juga turut memuji tindakan taska dan tadika yang menolak anak-anak yang tidak divaksin dan mengulas tentang kepentingan pemvaksinan dalam kelompok kecil seperti di taska/ tadika.
TASKA/TADIKA MENOLAK KANAK-KANAK YANG TIDAK DIVAKSIN SEPENUHNYA Saya dimaklumkan terdapat beberapa taska atau tadika yang menolak kanak-kanak yang tidak menerima vaksin sepenuhnya. Situasi ini menimbulkan kemarahan pada ibu bapa antivaksin sehingga ada antara mereka yang sanggup menipu dalam mendaftarkan anak-anak mereka.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan TAHNIAH pada pihak pengurusan taska atau tadika yang membuat peraturan sedemikian. Ini adalah tindakan bertanggungjawab yang bijak.

Vaksin berkesan dalam melindungi kanak-kanak dari pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bukan itu sahaja, pemberian vaksin juga melindungi anak-anak lain yang tidak boleh menerima vaksin atau bayi yang masih kecil yang belum boleh menerima vaksin, melalui imuniti kelompok.
Antivaksin suka berhujah memomokkan imuniti kelompok. Kata mereka, golongan yang menolak vaksin ini sedikit sahaja, tak meruntuhkan imuniti kelompok pun.
Apa yang mereka gagal faham adalah konsep ini boleh dikecilkan pada populasi kecil setempat, sebagai contoh, kanak-kanak di taska.
Secara purata, kanak-kanak di taska menghabiskan masa selama separuh hari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu di taska. Ini menjadikan kehidupan di taska satu rutin pada mereka.
KESAN SEKIRANYA ADA KANAK-KANAK YANG TIDAK DIVAKSIN Sekiranya pihak taska sewenang-wenangnya menerima kanak-kanak tidak divaksin, risiko penularan wabak akan meningkat. Bayangkan jika 100 orang berdaftar, 30 menolak vaksin.Disebabkan peratusan imuniti jatuh di bawah 70% (tidak kira lagi mereka yang gagal menjana imuniti selepas divaksin), risiko untuk wabak berlaku amat tinggi.
Sekiranya wabak berlaku, pihak taska terpaksa bertanggungjawab. Mereka perlu menutup taska berhari-hari. Malah, ibu bapa yang telah memvaksinkan anak mereka juga akan terganggu dengan penutupan ini.
Oleh sebab itu, tindakan pihak taska atau tadika menolak golongan antivaksin ini adalah satu tindakan bertanggungjawab yang bijak.
Jika golongan antivaksin mahu menarik isu undang-undang, tampar lah pipi mereka dan sedarkan mereka. Mereka adalah klien dan pengurusan taska adalah peniaga. Adalah satu hak kepada peniaga untuk menolak berurusan dengan klien yang berpotensi menyusahkan mereka kelak.

4 SARANAN KEPADA PIHAK TADIKA/ TASKA TENTANG ANTIVAKSIN Dr Amirul Amzar juga turut berkongsi empat saranan bernas kepada pemilik tadika dan taska berkenaan isu ini.
1. Pihak pengurusan taska dan tadika berhak dan digalakkan menolak ibu bapa antivaksin. Ini bagi menjaga tanggungjawab mereka kepada kanak-kanak lain. 
2. Ibu bapa antivaksin seharusnya tidak menyalahkan pihak taska. Jika mereka masih berdegil menolak vaksin, mereka perlu mencari alternatif lain sama ada taska kelolaan antivaksin juga atau pendidikan pra persekolahan di rumah. 
3. Jangan menipu jika anda antivaksin. Anda bukan sahaja membahayakan nyawa anak anda, malah membahayakan kanak-kanak lain dan pihak pengurusan taska. 
4. Pihak pengurusan taska perlu berhati-hati dengan penipu antivaksin. Dapatkan buku rekod vaksinasi mereka dan semak dengan teliti. Anda terdedah kepada bahaya wabak jika terperdaya dengan mereka ini.
P/S: Antivaksin tolak vaksin kerana kandungannya yang diragui walhal pihak agamawan telah mengharuskan penggunaannya (rujuk Bayan Linnas isu 59). Tetapi, mereka tidak rasa berdosa pula menipu rekod imunisasi anak-anak mereka.
Umpama menang berjudi, wang dibelanja untuk ke umrah.
Dan mungkin sahabat-sahabat boleh namakan taska-taska yang diketahui ada peraturan menolak antivaksin sebegini? Bagi memudahkan ibu bapa yang membaca membuat pilihan selamat untuk anak-anak mereka.
Sumber: Dr Amirul Amzar
The post “Kalau Cikgu Tanya, Cakap Kita Suntik Vaksin Di Paed.” Doktor Dedahkan Taktik Tidak Jujur Ibu Bapa Antivaksin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kalau-cikgu-tanya-cakap-kita-suntik-vaksin-di-paed-doktor-dedahkan-taktik-tidak-jujur-ibu-bapa-antivaksin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Cikgu Tanya Kenapa Tak Benarkan Cakap Nak Vaksin Dengan Paed Tergamak Wanita Ini Ajar Ibu Yang Lain Menipu

Kalau Cikgu Tanya Kenapa Tak Benarkan Cakap Nak Vaksin Dengan Paed Tergamak Wanita Ini Ajar Ibu Yang Lain Menipu

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 642 hits
Kalau cikgu tanya kenapa tak benarkan cakap nak vaksin dengan PAED Tergamak wanita ini ajar ibu yang lain menipuSudah ditegaskan bahawa anak anak perlu diberikan suntikan imunisasi sebelum dihantar ke pusat penjagaan atau sekolah Namun sehi...
Tahan Kencing Dari Siang Bila Doktor Periksa Rupa Rupanya Ia Bersebab Ibu Ayah Hati Hati 5 Cara Grooming Ini

Tahan Kencing Dari Siang Bila Doktor Periksa Rupa Rupanya Ia Bersebab Ibu Ayah Hati Hati 5 Cara Grooming Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 745 hits
Kanak kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran peringatan telah berkongsi pengalamannya mengendali...
Jarum Jarum Semua Tak Nak Atau Saya Saman Ibu Ugut Doktor Di Jabatan Kecemasan

Jarum Jarum Semua Tak Nak Atau Saya Saman Ibu Ugut Doktor Di Jabatan Kecemasan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 299 hits
Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka sakit begitu juga dengan pegawai perubatan yang sentiasa sedaya upaya membantu merawat anak anak kecil dari berterusan menanggung sakit sehinggalah mereka sembuh sepenuhnya Namun ada satu golonga...
Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

Cara Menebus Dosa Kepada Ibu Bapa Atau Orang Yang Telah Tiada Lagi Mohon Dapat Menjadi Iktibar Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1189 hits
Dosa sesama insan hanya diampun setelah kita meminta ampun kepada insan tersebut tapi macam mana kalau orang yang kita nak minta ampun dah menin ggal dunia Ini caranya ikut cara yang Rasulullah ajar ni Dalam Islam berbakti kepada orang tua ...
Baju Sekolah Pilihan Ibu Bapa Selesa Sepanjang Hari

Baju Sekolah Pilihan Ibu Bapa Selesa Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 397 hits
Hi semua Un hari ni baru sempat nak update peristiwa hari Ahad lalu Akibat kesibukkan tugas hujung minggu Un bawa anak anak mencari baju sekolah pilihan kami iaitu jenama Swan Baju Sekolah Pilihan Kami Iaitu Jenama Swan Baju sekolah anak ad...
Bukaan 4cm Ada Tanda Darah Untungnya Doktor Tetap Jaga Solat Ibu Bersalin Ini

Bukaan 4cm Ada Tanda Darah Untungnya Doktor Tetap Jaga Solat Ibu Bersalin Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 588 hits
Ibu bakal bersalin ini sudah menunjukkan tanda tanda melahirkan bayi dalam kandungan Sudah ada tanda darah dan bukaan 4cm Doktor perlu bantu ibu ini pecahkan air ketuban untuk melancarkan proses kelahiran Tiba tiba doktor teringat sesuatu B...
Ada Sebab Doktor Syor Ibu Czer Jarakkan Kelahiran Bukan Sekat Rezeki Cuma Risau Komplikasi Maut

Ada Sebab Doktor Syor Ibu Czer Jarakkan Kelahiran Bukan Sekat Rezeki Cuma Risau Komplikasi Maut

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 253 hits
Ada sebab kenapa kami pohon dan minta para ibu menjarakkan kelahiran dan mengamalkan rancangan keluarga terutamanya jika melalui kelahiran melalui pembedahan lebih daripada tiga kali Antara komplikasi yang paling digeruni adalah 1 Placenta ...
Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya

Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 486 hits
Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama Ibu Ni Kongsi Pengalamannya Sungguh pilu membaca perkongsian dari seorang ibu ini Hanya diberi peluang 24 jam untuk dapat bersama anak sulongnya sebelum kembali ke negeri abadi Ayuh kita se...
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 957 hits
5 Senarai Semak Ini Wajib Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah Salam semua sejak kebelakangan ini kerap kali isu penderaan kanak kanak dan bayi yang selalu muncul dalam berita Sampaikan tak sanggup nak dengar ada jerr ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru