Kalau Anak Tengah Mengamuk Biarkan Sampai Dia Tenang Baru Pujuk


Mama! Mama! Adik nak mainan tu! jerit Aiman tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat karenahnya. Anda pasti pernah mengalami situasi sebegini ketika berkunjung ke pusat membeli-belah. Ketahui lebih lanjut panduan menghadapi anak yang meragam.

Anak meragam atau mengamuk di tempat umum mungkin akan membuatkan anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit sekuat hati ditambah dengan aksi berguling-guling tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Apa yang si kecil tahu kemahuan mereka mesti dipenuhi. Akibatnya segelintir ibu bapa memilih untuk beralah dengan anak-anak, yang penting si kecil tidak lagi menjerit. Namun hakikatnya, jalan mudah ini salah, jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang sering mengamuk dan meragam.
Kenapa mengamuk?
Mengamuk merupakan salah satu cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati, mendapatkan sesuatu dan juga meraih perhatian. Ada juga yang meragam kerana mereka penat, lapar atau merasa tidak selesa. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak-anak meragam.
Kanak-kanak yang sedang membesar mahukan kebebasan untuk mendapatkan apa sahaja. Maka itu jika mereka dihalang, potensi untuk mengamuk menjadi jalan untuk mereka menunjukkan rasa protes. Sebagai contoh jika anak anda inginkan permainan yang disukainya, dan kemahuan mereka tidak dipenuhi, pasti si kecil akan menjerit serta meraung sehinggalah kemahuan mereka dituruti.
Ini adalah normal kerana semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak, anak-anak yang berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrum. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak dalam usia tersebut mempunyai keinginan yang tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Panduan hadapi anak mengamuk
Walaupun mengamuk merupakan satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita seharusnya menolong anak mengawal tabiat tersebut. Semak perkara berikut.
Alih perhatian anak Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti menangis lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam selain mengalihkan perhatian mereka dengan sesuatu.
Jangan mengikut kehendak anak Kanak-kanak mengamuk kerana mereka tahu dengan cara tersebut mereka akan dapat apa yang diinginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak memang bijak sekali kita mengalah apabila mereka mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluan mereka tidak dipenuhi. Jangka masa mengamuk juga akan lebih lama kerana mereka tahu anda akan mengalah akhirnya. Oleh itu cekalkan hati dan tegas dalam membuat keputusan.

Elak daripada marah dan menjerit Jangan sesekali memarahi si kecil anda kerana ia tidak akan membantu. Terangkan pada mereka kenapa tidak boleh. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga dapat membantu anak-anak yang meragam.
Biarkan Membiarkan anak meragam adalah ubat paling mujarab kerana jika anda memujuk ia akan memberi gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dimahukan apabila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada sesetengah kanak-kanak yang bertindak mencederakan diri apabila mengamuk seperti menghantukkan kepala ke lantai dan ada juga yang sukar bernafas ketika mengamuk.
Apabila anak berhenti mengamuk Berbincanglah dengan mereka kenapa permintaannya tidak dipenuhi dan kenapa mereka tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Tegaskan bahawa dengan mengamuk tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka dan itu satu tingkah laku yang tidak baik.

Perhatian!!!
Jangan cuba untuk menenangkan anak yang sedang mengamuk kerana ini akan membuatkan suaranya bertambah kuat kerana fikirnya dia boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk. Biarkan sahaja dia menangis sepuasnya hingga dia merasa letih untuk terus menangis.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalau Anak Tengah Mengamuk, Biarkan Sampai Dia Tenang Baru Pujuk! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-tengah-mengamuk-biarkan-sampai-dia-tenang-baru-pujuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekok Macam Baru Dapat Anak Sulung Selepas 17 Tahun Dikurniakan Rezeki Anak Ke 2

Kekok Macam Baru Dapat Anak Sulung Selepas 17 Tahun Dikurniakan Rezeki Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 351 hits
Ini namanya rezeki Selama ini dah tak harapkan apa apa pun tapi bila dapat tahu bakal menimang cahaya mata kedua kegembiraan itu sukar diungkapkan dengan kata kata Bagi pasangan suami isteri Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim dikurni...
Bangun Pagi Cari Al Quran Baru 3 Tahun Datin Niena Kongsi Minat Anak Sulungnya

Bangun Pagi Cari Al Quran Baru 3 Tahun Datin Niena Kongsi Minat Anak Sulungnya

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 295 hits
Kebiasaannya bagi kanak kanak usia bawah 5 tahun minat pada permainan adalah nombor satu Ini adalah lumrah dan normal untuk fasa perkembangan anak Bagaimanapun bagi anak sulung kepada pelakon Datin Niena Baharun pula dia gemar membaca ayat ...
Tesla Baru Ke Ni Video Anak Pr4nk Sorok Stereng Kereta Reaksi Ibu Buat Ramai Berdek4h

Tesla Baru Ke Ni Video Anak Pr4nk Sorok Stereng Kereta Reaksi Ibu Buat Ramai Berdek4h

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 334 hits
Biasanya sewaktu kita berborak memang kita akan jadi ralit dengan perbualan sampai boleh tak perasan dengan keadaan sekeliling kan Tapi kalau sampai stereng kereta hilang pun tak perasan memang level lain dah ni Melalui video Tiktok yang di...
Bapa Azan Anak Baru Lahir Guna Telefon Bimbit

Bapa Azan Anak Baru Lahir Guna Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 267 hits
Bapa azan anak baru lahir guna telefon bimbit JAKARTA Seorang anggota polis unit khas Indonesia menyentuh hati banyak pihak apabila mengazankan bayinya yang baru lahir menerusi panggilan telefon ketika bertugas di hutan bagi menjejaki pengg...
Baru Anak Tak Jemu Rasa Bubur Macam Ala Mushroom Soup Ibu Ini Kongsi Resipi

Baru Anak Tak Jemu Rasa Bubur Macam Ala Mushroom Soup Ibu Ini Kongsi Resipi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 334 hits
Bila anak dah masuk 7 bulan mama pun dah perkenalkan jenis jenis makanan pada bayi jadi boleh lah mama campurkan beberapa bahan di dalam bubur supaya anak tak mudah jemu Yang penting anak tiada alahan terhadap bahan yang dikongsi ini Jika a...
Selepas Dua Anak Baru Tahu Ibu Ayah Tak Pernah Bernikah

Selepas Dua Anak Baru Tahu Ibu Ayah Tak Pernah Bernikah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 243 hits
NUR HUDA MUSAPETALING JAYA Seorang wanita terkedu apabila mengetahui ibu dan bapanya tidak pernah bernikah secara sah dan memalsukan sijil pernikahan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli melalui satu hantaran di laman F...
Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 944 hits
Siapa yang tak mahu memberikan yang terbaik buat anak anak yang sedang membesar Melepaskan anak untuk memasuki ke sekolah asrama penuh memang berat namun inilah yang terbaik untuk masa depan anak anak Inilah yang dikongsikan oleh isteri usa...
Cawan Emosi Anak Belum Penuh Punca Mereka Mengamuk Kuat Meragam Menangis Tak Tentu Pasal

Cawan Emosi Anak Belum Penuh Punca Mereka Mengamuk Kuat Meragam Menangis Tak Tentu Pasal

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 277 hits
Membesarkan anak anak pada zaman kini bukan mudah lebih lebih lagi jika kedua ibu bapa bekerja dan sangat sibuk Namun ianya bukan alasan untuk ibu bapa mengabaikan cawan emosi anak anak Hanya dengan meluangkan masa anda sebagai ibu bapa bol...
Pantai Dengan Ombak Yang Tenang Cocok Untuk Liburan Bersama Keluarga Dan Anak Anak

Pantai Dengan Ombak Yang Tenang Cocok Untuk Liburan Bersama Keluarga Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 290 hits
Pergi ke pantai bersama keluarga merupakan hal yang menyenangkan Tapi kalau bersama keluarga besar dan juga ada anak anak sebaiknya sih pilih yang ombaknya tenang ya
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan