Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama


Sehingga kini, tidak jelas punca sebenar yang menyebabkan penyakit ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya adalah satu masalah alahan yang diwarisi dan juga bersangkut paut dengan sistem imun badan bayi yang kurang matang.
Selain itu, ekzema mungkin berpunca dari tindakbalas alahan terhadap makanan, bahan pencuci yang mendatangkan alahan kepada seseorang. Tapi betul ke sesetengah makanan atau produk memberikan kesan kepada semua pengidap? Atau hanya kepada individu sahaja?

Fakta vs mitos yang anda perlu tahu
1. Produk Tenusu
Mitos – Produk tenusu itu mencetuskan ekzema
Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada susu lembu. Walaubagaimanpun, produk tenusu seperti yogurt mengandungi bakteria sihat yang dikenali sebagai probiotik sebaliknya mungkin boleh membantu. Penyelidik di Universiti Michigan mengesyorkan probiotik sebagai sumber yang berguna untuk mengurangkan gejala-gejala ekzema.
Memandangkan anak-anak berekzema mungkin mempunyai intolerans makanan atau alahan, probiotik boleh membantu kerana ia menggalakkan fungsi pencernaan. Gabungkan yogurt atau lain-lain produk tenusu kultur secara tetap untuk hasil yang terbaik. Makanan tambahan lain yang mengandungi probiotik termasuk tempe, sauerkraut, dadih dan miso elok juga di tambah pengambilannya.
Mohon perhatian yang kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengesahkan kebaikan probiotik terhadap anak-anak berekzema.
Untuk mencegah ekzema pada bayi pula, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama dalam kalangan bayi dalam keluarga yang cenderung mendapat asma, ekzema dan alergi kerana ia didapati boleh menurunkan kadar ekzema.
2. Ikan
Mitos – Ikan tidak digalakkan untuk diambil dalam hidangan kerana boleh menyebabkan kegatalan kulit pada penghidap ekzema
Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada ikan. Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring mungkin baik untuk pesakit ekzema. Minyak ikan mengandungi kandungan omega-3 tinggi dikatakan dapat mengurangkan keradangan. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kebaikan minyak ikan terhadap anak-anak berekzema.
3. Vaksin
Mitos – Jangan vaksinkan anak, semua vaksin berpotensi mencetuskan ekzema yang ada dalam badan penghidap
Fakta – Vaksin tidak menyebabkan terjadinya ekzema tetapi ianya adalah satu reaksi tekanan terhadap sistem imun, dan ini boleh menyebabkan ekzema itu ‘flare’.Kandungan vaksin adalah antigen. Antigen tersebut akan merangsang sistem imuniti badan utk hasil kan antibodi. Penghidap ekzema yang alahan teruk kepada telur, mungkin juga aka mendapat reaksi flare apabila disuntik vaksinflu dan MMR kerana vaksin ini diperbuat dengan menggunakan embrio ayam.
4. Air Panas
Mitos – Mandikan anak dengan air panas dan tambah garam untuk redakan kegatalan
Fakta – Elakkan mandi air panas kerana ianya menambahkan kering kulit. Berendam di dalam tub mandi dengan suhu air biasa adalah digalakkan dan ringkaskan mandian. Gunakan sabun lembut untuk kulit sensitif sahaja. Selepas mandi, segera pakaikan pelembap yang sesuai.
5. Berjangkit
Mitos – Ekzema boleh berjangkit
Fakta – Tidak. Ianya bukan satu jangkitan tetapi satu masalah kompleks yang berkaitan dengan gen yang diwarisi, sistem imun bayi yang tidak matang dan masalah persekitaran. Risiko adalah lebih tinggi jika ada sejarah alahan keluarganya samada asma (lelah), resdung (allergic rhinitis) dan ekzema atopik.
6. Ada Ubat
Mitos – Ekzema ada ubat penyembuh
Fakta – Tidak. Ekzema tiada ubat penyembuh tetapi ada pelbagai cara untk merawatnya dengan baik. Masalah ekzema boleh berulang-ulang apabila ada pencetusnya. Berita baiknya ialah 60% dari kanak-kanak akan pulih dengan sendirinya apabila dia meningkat remaja kemungkinan kerana sistem imunnya sudah matang.
7. Pelembap Yang Mahal
Mitos – Produk popular atau organik semestinya ialah yang paling baik untuk ekzema
Fakta – Tidak. Semua pelembap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, dan tiada satu pelembap di pasaran pun yang boleh dikatakan paling sempurna. Contoh pelembap yang baik adalah jenis yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dan selesa dipakai, dan tidak terlalu mahal. Gunakan pelembap asas yang murah jika ada masalah kos, kerana pelembap mesti dipakai dengan kerap dan banyak terutama jenis ekzema yang kering, dan ini boleh meningkat kan kos perbelanjaan untuk mengawal ekzema. Pemillihan pelembap adalah bergantung kepada kesesuaian bayi terhadap bahan-bahan isi kandungannya, kekeringan kulit, cuaca, aktiviti yang sedang dijalankan, kawasan kulit dan kos.
8. Steroid Berbahaya
Mitos – Sapuan semua jenis steroid adalah merbahaya.
Fakta – Tidak. Krim atau minyak sapuan steroid adalah salah satu cara rawatan paling utama dalam membendung keradangan ekzema ini. Ianya berkesan melegakan iritasi dan gejala kegatalan ekzema. Biasanya doktor yang merawat akan memberikan ubat sapu ini untuk digunakan semasa tempoh keradangan tersebut, dan sapuan ini dihentikan apabila keradangan sudah reda. Ada pelbagai jenis ubat sapu steroid dipasaran, dan ianya dikategorikan kepada potensi (kekuatan) ubat sapu steroid itu, kepada ubat steroid yang lembut, sederhana lembut dan kuat . Penggunaan ubat sapu steroid adalah sangat efektif untuk semua jenis ekzema dan selamat jika digunakan dengan betul.
Artikel Pa&Ma ini telah disemak oleh Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi dari Avisena Specialist Hospital.
 
The post Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos. Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ubat-sapu-jenis-steroid-berbahaya-untuk-ekzema-sebenarnya-mitos-ubat-ini-antara-salah-satu-rawatan-utama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Satu Cegah Penyebaran Virus Corona Masak Daging Hingga Matang

Salah Satu Cegah Penyebaran Virus Corona Masak Daging Hingga Matang

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 181 hits
Corona yang bermutasi kata Telly akan berubah menjadi patogen Dan patogen inilah yang bisa menyerang manusia mana kala hidup di sistem pernapasan manusia
Jawaban Ciri Utama Keunikan Keanekaragaman Jenis Dan Contohnya

Jawaban Ciri Utama Keunikan Keanekaragaman Jenis Dan Contohnya

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 216 hits
Bisakah kamu jelaskan ciri utama keunikan keanekaragaman jenis dan apa contohnya Keanekaragaman jenis adalah semua perbedaan yang terdapat pada makhluk hidup antarjenis atau antarspesies Antarspesies suatu organisme memiliki perbedaan yang ...
Mufti Wp Kongsi Salah Satu Cara Menghilangkan Wabak

Mufti Wp Kongsi Salah Satu Cara Menghilangkan Wabak

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 261 hits
Dunia pada hari ini diselubungi kebimbangan terhadap wabak COVID 19 yang memperlihatkan angka kematian terus meningkat Malaysia juga tidak terkecuali apabila bilangan kes juga semakin meningkat namun setakat ini masih lagi ditangani dengan ...
Lawang Salah Satu Kecamatan Eksotis Di Malang

Lawang Salah Satu Kecamatan Eksotis Di Malang

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 246 hits
Kecamatan Lawang merupakan salah satu penyangga utama Kota Malang selain Kecamatan Singosari dan Kepanjen Kata Lawang yang dalam bahasa Jawa berarti pintu juga menunjukkan posisi Kecamatan Lawang Kecamatan ini menjadi pintu masuk menuju wis...
Susu Skim Dan Susu Rendah Lemak Salah Satu Penyumbang Diabetes

Susu Skim Dan Susu Rendah Lemak Salah Satu Penyumbang Diabetes

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 1283 hits
Selama ini Tedi makan bijirin cereal campur susu skim kerana Tedi fikirkan ia sangat bagus untuk kesihatan Kebelakangan ini Tedi dah jarang makan bijirin cereal bersama susu skim kerana Tedi akan ke angin an atau rasa berangin satu badan Ta...
Kalau Anak Jenis Pendiam Sebenarnya Dia Cenderung Otak Geliga Selesaikan Masalah

Kalau Anak Jenis Pendiam Sebenarnya Dia Cenderung Otak Geliga Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 427 hits
Apabila anda melihat perilaku anak kelihatan seperti dia seorang yang agak pendiam dan menyendiri Kebanyakan ibu ayah pasti merasa risau apatah lagi jika anak sudah mahu masuk sekolah Anak begini dilihat seperti tidak pandai berkawan dan se...
Ibu Darah Jenis O Antara Penyebab Bayi Kuning Lepas Lahir

Ibu Darah Jenis O Antara Penyebab Bayi Kuning Lepas Lahir

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 457 hits
Ibu yang mempunyai darah jenis O mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak yang kuning ketika baru lahir Bagi memahami kenapa perkara ini berlaku kita kena faham kenapa ada blood grouping system Seperti yang kita tahu ...
Malas Bangun Awal Pagi Salah Satu Ciri Ciri Orang Yang Bijak

Malas Bangun Awal Pagi Salah Satu Ciri Ciri Orang Yang Bijak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 206 hits
Tiada yang lebih kuat daripada magnet tilam yang selalu menahan kita dari bangun untuk tidur lebih lama Oleh itu jangan terkejut jika bangun awal selalu menjadi cabaran hebat buat ramai orang Malas bangun lebih awal biasanya kita akan dicop...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut