Kalau Anak Dah Masuk Umur 3 Tahun Tolong Semak Perkara Ni Sepatutnya Dia Dah Pandai Buat


Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan.
  Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak
Pada sekitar usia 3 tahun, anak akan cuba mempelajari perkataan baharu, bercerita, melakukan aktiviti dan cuba membina hubungan persahabatan. Selain daripada keseronokan tersebut, mereka juga belajar mengetahui apa yang betul dan salah serta bagaimana menguruskan emosi.
Tetapi paling utama untuk anda fahami adalah perkembangan anak berbeza dan anda tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak seusia mereka.
Cara mendidik anak 3 tahun
Cara si kecil bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah petunjuk penting berkaitan proses perkembangan anak.Anda tidak boleh menyamakan tahap perkembangan si manja dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Tetapi ada cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda cuba.
Pakai baju
“Nak buat sendiri”, mungkin antara frasa yang akan sering anda dengar.
Memakai baju dengan sendiri adalah antara perkara yang ingin dilakukan dan sepatutnya pada usia ini, mereka sudah boleh melakukannya sendiri.Anda boleh membantu memudahkan proses ini dengan meletakkan pakaian untuknya dan memilih gaya yang mudah. Sebaiknya elakkan pakaian yang berbutang.
Makan tanpa disuap
Jika si cilik mahu makan sendiri tanpa disuap, itu tanda mereka berada pada tahap perkembangan anak yang betul.Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh makan dengan sendiri menggunakan sudu dan garpu serta minum daripada cawan biasa.
Mempunyai anak yang picky eater adalah 1 cabaran. Cuba atasinya dengan menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik.

Latihan tandas
Untuk memastikan proses latihan ke tandas berjaya, si kecil perlu bersedia. Pada usia ini, mereka mungkin berminat untuk menggunakan bilik air. Cara mendidik anak 3 tahun agar dapat menguasai kemahiran ini pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu ada masanya si kecil akan terbabas kencing atau berak dan ia adalah perkara normal.

Perkembangan kemahiran berbahasa
Pada usia ini, anak anda pasti akan bercakap dengan banyak. Mereka seharusnya boleh membuat ayat dengan 3 perkataan mudah. Walaupun si manja mungkin duduk diam, tetapi pada dasarnya mereka memahami apa yang anda katakan. Proses ini dipanggil bahasa reseptif. Tetapi, untuk membantu si manja mengembangkan kemahiran berbahasa, anda perlu membantu dan menggalakkannya untuk bercakap.
Mempunyai kawan
Pada usia ini, si manja sudah bersedia untuk mempunyai kawan tetapi mereka masih memerlukan bantuan daripada anda. Anak anda mungkin tidak suka untuk berkongsi tetapi kesedaran mereka terhadap perasaan individu lain mulai berkembang.
Cara mendidik anak 3 tahun adalah dengan menerangkan kepadanya tentang kesan mengambil mainan kanak-kanak lain.Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan mereka sedih dan anda perlu ajarkan cara untuk berkongsi.

Tugasan rumah
Si kecil memang gemar melakukan sebarang tugasan rumah. Malahan anda mungkin terkejut melihat keupayaan mereka dalam membantu anda. Biarkan si kecil membantu anda dan ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam aspek perkembangan anak.
Elakkan daripada menyuruh anak melakukan tugasan yang sukar atau mereka akan berasa kecewa kerana tidak berjaya melakukannya dengan betul.
Membuat pilihan
Jika anda mahukan si manja menjadi individu yang mendengar dan bertindak balas terhadap arahan dengan baik, ia bergantung kepada pemilihan ayat anda. Elakkan daripada memberikan arahan kepadanya seperti “Kemas mainan ini semula”.
Sebaliknya berikan dia soalan seolah-olah dia mempunyai pilihan, seperti “Boleh tak selepas main nanti, awak kemaskan permainan ini?” Jangan lupa untuk memberikan ucapan terima kasih dan pujian atas usaha mereka.
 

Merengek & perubahan emosi
Tantrum perkara biasa dilakukan anak-anak kecil. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu cuba untuk bertenang dan elakkan daripada memarahi mereka. Abaikan rengekan dan tangisan mereka untuk seketika dan teruskan apa yang sedang anda lakukan.
Setelah amukannya reda, peluklah dan ungkapkan kata-kata sayang buat mereka. Dalam masa yang sama, terangkan kepada mereka sebab dan alasan anda melakukan perkara tersebut – ini juga salah satu cara mendidik anak 3 tahun.
Waktu tidur
Perubahan waktu tidur juga antara perkembangan anak yang boleh diperhatikan. Si kecil mungkin berasakan bahawa mereka tidak perlu tidur siang. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak masih memerlukan tidur siang sehinggalah berusia 5 tahun. Tetapi mungkin akan berlaku perubahan pada waktu tidur.
Sentiasa memantau
Cara mendidik anak 3 tahun dengan pelbagai kemahiran baharu pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Perkembangan yang disenaraikan adalah antara apa yang boleh anda jangkakan pada anak di usia 3 tahun.
Tetapi anda harus sentiasa ingat, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.Namun jika anda berasa bimbang tentang perkembangan mereka, berbincanglah dengan doktor.
Sumber: Hello Doktor
The post Kalau Anak Dah Masuk Umur 3 Tahun, Tolong Semak Perkara Ni. Sepatutnya Dia Dah Pandai Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-dah-masuk-umur-3-tahun-tolong-semak-perkara-ni-sepatutnya-dia-dah-pandai-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membuat Rok Anak Umur 1 Tahun

Cara Membuat Rok Anak Umur 1 Tahun

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 512 hits
CARA MEMBUAT ROK ANAK UMUR 1 TAHUN CARA MEMBUAT ROK ANAK UMUR 1 TAHUN Halo ibu ibu mas tailor dan mbak tailor hebat Kali ini Nju Umey akan bagi bagi cara membuat rok anak perempuan umur 1 tahun Rok yang akan saya buat adalah rok model susun...
8 Perkembangan Utama Yang Anak 3 Tahun Perlu Capai Parents Kena Peka Perkara Ini

8 Perkembangan Utama Yang Anak 3 Tahun Perlu Capai Parents Kena Peka Perkara Ini

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 278 hits
Wah sekejap saja si kecil ibu dan ayah ini telah menginjak ke usia tiga tahun Semasa di umur ini tentunya ibu ayah akan mencungkil lebih banyak tips keibubapaan khususnya berkaitan cara mendidik anak3 tahun ini Setiap daripada ibu bapa tent...
Sedih Momen Anak Umur 2 Tahun Dijemput Petugas Covid 19

Sedih Momen Anak Umur 2 Tahun Dijemput Petugas Covid 19

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 358 hits
Sebuah video merekam momen mengharukan saat petugas berpakaian APD menjemput seorang bocah yang diduga terinfeksi virus corona di Palembang Sumatera Selatan Momen ini berhasil diabadikan sejumlah warga sekitar rumah bocah berusia dua tahun ...
Tahun Ini Sepatutnya Kita Sambut Raya Bersama Anak

Tahun Ini Sepatutnya Kita Sambut Raya Bersama Anak

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 589 hits
Aidilfitri tahun ini pastinya sangat berbeza seperti tahun lalu buat balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Menerusi Instagram Hidayah meluahkan rasa sedih menyambut hari raya tanpa suaminya disisi Hidayah berkata dia sangat rindukan...
Lepas Keguguran Tahun Lalu Isteri Hamil Lagi Bakal Lahirkan Anak Perempuan Oktober Nanti Cef Naem Ucap Rasa Syukur

Lepas Keguguran Tahun Lalu Isteri Hamil Lagi Bakal Lahirkan Anak Perempuan Oktober Nanti Cef Naem Ucap Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 460 hits
Selepas isteri tersayang mengalami keguguran pada November tahun lalu cef selebriti dan pengacara program masakan Cef Naem baru baru ini berkongsi berita gembira apabila suri hatinya itu sudah hamil dengan usia kandungan mencecah hampir lim...
Seorang Ibu Tunggal 3 Tahun Duduk Dengan 2 Anak Tak Ada Api Air

Seorang Ibu Tunggal 3 Tahun Duduk Dengan 2 Anak Tak Ada Api Air

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 383 hits
Seorang Ibu Tunggal 3 tahun duduk dengan 2 Anak Tak Ada Api AirrePublish Berita Terkini MalaysiaSeorang Ibu Tunggal 3 tahun duduk dengan 2 Anak Tak Ada Api Air Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel adalah percuma untuk diulang s...
Menilai Gaya Kim Hee Ae Dari Atas Sampai Bawah Umur 54 Tahun Masih Kayak Abg

Menilai Gaya Kim Hee Ae Dari Atas Sampai Bawah Umur 54 Tahun Masih Kayak Abg

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 509 hits
Tokoh yang teraniaya di drama The World of The Married ini ternyata punya selera yang lumayan lo soal penampilannya
Tidak Bawa Ic Umur 70 Tahun Ke Atas Pesakit Kronik Dilarang Ke Masjid

Tidak Bawa Ic Umur 70 Tahun Ke Atas Pesakit Kronik Dilarang Ke Masjid

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 255 hits
Gambar Hiasan foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Pihak berkuasa agama di negeri negeri yang telah membenarkan solat Jumaat dan berjemaahdi kawasan masing masing perlu mengambil serius beberapa perkara penting bagi memastikan penularan wabak Co...
Remaja Rohingya Didakwa Bunuh Anak Tiri 6 Tahun

Remaja Rohingya Didakwa Bunuh Anak Tiri 6 Tahun

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 376 hits
AMPANG Seorang remaja etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat atas tuduhan membunuh anak tirinya yang berusia enam tahun Remaja berusia 17 tahun yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba