Lepas Keguguran Tahun Lalu Isteri Hamil Lagi Bakal Lahirkan Anak Perempuan Oktober Nanti Cef Naem Ucap Rasa Syukur
Selepas isteri tersayang mengalami keguguran pada November tahun lalu, cef selebriti dan pengacara program masakan, Cef Naem baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila suri hatinya itu sudah hamil dengan usia kandungan mencecah hampir lima bulan.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Cef Naem sendiri tidak menyangka isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli disahkan hamil secepat ini.
Artikel menarik: Badan Penat, Otak Stres. Rupanya Itulah Punca Nak Mengandung Tapi Tak ‘Lekat-lekat’
“Alhamdulillah berita yang amat menggembirakan, namun saya masih lagi terkejut apabila rezeki untuk menimang cahaya mata diberi dalam tempoh yang singkat kerana isteri baru saja keguguran sekitar November, tahun lalu.
“Namun, saya anggap rezeki ini sudah tertulis selepas hampir setahun menantikan kehadiran zuriat. Mungkin lain orang, berbeza-beza keadaannya.
“Apapun, sukar untuk saya gambarkan perasaan ini apabila bakal bergelar bapa tak lama lagi. Doakan semoga proses kehamilan ini berjalan lancar dan Inshaa-Allah bayi dijangka lahir pada Oktober depan,” katanya.
Menurut Naem, isterinya juga mengalami alahan teruk apabila tidak boleh menghidu minyak wangi yang dipakainya.
“Pada peringkat awal kehamilan, dia (isteri) mengalami alahan teruk apabila sering muntah-muntah.
“Malah dia juga tidak boleh menghidu minyak wangi yang saya pakai walaupun dia yang menghadiahkannya.
“Jadi apabila saya keluar memang tak sembur minyak wangi lah. Kalau perlu pakai pun saya akan guna di dalam kereta,” katanya pada akhbar tersebut.
Terbaru, menerusi Instagram miliknya, Cef Naem berkongsi tentang perkembangan terbaru kandungan isteri tercinta dengan memuat naik video imbasan ultrasound.
Dalam postingnya itu, Cef Naem mengucapkan rasa syukur dan dalam masa yang sama turut berasa gementar. Dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak yang sedang dikandung.
Dia juga turut memaklumkan bahawa anak yang bakal lahir pada Oktober nanti adalah anak perempuan.
“Alhamdulillah. thank you ya Allah. nervous pulak rasa nya . apa pun tolong doa kan yang baik baik utk wife @syazwanizulkaffli dan bakal anak ya thanks guys . oh yaa. btw, its a Baby Girl #blessed”
View this post on Instagram
Alhamdulillah. thank you ya Allah. nervous pulak rasa nya
. apa pun tolong doa kan yang baik baik utk wife @syazwanizulkaffli dan bakal anak ya
thanks guys
. oh yaa. btw, its a Baby Girl
#blessed
A post shared by Naem Ramli (@chefnaem) on May 21, 2020 at 9:45pm PDT
Naem dan Syazwani mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2018 di Jempol, Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga isteri Cef Naem menjalani proses kehamilan dengan lancar dan semoga ibu dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan baik.
Sumber: Media Hiburan dan Hmetro
Artikel menarik: Anak Sulung Banyak Buat Perangai, Dia Boleh ‘Hidu’ Tak Lama Lagi Dapat Adik
The post Lepas Keguguran Tahun Lalu, Isteri Hamil Lagi. Bakal Lahirkan Anak Perempuan Oktober Nanti, Cef Naem Ucap Rasa Syukur appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lepas-keguguran-tahun-lalu-isteri-hamil-lagi-bakal-lahirkan-anak-perempuan-oktober-nanti-cef-naem-ucap-rasa-syukur/