Kalau Ada Yang Cancel Order Sebab Tak Menang Ka Okay Je


“Kalau Ada Yang Cancel Order Sebab Tak Menang, KA Okay Je”
Tular mengenai satu perkongsian di media sosial yang mendakwa bahawa ada yang telah membatalkan pesanan produk Rendang Nyet milik Khairul Aming (KA) selepas tidak memenangi peraduan ke New Zealand.
Susulan itu, ada yang tertanya-tanya mengapa nama pemenang peraduan itu diumumkan awal, bukan selepas produk sampai ke tangan pembeli.
Tidak mahu mengelirukan orang ramai, KA hari ini tampil menjelaskan perkara terbabit.
Menerusi kenyataan di Instagram Story miliknya, pempengaruh dan usahawan terkenal itu berkata dia tidak mahu menganiaya masa orang ramai.
“Ada yang tanya kenapa tak tunggu seminggu baru umum pemenang, barulah orang tak batalkan pesanan sebab dah tahu pemenang New Zealand.
“Pertama sekali saya taknak aniaya masa orang. Kalau senarai pemenang dah ada kat tangan, saya kena umum terus untuk hormat masa orang yang datang sokong saya.
“Lagi satu kalau saya umum seminggu lambat, orang akan cakap pemenang tu mungkin pakai kabel. Jadi akan ada keraguan di situ. Kalau KA tak umum terus dan awak tunggu produk sampai baru KA umum, itu dah jadi macam cabutan bertuah,” katanya.
Tegasnya, dia tidak membuat cabutan bertuah tetapi lima pembeli terpantas akan dapat.
“Jadi tak boleh kita umum lambat sedangkan nama pemenang dah ada dalam sistem kita,” katanya.
BACA: 30,000 Paket Rendang Nyet Berapi “Sold Out” Dalam Masa Hanya 48 Saat Berkenaan dengan pembatalan pesanan, KA berkata hanya sedikit sahaja yang berbuat sedemikian dan ia perkara biasa berlaku setiap kali pelancaran produknya.
“Semua penjual hadap benda sama. Malah, ramai yang dah dapat dah bungkusan dari semalam. Team KA tingkatkan kecekapan, dalam tiga hari kita dah selesaikan semua penghantaran.
“Alhamdulillah banyak sangat maklum balas positif kita dapat untuk rendang ni,” katanya.
KA juga bersangka baik dengan mengatakan bahawa mungkin yang membatalkan pesanan perlu menggunakan duit itu untuk perkara lain yang lebih penting.
Giveaway yang dilakukannya pula ada sebagai hadiah untuk pengikutnya.
“Kalau sebab nak jual habis dengan laju, KA akan suruh bayar guna e-wallet atau kad kredit lagi lah laju. Tapi KA suruh guna perbankan dalam talian sebab nak sahkan yang pemenang itu adalah dari anda semua yang menyokong KA, bukannya dari scalpers atau penipu.
“Macam KA cakap sebelum ni, betulkan niat nak membeli. Tapi kalau ada yang nak batalkan sebab perlukan duit tu, takpe boleh je batalkan. Mereka tak rugi, KA pun tak rugi sebab stok itu boleh dijual balik.
“Sekarang ramai yang tanya bila nak tambah stok lagi,” katanya.
KA turut berharap agar penjelasannya tidak lagi mengelirukan orang ramai dan berkata bahawa dia berniaga bukan untuk lancarkan produk sahaja.
“Saya nak berniaga lama, dan saya sangat pentingkan keberkatan berniaga, kepuasan pelanggan dan juga kualiti produk yang kita keluarkan. Semoga perniagaan dan jual beli kita semua diberkati, amin,” ujarnya lagi.
Kredit: Instagram Khairul Aming Sumber: Khairul Aming
The post “Kalau Ada Yang Cancel Order Sebab Tak Menang, KA Okay Je” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/kalau-ada-yang-cancel-order-sebab-tak-menang-ka-okay-je/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dakwaan Ramai Cancel Order Rendang Nyet Berapi Ini Respon Profesional Khairul Aming Saya Nak Niaga Lama

Hiburan Dakwaan Ramai Cancel Order Rendang Nyet Berapi Ini Respon Profesional Khairul Aming Saya Nak Niaga Lama

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 262 hits
Usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming tampil memberi penjelasan berhubung isu pengumuman pemenang ke New Zealand yang dibuatnya selepas jualan selesai Ada yang mempersoalkan mengapa beliau tidak menunggu seminggu untuk umumkan kep...
Rafizi Pkr Perlu Ofensif Untuk Menang Pru16

Rafizi Pkr Perlu Ofensif Untuk Menang Pru16

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 200 hits
Chia Wan RouPETALING JAYA Pimpinan baharu PKR perlu mengambil strategi politik lebih agresif jika ingin memastikan kemenangan parti dalam PRU16 kata bekas timbalan presiden Rafizi Ramli Beliau berkata dua perkara utama perlu diberi tumpuan ...
Isu Baju Pun Pmx Kena Jawab Yang Sakan Bertanding Menang Diam Ja Samoai Sekarang

Isu Baju Pun Pmx Kena Jawab Yang Sakan Bertanding Menang Diam Ja Samoai Sekarang

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 169 hits
Terima kasih Bujins Batik Hari ini saya gayakan batik tempatan tatkala menghampar Rancangan Malaysia Ke 13 MalaysiaMADANI MADANIbekerja RancakkanMADANI RMK13
Perhimpunan Baju Hitam Ketika Pembangkang Menang Di Jalanan Tapi Kalah Di Meja Sejarah

Perhimpunan Baju Hitam Ketika Pembangkang Menang Di Jalanan Tapi Kalah Di Meja Sejarah

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 386 hits
Perhimpunan baju hitam pada Sabtu 26 Julai digembar gemburkan sebagai detik kebangkitan rakyat tanda kemuncak tekanan ke atas Perdana Menteri Ribuan penyokong berpakaian serba hitam membanjiri jalan raya Slogan lantang dilaungkan poster bes...
Hiburan Video Fatima Okay Saja Dengan Nenda Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland Fattah Amin

Hiburan Video Fatima Okay Saja Dengan Nenda Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland Fattah Amin

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 531 hits
Hantaran terbaru di Instagram pelakon popular Fattah Amin menarik perhatian ramai pengikutnya Dalam perkongsian tersebut atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin memuat naik video yang menunjukkan anaknya Nur Fatima Aisya sedang melakukan ...
Mahkamah Putuskan Polis Cuai Ibu Model Belanda Menang Saman Rm1 1 Juta

Mahkamah Putuskan Polis Cuai Ibu Model Belanda Menang Saman Rm1 1 Juta

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 191 hits
Bernama nbsp Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bayaran ganti rugi RM1 1 juta kepada ibu model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit yang mayatnya ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium lapan tahun lepas C...
Inovasi Murid Sk Putrajaya Presint 18 Menang Emas Di Seoul Menerusi Kit Binujar 4 0

Inovasi Murid Sk Putrajaya Presint 18 Menang Emas Di Seoul Menerusi Kit Binujar 4 0

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 178 hits
Sekumpulan murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 telah mencipta sejarah tersendiri apabila inovasi pendidikan yang dibangunkan mereka Kit Binujar 4 0 berjaya meraih Anugerah Emas di pertandingan berprestij peringkat an...
Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula Wanita Menang Ultramaraton

Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula Wanita Menang Ultramaraton

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 258 hits
Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula Wanita Menang Ultramaraton Dalam dunia yang serba kaya dengan teknologi sukan kasut berjenama mahal dan latihan yang rapi seorang wanita membuktikan bahawa semangat dan keazaman diri yang kuat mampu meng...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aku Bapak Kau

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal