Kakitangan Dewan Negara Positif Covid 19 Sidang Parlimen Ditamatkan Awal


 

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditamatkan lebih awal hari ini iaitu pada pukul 1 tengah hari setelah beberapa kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid-19.

 

Perkara itu diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dalam mesyuarat khas tergempar yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Azhar Azizan Harun.

 

Katanya, mesyuarat itu dihadiri oleh semua wakil parti dengan Pakatan Harapan (PH) diwakili oleh Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul (KEADILAN), Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Yunus (AMANAH) dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke (DAP).

 

Takiyuddin berkata, semua wakil parti termasuk pembangkang bersetuju dengan usul untuk memendekkan tempoh perbahasan di Parlimen pada minggu ini, dengan tidak mengadakan sidang di sebelah petang.

 

"Beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19 dan dijangka ada ahli Dewan Negara kemungkinan positif kerana pegawai itu 'attach' kepada ahli dewan dan mempunyai kaitan keluarga jadi perkembangan ini membimbangkan kita.

 

"Saya sendiri berada di parlimen 4-5 hari sehingga semalam untuk mengadakan proses sanitasi oleh unit hazmat dari bomba dan satu sesi ambil masa lebih dari dua jam.

 

"Dewan Parlimen juga dibuat sanitasi setiap pagi bermula 7 pagi sehingga 9 lebih untuk kita bersidang tetapi kami dinasihatkan oleh KKM bahawa risikonya amat tinggi, itu terma yang digunakan. KKM berkata lebih lama kita bersama risikonya akan menjadi lebih tinggi.

 

"Jadi usul ini bawa tanpa prejudis tapi ia mungkin hanya untuk minggu ini," katanya.

 

Bagaimanapun, apabila dipersoal oleh pembangkang, Takiyuddin menegaskan bahawa pihak kerajaan akan memastikan ia tidak menjejaskan sesi perbahasan untuk setiap usul dan rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen.

 

"Satu norma baru berhubung persidangan terpaksa diambil, dengan syarat apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan dewan tidak menjejaskan hak ahli parlimen untuk bertanya soalan untuk berbahas dan untuk mengundi.

 

"Pihak parlimen juga akan kendalikan satu tatacara pentadbiran yang melibatkan kehadiran ahli parlimen dan keluar masuk dewan.

 

"Ketua parti akan diberikan arahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi segala SOP yang ditetapkan oleh parlimen.

 

"Satu persetujuan bersama dan konsensus telah dicapai, malah wakil ketua pengarah kesihatan turut hadir dalam mesyuarat. Jadi mengambil kira pandangan semua pihak, langsung tidak ada prejudis terhadap persidangan ini," katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/kakitangan-dewan-negara-positif-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Sidang Dewan Rakyat Dipendekan Selepas Kakitangan Positif Covid 19

Masa Sidang Dewan Rakyat Dipendekan Selepas Kakitangan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 305 hits
Pemendekan masa persidangan dipersetujui oleh semua ketua whip dalam pertemuan dengan YDP Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun pagi tadi PETALING JAYA Sidang Dewan Rakyat hari ini dipendekkan dan akan tamat pada 1 tengah hari ini selepas kakitan...
Ahli Dewan Negara Kakitangan Disahkan Positif Covid 19

Ahli Dewan Negara Kakitangan Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 304 hits
Gambar FB PARLIMEN MALAYSIA Beberapa ahli Dewan Negara telah disahkan positif Covid 19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu beberapa kakitangan kepada ahli Dewan Negara terbabit turut dijangkiti virus terse...
Kakitangan Parlimen Dijangkiti Covid 19 Dewan Rakyat Ditangguh Hingga Esok

Kakitangan Parlimen Dijangkiti Covid 19 Dewan Rakyat Ditangguh Hingga Esok

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 321 hits
Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menangguhkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke 14 pada hari ini sehingga pukul pada 1 petang dan bersambung semula pada pukul 10 pagi Selasa Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perd...
Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 282 hits
Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Datuk Sofi Wahab menyarankan agar Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen lebih awal bagi menentukan sekiranya beliau masih mempunyai majoriti sokongan di dalam Dewan Adun Durian Tunggal itu berkata i...
Wabup Nonaktif Bengkalis Positif Covid 19 Sidang Kasus Korupsi Pipa Ditunda

Wabup Nonaktif Bengkalis Positif Covid 19 Sidang Kasus Korupsi Pipa Ditunda

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 244 hits
Muhammad yang sempat menjadi buronan itu ditangkap oleh Polda Riau beberapa bulan lalu Dia kini tengah menjalani isolasi di RS Bhayangkara
6 Kes Termasuk Petugas Media Positif Covid 19 Di Parlimen

6 Kes Termasuk Petugas Media Positif Covid 19 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 290 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan enam kes positif Covid 19 dikesan hari ini merupakan individu yang bertugas di Parlimen Enam kes tersebut melibatkan seorang petugas media seorang pembantu senator dan empat anggo...
Pejabat Menteri Besar Perak Diarah Tutup Selepas Kakitangan Positif Covid 19

Pejabat Menteri Besar Perak Diarah Tutup Selepas Kakitangan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 373 hits
IPOH Pejabat Menteri Besar Perak diarah ditutup sementara selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID 19 Dalam satu kenyataan jurucakapnya berkata proses sanitasi telah dijalankan di pejabat yang terletak di Bangunan Perak Darul Ri...
Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 373 hits
SHAH ALAM 23 OKT Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan persekutuan menggunakan alasan penularan Covid 19 untuk menyekat sidang parlimen berikutan ada ura ura darurat mahu diisytihar Ketua pembangkang kesal kerana perintah sedemikian...
Kes Positif Covid 19 Turun Kepada 649 Tiada Kematian

Kes Positif Covid 19 Turun Kepada 649 Tiada Kematian

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 324 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini COVID 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Jumlah kes positif Covid 19 yang dicatatk...
Break The Chain Of Corruption

Wang Tidak Dituntut Harta Kita Yang Kita Tak Sedar Kita Ada

Kerajaan Pahang Rancang 145 Projek Pr1ma Bantu Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik Selesa Dan Berkualiti

Warisan Are 2 Charged Reps Sacrifical Lambs In Sabah Scandal

Tepat Waktu

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

Pdrm Dpmm Fc Kongsi Mata Di Selayang Utusan Malaysia

Iwan Fals Isyana Sarasvati Bunga Terakhir Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani

Konsert Jelajah Nostalgia Rock 90 An Himpunkan 10 Otai

Salah Kritik Penghormatan Uefa Kepada Pele Palestin Beritahu Kami Bagaimana Dia Meninggal Dunia

Cukai Jalan Kenderaan Mewah Milik 2 Selebriti Masih Belum Dibayar

Bayi Lelaki Maut Disyaki Didera Bapa Kandung Ibu Tiri

Dap Youth Slams Hypocrite Akmal Over Flag Gaffe Uproar