Kakak Jangan Menangis Lagi Ibu Bapa Kita Sudah Tidak Sayangkan Kita Adik Akan Menjaga Kakak


Kakak, jangan menangis lagi. Ibu bapa kita sudah tidak sayangkan kita. Adik akan menjaga kakak. Kakak akan baik-baik sahaja. Jika kakak kuatkan semangat, adik akan belikan gula-gula”.
Itulah kata-kata semangat yang diberikan oleh si adik, Zhao Wenjing kepada kakaknya, Zhao Wenhui setelah kedua-dua mereka ditinggalkan oleh ibu bapa.
Wenhui, 11 tahun dikatakan sedang bermain bersama adik lelakinya itu dan secara tiba-tiba terjatuh dari katil dan kepalanya terhentak kuat di atas lantai. Hentakan itu menyebabkan berlakunya gegaran kuat pada otak dan menyebabkan Wenhui tidak berupaya untuk bergerak selain mengerang kesakitan…
Wenhui kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut mengenai kecederaan di kepalanya itu. Kemalangan itu dilaporkan agak teruk dan membuatkan Wenhui terpaksa ditahan di hospital.
Wenjing Memujuk Kakaknya
Melihatkan keadaan kakak yang sedang menderita, Wenjing tidak pernah berjauhan dari sisi kakaknya. Sebaliknya, dia sentiasa mengesat air mata kakaknya itu dan berbisik, “Ibu dan ayah tidak sayangkan kita lagi. Adik akan jaga kakak. Kakak akan baik-baik sahaja. Jika kakak kuatkan semangat, adik akan belikan gula-gula untuk kakak”.
Setelah itu, Wenjing memberikan ciuman di pipi kakaknya yang sangat disayangi itu…
Meskipun masih kecil, Wenjing telah memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga kakaknya yang sakit seorang diri. Dialah yang membantu kakaknya duduk di atas kerusi roda dan dia jugalah yang menolak kakaknya ke wad.
Sememangnya satu kisah yang sukar untuk kita hadam. Bagaimana seorang kanak-kanak yang masih mentah mempunyai keazaman dan sanggup memikul peranan besar demi ikatan perhubungan antara adik-beradik.
Sudah lama Hidup Berdikari
Difahamkan kedua-dua beradik ini telah lama hidup berdikari tanpa kehadiran ibu bapa tercinta. Bapa mereka dipercayai bekerja di bahagian selatan China dan telah bertahun-tahun tidak pulang ke rumah. Mereka langsung tidak tahu bagaimana cara untuk menghubungi bapa kandung mereka.
Apa yang lebih memilukan hati adalah apabila ibu mereka turut mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan rumah dan anak-anak yang masih kecil. Sejak dari pemergian ibu, mereka tidak lagi mendengar sebarang khabar berita.
Wenhui dan Wenjing kini tinggal bersama saudara mereka dan menampung perbelanjaan harian melalui elaun bulanan yang tidak seberapa. Namun, kehidupan dua beradik ini sungguh menyedihkan…
Sedangkan kanak-kanak lain hidup bahagia dan selesa bersama keluarga masing-masing, Wenhui dan Wenjing terpaksa bergantung di antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan. Mereka tidak memiliki pakaian baharu mahupun mainan walaupun mereka sangat ingin merasai keistimewaan itu.
Namun, berbeza dengan adik-beradik lain yang suka bergaduh, Wenhui dan Wenjing sangat menyayangi antara satu sama lain dan tidak pernah bermasam muka. Malah, Wenjing yang baru berusia tujuh tahun sangat matang dan memahami serta akan menenangkan kakaknya setiap kali Wenhui menangis meminta ibu bapa mereka berada di sisi.
Sentiasa melindungi kakaknya
Apabila ada kanak-kanak lain membuli kakaknya, Wenjing juga dengan beraninya akan berhadapan dengan dengan pembuli-pembuli itu demi melindungi kakak tersayang.
Bagi Wenhui, Wenjing bukan setakat adik lelakinya tetapi juga seorang wira penyelamat. Setiap kali waktu makan, dia akan memberikan suapan pertama kepada adiknya dahulu. Kesukaran hidup ternyata membuatkan kedua-dua mangsa keadaan ini menjadi lebih matang dan menyayangi antara satu sama lain…
Keadaan menjadi semakin buruk apabila doktor mengesahkan buah pinggang kanan Wenhui mengalami kecederaan dan dia perlu menjalani prosedur pembedahan dengan segera. Namun, mereka tidak mampu untuk menanggung segala kos pembiayaan rawatan tersebut.
Mujurlah berkat kuasa media sosial, ramai netizen telah menghulurkan sumbangan khas buat pasangan adik-beradik ini bagi membolehkan Wenhui menjalani pembedahan dengan selamat. Kisah menyentuh hati ini membuatkan netizen tampil menghulurkan bantuan di saat ibu bapa mereka mengabaikan tanggungjawab sendiri.
Meskipun diabaikan, Wenhui dan Wenjing tetap berjaya menangani segala rintangan hidup dengan ikatan perhubungan mereka. Semoga mereka akan terus bahagia dan saling menjaga antara satu sama lain!
Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya.tq
Kredit Era Baru
The post “Kakak, jangan menangis lagi. Ibu bapa kita sudah tidak sayangkan kita. Adik akan menjaga kakak..” appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kakak-jangan-menangis-lagi-ibu-bapa-kita-sudah-tidak-sayangkan-kita-adik-akan-menjaga-kakak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditinggalkan Kedua Ibu Bapa Adik Ini Menjaga Kakaknya Yang Cedera Meskipun Baru Berusia 7 Tahun

Ditinggalkan Kedua Ibu Bapa Adik Ini Menjaga Kakaknya Yang Cedera Meskipun Baru Berusia 7 Tahun

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 313 hits
Kakak jangan menangis lagi Ibu bapa kita sudah tidak sayangkan kita Adik akan menjaga kakak Kakak akan baik baik sahaja Jika kakak kuatkan semangat adik akan belikan gula gula Itulah kata kata semangat yang diberikan oleh si adik Zhao Wenji...
Ibu Dan Ayah Tidak Sayangkan Kita Lagi Kanak Kanak 7 Tahun Menenang Dan Menjaga Kakaknya Yang Cederra

Ibu Dan Ayah Tidak Sayangkan Kita Lagi Kanak Kanak 7 Tahun Menenang Dan Menjaga Kakaknya Yang Cederra

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 661 hits
Kakak jangan menangis lagi Ibu bapa kita sudah tidak sayangkan kita Adik akan menjaga kakak Kakak akan baik baik sahaja Jika kakak kuatkan semangat adik akan belikan gula gula Itulah kata kata semangat yang diberikan oleh si adik Zhao Wenji...
Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 487 hits
Cuti sekolah selalunya berakhir seiring dengan sambutan tahun baru Maka bermulalah semula episod sesi persekolahan Bermakna akan ada kemasukan murid yang baru ke tahun 1 dan sesi orientasi Sumber gambar facebook Tak dinafikan keterujaan ibu...
Anak 5 Tahun Kerap Menangis Bila Ditanya Tak Dijawab Ibu Bapa Perlu Tahu Cara Untuk Kendali Emosi Anak

Anak 5 Tahun Kerap Menangis Bila Ditanya Tak Dijawab Ibu Bapa Perlu Tahu Cara Untuk Kendali Emosi Anak

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 411 hits
Bagaimana cara untuk menggalakkan anak bercerita meluahkan perasaannya Anak saya lelaki berumur 5 tahun jika dia sedang marah menangis saya kerap bertanya apa yang buatkan dia marah atau sedih tapi dia hanya berdiam diri je Ada masanya bila...
Stimulasi Sensori Penting Untuk Anak Ibu Bapa Jangan Pandang Ringan

Stimulasi Sensori Penting Untuk Anak Ibu Bapa Jangan Pandang Ringan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 370 hits
Stimulasi sensori amat penting untuk membantu anak mencapai potensi dirinya sejak awal lagi Ia juga peluang untuk anda dan si kecil mengukuhkan hubungan Ikuti panduan yang disediakan ini Stimulasi sensori pada ketika ini akan membantu untuk...
Tak Nak Anak Lelaki Goyang Kaki Bila Besar Ibu Bapa Perlu Ajar Lima Benda Ini Sejak Kecil

Tak Nak Anak Lelaki Goyang Kaki Bila Besar Ibu Bapa Perlu Ajar Lima Benda Ini Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 646 hits
Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Orang Perempuan supaya anak lelaki tak jadi BOSS Rumahtangga suatu hari nanti Kebanyakkan ibu bapa sekarang hanya ajar anak perempuan untuk protect diri mereka buat kerja rumah dan sebagai...
Bila Suruh Anak Buat Sesuatu Atau Panggil Mesti Anak Buat Tak Tahu Ini Puncanya Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Bila Suruh Anak Buat Sesuatu Atau Panggil Mesti Anak Buat Tak Tahu Ini Puncanya Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 335 hits
Ramai ibu dan guru guru yang selalu mengeluh kerana anak anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja Jadi sebagai ibubapa...
Bagaimana Cara Berkhitan Bagi Bayi Perempuan Sebelum Berkhitan Ibu Bapa Wajib Tahu Prosedur

Bagaimana Cara Berkhitan Bagi Bayi Perempuan Sebelum Berkhitan Ibu Bapa Wajib Tahu Prosedur

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 335 hits
Saya bakal melahirkan bayi perempuan dan merancang untuk melakukan khitan pada bayi saya beberapa hari selepas bersalin Saya ingin memohon pandangan dan pendapat doktor tentang cara berkhitan untuk bayi perempuan Bagaimana cara ia dilakukan...
Cadangan Wajibkan Anak Sekolah Sampai Spm Atau Ibu Bapa Boleh Didenda Dan Dipenjara

Cadangan Wajibkan Anak Sekolah Sampai Spm Atau Ibu Bapa Boleh Didenda Dan Dipenjara

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 457 hits
Mungkin tak ramai yang tahu Akta Pendidikan Negara kini hanya mewajibkan murid murid untuk melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam sahaja Disebabkan itu kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan Negara untuk mewa...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran