Ibu Dan Ayah Tidak Sayangkan Kita Lagi Kanak Kanak 7 Tahun Menenang Dan Menjaga Kakaknya Yang Cederra


Kakak, jangan menangis lagi. Ibu bapa kita sudah tidak sayangkan kita. Adik akan menjaga kakak. Kakak akan baik-baik sahaja. Jika kakak kuatkan semangat, adik akan belikan gula-gula”.
Itulah kata-kata semangat yang diberikan oleh si adik, Zhao Wenjing kepada kakaknya, Zhao Wenhui setelah kedua-dua mereka ditinggalkan oleh ibu bapa.
Wenhui, 11 tahun dikatakan sedang bermain bersama adik lelakinya itu dan secara tiba-tiba terjatuh dari katil dan kepalanya terhentak kuat di atas lantai. Hentakan itu menyebabkan berlakunya gegaran kuat pada otak dan menyebabkan Wenhui tidak berupaya untuk bergerak selain mengerang kesakitan…

Wenhui kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut mengenai kecederaan di kepalanya itu. Kemalangan itu dilaporkan agak teruk dan membuatkan Wenhui terpaksa ditahan di hospital.
Melihatkan keadaan kakak yang sedang menderita, Wenjing tidak pernah berjauhan dari sisi kakaknya. Sebaliknya, dia sentiasa mengesat air mata kakaknya itu dan berbisik, “Ibu dan ayah tidak sayangkan kita lagi. Adik akan jaga kakak. Kakak akan baik-baik sahaja. Jika kakak kuatkan semangat, adik akan belikan gula-gula untuk kakak”.
Setelah itu, Wenjing memberikan ciuman di pipi kakaknya yang sangat disayangi itu…

Meskipun masih kecil, Wenjing telah memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga kakaknya yang sakit seorang diri. Dialah yang membantu kakaknya duduk di atas kerusi roda dan dia jugalah yang menolak kakaknya ke wad.
Sememangnya satu kisah yang sukar untuk kita hadam. Bagaimana seorang kanak-kanak yang masih mentah mempunyai keazaman dan sanggup memikul peranan besar demi ikatan perhubungan antara adik-beradik.
Difahamkan kedua-dua beradik ini telah lama hidup berdikari tanpa kehadiran ibu bapa tercinta. Bapa mereka dipercayai bekerja di bahagian selatan China dan telah bertahun-tahun tidak pulang ke rumah. Mereka langsung tidak tahu bagaimana cara untuk menghubungi bapa kandung mereka.

Apa yang lebih memilukan hati adalah apabila ibu mereka turut mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan rumah dan anak-anak yang masih kecil. Sejak dari pemergian ibu, mereka tidak lagi mendengar sebarang khabar berita.
Wenhui dan Wenjing kini tinggal bersama saudara mereka dan menampung perbelanjaan harian melalui elaun bulanan yang tidak seberapa. Namun, kehidupan dua beradik ini sungguh menyedihkan…
Sedangkan kanak-kanak lain hidup bahagia dan selesa bersama keluarga masing-masing, Wenhui dan Wenjing terpaksa bergantung di antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan. Mereka tidak memiliki pakaian baharu mahupun mainan walaupun mereka sangat ingin merasai keistimewaan itu

Namun, berbeza dengan adik-beradik lain yang suka bergaduh, Wenhui dan Wenjing sangat menyayangi antara satu sama lain dan tidak pernah bermasam muka. Malah, Wenjing yang baru berusia tujuh tahun sangat matang dan memahami serta akan menenangkan kakaknya setiap kali Wenhui menangis meminta ibu bapa mereka berada di sisi.
Apabila ada kanak-kanak lain membuli kakaknya, Wenjing juga dengan beraninya akan berhadapan dengan dengan pembuli-pembuli itu demi melindungi kakak tersayang.
Bagi Wenhui, Wenjing bukan setakat adik lelakinya tetapi juga seorang wira penyelamat. Setiap kali waktu makan, dia akan memberikan suapan pertama kepada adiknya dahulu. Kesukaran hidup ternyata membuatkan kedua-dua mangsa keadaan ini menjadi lebih matang dan menyayangi antara satu sama lain…

Keadaan menjadi semakin buruk apabila doktor mengesahkan buah pinggang kanan Wenhui mengalami kecederaan dan dia perlu menjalani prosedur pembedahan dengan segera. Namun, mereka tidak mampu untuk menanggung segala kos pembiayaan rawatan tersebut.
Mujurlah berkat kuasa media sosial, ramai netizen telah menghulurkan sumbangan khas buat pasangan adik-beradik ini bagi membolehkan Wenhui menjalani pembedahan dengan selamat. Kisah menyentuh hati ini membuatkan netizen tampil menghulurkan bantuan di saat ibu bapa mereka mengabaikan tanggungjawab sendiri.
Meskipun diabaikan, Wenhui dan Wenjing tetap berjaya menangani segala rintangan hidup dengan ikatan perhubungan mereka. Semoga mereka akan terus bahagia dan saling menjaga antara satu sama lain!
Kredit Era Baru
The post Ibu Dan Ayah Tidak Sayangkan Kita Lagi’. Kanak-kanak 7 Tahun Menenang Dan Menjaga Kakaknya Yang Cederra. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/ibu-dan-ayah-tidak-sayangkan-kita-lagi-kanak-kanak-7-tahun-menenang-dan-menjaga-kakaknya-yang-cederra/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditinggalkan Kedua Ibu Bapa Adik Ini Menjaga Kakaknya Yang Cedera Meskipun Baru Berusia 7 Tahun

Ditinggalkan Kedua Ibu Bapa Adik Ini Menjaga Kakaknya Yang Cedera Meskipun Baru Berusia 7 Tahun

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 316 hits
Kakak jangan menangis lagi Ibu bapa kita sudah tidak sayangkan kita Adik akan menjaga kakak Kakak akan baik baik sahaja Jika kakak kuatkan semangat adik akan belikan gula gula Itulah kata kata semangat yang diberikan oleh si adik Zhao Wenji...
Biadab Seorang Ayah Di Surabaya Jadikan Putri Kandung Budak Seks Selama 10 Tahun

Biadab Seorang Ayah Di Surabaya Jadikan Putri Kandung Budak Seks Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 560 hits
Selama kurang lebih 10 tahun seorang bapak berinisial AM di Surabaya tega menyetubuhi anak kandungnya sendiri Tindakan bejat yang dilakukan di rumahnya itu dilakukan sejak korban berusia 13 tahun
Pernah Rasa Penat Ketika Anak Umur 0 3 Tahun Maknanya Anda Mak Ayah Hebat

Pernah Rasa Penat Ketika Anak Umur 0 3 Tahun Maknanya Anda Mak Ayah Hebat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 528 hits
Melayan anak yang tengah melasak satu cabaran buat ibu bapa Mana taknya baru selesai kemas rumah ada pula tugas lain menanti Jangan bimbang ya ibu ayah Waktu ini anda rasa penat maknanya anda ibu bapa yang terbaik Berikut perkongsian dari T...
Nak Bangunlah Ada Nasi Lemak Bapa Belikan Ritihan Ibu Kanak Kanak Yang Ditemui Lemas

Nak Bangunlah Ada Nasi Lemak Bapa Belikan Ritihan Ibu Kanak Kanak Yang Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 381 hits
Nak bangunlah ada nasi lemak bapa belikan Dua Kanak Kanak Lemas Ditemui demikian luahan Dayang Nurjayha Bayo 33 ibu kepada Datu Aliudin Datu Aidar 10 yang ditemui lemas ketika bermain di sungai Kampung Cenderamata 2 Likas di Kota Kinabalu h...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 423 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Ibu Dedah Ruhainies Kahwin Tahun Depan

Ibu Dedah Ruhainies Kahwin Tahun Depan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 356 hits
Tidak lagi berahsia mengenai status hubungannya bersama kekasih yang dikenali sebagai Mr E baru baru ini ibu Ruhainies Che Bunga Salleh mendedahkan bahawa The post appeared first on
Ibu Hafiz Cilik Ahmad Ziyyad Dedahkan Cara Didik Dari Mengandung Berpantang Hinggalah Usia 2 Tahun Hafal 42 Surah

Ibu Hafiz Cilik Ahmad Ziyyad Dedahkan Cara Didik Dari Mengandung Berpantang Hinggalah Usia 2 Tahun Hafal 42 Surah

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 377 hits
Apabila anak kecil seusia 2 tahun 9 bulan ini memperdengarkan bacaan surah dari Al Quran Allah sejuknya rasa hati yang mendengar Kita yang orang luar pun dah rasa seronok mak dan ayahnya lagilah bahagia Akui ibunya Nurul Shahida Lukman 27 a...
Kanak Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas Di Tasik

Kanak Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas Di Tasik

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 338 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 31 Januari 2019 8 30 PM KLANG Seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas di tasik Bandar Puteri di sini petang tadi
Akibat Tertekan Anak Tak Dengar Kata Kanak Kanak 5 Tahun Di Pukul Bapa Hingga Lebam

Akibat Tertekan Anak Tak Dengar Kata Kanak Kanak 5 Tahun Di Pukul Bapa Hingga Lebam

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 462 hits
Akibat tertekan anak tidak mendengar kata tambahan isterinya sedang sarat mengandung menyebabkan seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju Rabu lalu Bagaimanapun perbuatan lelaki berus...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya