Kajian Datuk Dan Nenek Lebih Positif Jika Cucu Sentiasa Bersama Mereka


Pada musim cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa yang menggunakan peluang ini dengan membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Mungkin ada yang datang menziarahi ibu bapa mereka di kampung selama beberapa hari dan mungkin juga ada yang meninggalkan anak-anak mereka di kampung sepanjang cuti sekolah bagi menemani datuk dan nenek mereka yang kesunyian. Apatah lagi jika datuk dan nenek di kampung itu tinggal bersendirian dan hanya mengharapkan kepulangan anak dan cucu mereka bagi mengembirakan hati mereka.

Adakah anda tahu, hubungan yang wujud antara datuk atau nenek bersama-sama cucu mereka ini sebenarnya memberikan kesan yang amat positif bagi golongan datuk dan nenek ini. Anda ingin tahu apakah rangsangan positif tersebut? Teruskan pembacaan anda ke bahagian yang selanjutnya.
Kembangkan lingkungan sosial datuk dan nenek
Berdasarkan kajian terbaharu yang dijalankan oleh para saintis, datuk dan nenek yang turut terlibat dalam penjagaan cucu mereka adalah kurang mengalami kesepian kerana ia memperluaskan lingkungan sosial mereka. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap seramai lebih kurang 4,000 orang datuk dan nenek dengan bertanyakan kepada mereka beberapa soalan termasuklah soalan ‘berapa ramaikah jumlah individu yang rapat dengan anda?’.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, kajian mendapati bahawa datuk dan nenek yang mengambil berat atau menjaga cucu mereka adalah lebih cenderung untuk kurang merasa kesepian selain mempunyai lebih ramai rakan. Para penyelidik juga mendapati, dengan menjaga cucu akan membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri seseorang individu tersebut selain membantu mereka agar berasa muda kembali.
Kaedah kajian yang dijalankan
Kajian ini telah dijalankan oleh penyelidik di Universitatsklinikum Hamburg-Eppendorf, Hamburg, Jerman dengan menggunakan data daripada tinjauan terhadap 3,849 orang datuk dan nenek. Kesemua responden kajian ini telah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut pada tahun 2014 yang lalu dan mereka mempunyai purata umur 66 tahun. Dalam kalangan datuk dan nenek ini, kurang daripada ⅓ daripada mereka, iaitu hanya seramai 1,125 individu menjaga cucu mereka secara aktif. Daripada jumlah 1,125 individu tersebut, lebih separuh daripadanya adalah wanita dan 80% daripada mereka adalah pasangan yang telah berkahwin dan tinggal bersama dengan pasangan mereka.
Kaedah tinjauan yang terlibat
Responden atau peserta kajian yang terdiri daripada datuk dan nenek ini telah diminta untuk memberikan rate atau penarafan berkenaan seberapa banyak mereka bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan kepada mereka. Mereka diberikan dengan empat skala, dengan skala keempat adalah skala dengan nilai sangat tidak bersetuju.
Antara pernyataan yang diberikan termasuklah, ‘Saya rindu untuk orang-orang berada di sekitar saya yang membuatkan saya berasa selesa’, ‘Saya sering berasa ditolak’, dan ‘Saya berasa seperti saya disisihkan’.
Skor keseluruhan yang semakin tinggi menunjukkan tahap kesepian dan pengasingan sosial yang lebih tinggi. Bagi datuk dan nenek yang menjaga cucu mereka, purata bagi skor kesepian adalah sebanyak 1.7, dan purata skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai peranan dalam menjaga cucu mereka secara aktif, mereka mempunyai purata skor kesepian yang lebih tinggi iaitu 1.8, manakala skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6. Datuk dan nenek yang mempunyai peranan penjagaan cucu juga mempunyai hubungan dengan lebih seorang individu berbanding daripada mereka yang tidak menjaga cucu mereka. Margin antara kedua-dua hasil kajian ini adalah tipis. Walau bagaimanapun, pakar menyatakan terdapat petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka yang menjaga cucu mempunyai kesan positif terhadap diri mereka.
Penjagaan cucu banyak manfaat
Ketua penyelidik, Profesor Eleanor Quirke menyatakan bahawa, membantu keluarga mereka untuk menyeimbangkan pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan cucu tambahan boleh meningkatkan harga diri datuk dan nenek. Selain itu, ia juga dapat memudahkan hubungan positif yang berterusan dengan anak-anak dan cucu mereka. Profesor Eleanor turut menambah, menjaga cucu juga dapat mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek selain membolehkan peluang yang lebih lanjut untuk menjalin hubungan dengan ibu bapa atau datuk dan nenek yang lain.
Mengapa penjagaan cucu ini benar-benar bermanfaat untuk datuk dan nenek?
Sememangnya, kajian di atas telah membuktikan bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek boleh mengurangkan risiko untuk mengalami kesepian. Selain itu, terdapat juga kajian-kajian lain sebelum ini yang menyokong hasil kajian tersebut dengan menyatakan bahawa ia juga boleh melindungi datuk dan nenek daripada risiko untuk mengalami kemurungan.
Teori ‘role enhancement’ atau peningkatan peranan telah digunakan untuk menerangkan kesan atau implikasi kesihatan dan juga psikologi penjagaan oleh datuk dan nenek ini. Teori ‘role enhancement’ ini mencadangkan bahawa mempunyai pelbagai tugas atau peranan adalah bermanfaat dan menyumbang kepada harga diri seseorang individu yang positif.
Membantu keluarga untuk menyeimbangkan antara pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan kepada cucu, boleh membantu datuk dan nenek untuk berasa yakin dengan peranan mereka dalam keluarga serta menggalakkan hubungan yang lebih positif. Ia juga boleh mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek kerana mereka bergaul dengan orang lain yang turut memiliki situasi atau keadaan yang sama dengan mereka.
Walau bagaimanapun, jika datuk dan nenek diwajibkan untuk menyediakan penjagaan cucu yang lebih intensif, mereka mungkin merasa terlalu terbeban dengan tanggungjawab tersebut dan kurang berkemampuan untuk terlibat sama dalam aspek lain dalam kehidupan mereka. Cara ini hanya akan menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai satu perkara atau rangsangan yang negatif.
Bagi ibu dan bapa yang mempunyai anak, gunakanlah waktu lapang seperti cuti sekolah atau cuti umum untuk membawa pulang anak-anak anda ke kampung bagi bertemu dengan datuk dan nenek mereka. Ia bukan sahaja memberikan kebaikan secara fizikal dan mental kepada datuk dan nenek di kampung, malah ia turut memberikan rangsangan positif kepada anak-anak anda.
Tetapi, perlu diingatkan juga bahawa penjagaan cucu oleh datuk dan nenek di kampung bukanlah kaedah untuk anda melepaskan tangan daripada menjaga anak-anak anda sendiri. Jangan sesekali menjadikan ibu bapa anda di kampung sebagai hamba atau bibik bagi menjaga anak-anak anda. Berbincang terlebih dahulu bersama mereka, adakah mereka akan berasa seronok jika anak-anak anda tumpang di rumah mereka selama beberapa hari untuk menemani mereka agar ia tidak menjadi beban kepada mereka yang sudah tua.
Sumber: Hello Doktor
The post Kajian – Datuk Dan Nenek Lebih Positif Jika Cucu Sentiasa Bersama Mereka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kajian-datuk-dan-nenek-lebih-positif-jika-cucu-sentiasa-bersama-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terngiang Jeritan Mereka Dua Beradik Maut Kebakaran Cucu Terkilan Gagal Selamatkan Nenek

Terngiang Jeritan Mereka Dua Beradik Maut Kebakaran Cucu Terkilan Gagal Selamatkan Nenek

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 224 hits
Masih terngiang jeritan mereka di telinga saya Itulah yang kini dirasai oleh Nazri Musa cucu suadara kepada dua beradik warga emas yang terkorban dalam kebakaran di Tanjung Piandang Kuala Kurau Parit Buntar Dua beradik tersebut Aisyah Din 8...
Pandu Sendiri Kereta Hantar Pergi Mengaji Nenek Beragama Budha Tegas Didik Cucu Sampai Khatam Quran

Pandu Sendiri Kereta Hantar Pergi Mengaji Nenek Beragama Budha Tegas Didik Cucu Sampai Khatam Quran

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 459 hits
Cina atau Melayu sama sahaja saya menjaga cucu lsIam sejak kecil sampai besar dan sekarang dia sudah berkahwin anak saya tiga orang masuk lsIam dan saya biasa sahaja Cina India dan Melayu sama buat apa kita berselisih faham antara satu sama...
Kajian Mengatakan Yang Anak Sulung Lebih Bersikap Baik Berbanding Anak Kedua

Kajian Mengatakan Yang Anak Sulung Lebih Bersikap Baik Berbanding Anak Kedua

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 221 hits
Kelahiran anak dalam dunia ini adalah satu anugerah yang paling terindah untuk ibu bapa Tidak kiralah anda anak ke berapa nbsp Kajian baru baru ini yang melihat pada ribuan keluarga di Denmark dan Amerika mendapati yang anak kedua dalam kel...
Polisi Amankan Pengendara Harley Penabrak Nenek Dan Cucu Di Bogor

Polisi Amankan Pengendara Harley Penabrak Nenek Dan Cucu Di Bogor

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 314 hits
Siti meninggal dunia saat mendapat perawatan di RS PMI Bogor yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian Sementara Anya mengalami luka parah di kepala dan wajah
Tabrak Nenek Dan Cucu Pengendara Harley Davidson Jadi Tersangka

Tabrak Nenek Dan Cucu Pengendara Harley Davidson Jadi Tersangka

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 235 hits
Pengendara motor gede Harley Davidson berinisial HK ditetapkan sebagai tersangka oleh Polresta Bogor usai menabrak seorang nenek dan cucunya di Jalan Pajajaran Kota Bogor
Terkini Ais Mencair Tujuh Kali Lebih Pantas Berbanding Tahun 1990 Kajian

Terkini Ais Mencair Tujuh Kali Lebih Pantas Berbanding Tahun 1990 Kajian

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 352 hits
Para saintis di seluruh dunia sentiasa melakukan pelbagai kajian atau penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim yang dilihat semakin ekstrem sejak beberapa tahun yang mendatang ini Seperti mana yang diketahui umum ais di Greenland semem...
Susi Pudjiastuti Raih Penghargaan Figur Publik Paling Dikagumi Cucu Nenek Saya Wonder Woman

Susi Pudjiastuti Raih Penghargaan Figur Publik Paling Dikagumi Cucu Nenek Saya Wonder Woman

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 193 hits
Bukan cuma bagi cucunya Susi adalah wonder woman bagi rakyat Indonesia Bahkan udah dibikinin muralnya lo
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri