Kaitan Dr Latiff Dalam Skandal Lcs Suatu Ujian Buat Mahiaddin Dalam Melawan Rasuah Rafizi


 
Sejak saya mendedahkan seorang yang bernama Zainab Mohd Salleh (670430-01-XXXX) sebagai individu yang dinamakan sebagai isteri Datuk Dr. Latiff Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) di dalam Laporan Forensik Projek LCS, sehingga sekarang Dr. Latiff tidak menafikan kenyataan itu.

Satu-satunya kenyataan yang dikeluarkan adalah sebelum saya mendedahkan identiti sebenar Zainab Mohd Salleh. Penafian Dr Latiff (bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya) jelas merujuk kepada individu lain (iaitu CFO Dialog Berhad) bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Dengan tiadanya penafian atau kenyataan balas menafikan yang individu yang dinamakan itu isterinya, rakyat boleh membuat kesimpulan bahawa pendedahan saya itu benar. Lagi pun, perkara ini dinyatakan secara bertulis di dalam Laporan Forensik Projek LCS.

Sejumlah besar kontrak Alizes Marine Limited (syarikat palsu yang ditubuhkan untuk menyelewengkan dana) dengan kontrak kapal LCS adalah untuk membekalkan alat-alat gantian (“spare parts”) kapal.

Syarikat ini dilantik dengan memberi gambaran bahawa ia berkaitan dengan sebuah syarikat Perancis (Alizes Marine France) yang mempunyai lesen pengeksport alat-alat gantian pertahanan dari Kerajaan Perancis. Setelah memperolehi kontrak membekalkan alat-alat ganti dari projek LCS, invois-invois dengan alamat palsu dihantar dan arahan pembayaran menyelewengkan dana ke syarikat-syarikat berlainan yang didaftarkan di Malta dan Labuan. Akaun bank yang digunakan juga dari Singapura, bukannya di Perancis.

Laporan Forensik Projek LCS telah mendedahkan bahawa syarikat palsu ini tidak pun mempunyai lesen pengeksport alat-alat gantian pertahanan seperti yang didakwa.

Lebih teruk lagi, syarikat palsu ini menghantar invois bagi barang-barang yang tidak memenuhi syarat alat gantian pertahanan. Sesetengah barang-barang yang dibekalkan adalah barang-barang biasa yang boleh dibeli di pasar raya Mydin atau kedai serbaneka 7-Eleven.

Perenggan 2.6.20 Laporan Forensik Projek LCS mendedahkan:

“Global purchase orders (PO) issued to Alizes Marine contained certain items which did not belong to Depot level spare parts (repairs and maintenance) such as mineral water, cotton bud packs, cleaning cloth, fans etc. This signified the level of discrepancy and deception in the process of procurement.”

“Purchase Order (PO) yang dikeluarkan kepada Alizes Marine (untuk menempah alat-alat gantian kapal) mengandungi sesetengah barang yang tidak memenuhi syarat alat gantian Depot (untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki kapal) seperti air mineral, puting kapas telinga, kain-kain kecil untuk mencuci, kipas dan sebagainya. Ini menunjukkan tahap penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam proses perolehan.”

Kontrak untuk membekalkan kononnya alat-alat gantian kapal yang diberikan kepada Alizes Marine melibatkan pembayaran sekitar RM210 juta setakat tahun 2011 ke 2015 sahaja.

Sebab itu ada beberapa soalan penting yang perlu dijawab berhubung stok alat-alat gantian kerana Laporan PAC mendedahkan projek telah membeli sehingga RM1.7 bilion alat-alat gantian sedangkan kapal belum siap.

Soalan-soalan penting:

1. Berapa banyak dari RM1.7 bilion yang dibeli itu sebenarnya alat-alat gantian yang diperlukan untuk kapal bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki kapal? Berapa banyak dari stok alat gantian itu sebenarnya untuk barang-barang kegunaan harian yang boleh dibeli di pasar raya biasa?

2. Apabila UMNO/BN mendakwa projek telah mencapai 50% kemajuan sehingga 2018 (sejak pembinaan bermula), berapa banyak dari peratusan kemajuan itu bersabit dengan pembelian barang-barang yang tidak ada kena-mengena dengan alat gantian kapal seperti ini? Kita tahu bahawa kemajuan projek itu mengambil kira semua aktiviti termasuk tempahan alat-alat gantian kapal.

Dengan tiadanya penafian dari Dr Latiff atau fakta-fakta yang menolak pendedahan setakat ini, sudah sampai masanya tindakan politik diambil terhadap Dr Latiff.

Ada dua tindakan bermaruah yang perlu disegerakan:

1. Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memecat Dr. Latiff dari jemaah menteri

2. Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memaklumkan secara rasmi kepada Perdana Menteri yang BERSATU membuat keputusan supaya Dr. Latiff digantikan dengan calon lain dari BERSATU di dalam jemaah menteri

Ini satu ujian penting untuk menilai adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU benar-benar ikhlas menentang rasuah, seperti tulisan beliau yang mengambil kredit atas penghukuman kes SRC baru-baru ini.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan

25/08/2022.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/kaitan-dr-latiff-dalam-skandal-lcs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Rafizi Tunjuk Lagi Bukti Kaitkan Latiff

Skandal Lcs Rafizi Tunjuk Lagi Bukti Kaitkan Latiff

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 130 hits
MalaysiakiniTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengemukakan lebih banyak bukti yang mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad dalam skandal projek kapal tempur pesisir Dalam satu kenyataan hari ini bekas Ahli Parlimen...
Rafizi Latiff Zainab Jerung Besar Kaut Untung Projek Lcs

Rafizi Latiff Zainab Jerung Besar Kaut Untung Projek Lcs

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 164 hits
1MDB menjatuhkan kerajaan pimpinan najib tidak mustahil LCS akan humban kerajaan ismail Dalam serangan terbarunya berkaitan skandal kapal tempur pesisir Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan sebanyak mana wang daripada peruntukan...
Elak Bilis Dikambinghitamkan Rafizi Bakal Dedah Ahli Politik Terlibat Skandal Lcs Esok

Elak Bilis Dikambinghitamkan Rafizi Bakal Dedah Ahli Politik Terlibat Skandal Lcs Esok

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 138 hits
RAFIZI Saya membuat keputusan menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja dikambinghitamkan sedangkan jerung jerung terlepas Astro AWANISHAH ALAM Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli bakal mended
Skandal Lcs Rafizi Akan Namakan Siapa Jerung Besar Esok

Skandal Lcs Rafizi Akan Namakan Siapa Jerung Besar Esok

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 148 hits
MalaysiakiniTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan dana berhubung skandal projek prolehan kapal tempur pesisir esok Dia boleh dinamakan kerana bukti telah ada Saya membuat keputusa...
Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 171 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan nama syarikat dikatakan palsu yang didakwa ditubuhkan bagi tujuan penyelewengan dalam projek perolehan kapal tempur pesisir esok Modus operandi mirip mirip isu I...
Isu Lcs Rafizi Kongsi Bukti Abd Latiff Zainab Terlibat

Isu Lcs Rafizi Kongsi Bukti Abd Latiff Zainab Terlibat

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 136 hits
Rafizi tampil berkongsikan bukti menunjukkan Abd Latiff dan Zainab Mohd Salleh terhadap syarikat subkontraktor dalam projek LCS SHAH ALAM Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli tampil berkongsikan bukti menunjukkan pemilikan M...
Pegawai Abdul Latiff Lapor Polis Terhadap Dakwaan Rafizi Isu Lcs

Pegawai Abdul Latiff Lapor Polis Terhadap Dakwaan Rafizi Isu Lcs

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 139 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 31 2022 8 31 AMSeorang pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Ini selepas Rafizi mendakwa Abdul Latiff mempunyai...
Skandal Lcs Syarikat Ditubuh 45 Hari Sebelum Diberi Kontrak

Skandal Lcs Syarikat Ditubuh 45 Hari Sebelum Diberi Kontrak

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 174 hits
Pada 11 Ogos lalu melaporkan sebuah syarikat yang ditugaskan untuk melaksanakan dua pakej pembekalan dan pembuatan bernilai RM1 185 bilion dalam projek kapal tempur pesisir telah ditubuhkan kurang dua bulan sebelum pelantikannya sebagai sub...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan