Pegawai Abdul Latiff Lapor Polis Terhadap Dakwaan Rafizi Isu Lcs


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 31, 2022 8:31 AM
Seorang pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli

Ini selepas Rafizi mendakwa Abdul Latiff mempunyai seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh yang terlibat dalam penyelewengan dana daripada projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, pegawai khas Abdul Latiff, Sayed Ahmad Mu'izzuddin Al-Sayed Mohamad berkata Rafizi tetap mengulangi dakwaannya meskipun menteri itu sudah memberi penjelasan.

“Saya diarahkan dan sesungguhnya percaya bahawa fitnah dan tohmahan tersebut dicipta untuk merosakkan nama baik Abdul Latiff untuk tujuan politik dengan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam terhadap Abdul Latiff dan menyemarakkan keresahan rakyat.

"Penyiaran dan komunikasi elektronik (oleh Rafizi) tersebut adalah sumbang, palsu, mengancam, dan bersifat jelik untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut, dan mengganggu Abdul Latiff," katanya dalam laporan itu.

Katanya, dia percaya Rafizi telah melakukan kesalahan fitnah jenayah di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan, ugutan jenayah di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan, penghinaan dengan sengaja dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi malam tadi, menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertindak terhadap Rafizi dan mereka yang bekerja dengannya melakukan jenayah yang didakwa.

Antara lain, Sayed Ahmad mengulangi dakwaan menteri bahawa Rafizi mengelirukan orang ramai dengan memetik draf laporan audit forensik untuk menyokong dakwaannya.

Dia berkata ini tidak mengendahkan penafian yang terkandung dalam laporan yang menyatakan bahawa juruaudit tidak dapat menilai kebenaran dakwaan yang dibuat oleh orang yang terlibat dalam projek itu.

"Rafizi berbohong kerana dia kononnya bersandar kepada laporan forensik yang menyatakan Zainab Mohd Salleh adalah isteri kedua Abdul Latiff sedangkan laporan forensik tidak menyatakan sedemikian," katanya.

Laporan aufit forensik dinyah klasifikasi

Sebelum ini, Boustead Heavy Industries Corporation Bhd menyah klasifikasi laporan audit forensik LCS, selepas diarahkan oleh kabinet untuk berbuat demikian. Ia kini disiarkan di laman web Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Laporan itu menyatakan bahawa Abdul Latiff Ahmad adalah pasangan (spouse) kepada Zainab Mohd Salleh.

Zainab dikaitkan dalam laporan itu kerana didakwa melakukan penipuan pembayaran. Bagaimanapun, butirannya tidak jelas kerana banyak bahagian laporan itu telah disunting.

Rafizi menegaskan bahawa pasangan yang dirujuk dalam laporan itu merujuk kepada bekas timbalan menteri pertahanan.

Abdul Latiff bagaimanapun menafikannya.

Pada 26 Ogos, Abdul Latiff berkata dia tidak mempunyai peranan dalam projek LCS, dan keluarganya tidak mempunyai sebarang kontrak pertahanan semasa menjadi timbalan menteri pertahanan dari 2009 hingga 2013.

Dia juga menafikan mempunyai isteri atau bekas isteri bernama Zainab Mohd Salleh, dan sebarang tindakan orang itu tidak ada kena mengena dengannya.

Dia menuduh Rafizi mengelirukan rakyat dengan memetik laporan "draf" untuk menyokong dakwaannya, mendakwa wujudnya laporan lain yang dikeluarkan oleh firma audit yang sama yang tidak menyebut hubungan suami isteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/pegawai-abdul-latiff-lapor-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Fitnah Terhadap Abd Latiff Ahmad Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Terhadap Abd Latiff Ahmad Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Polis merampas seunit telefon bimbit milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk siasatan susulan dakwaan fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abd Latiff Ahmad Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai berkata pihaknya se...
Polis Akan Panggil Rafizi Berhubung Dakwaan Terhadap Menteri

Polis Akan Panggil Rafizi Berhubung Dakwaan Terhadap Menteri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 188 hits
Malaysiakini Polis akan memanggil Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dalam masa terdekat berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng La...
Isu Lcs Rafizi Kongsi Bukti Abd Latiff Zainab Terlibat

Isu Lcs Rafizi Kongsi Bukti Abd Latiff Zainab Terlibat

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 235 hits
Rafizi tampil berkongsikan bukti menunjukkan Abd Latiff dan Zainab Mohd Salleh terhadap syarikat subkontraktor dalam projek LCS SHAH ALAM Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli tampil berkongsikan bukti menunjukkan pemilikan M...
Semakin Panas Penafian Latiff Lemah Rafizi Perincikan Dakwaan Esok

Semakin Panas Penafian Latiff Lemah Rafizi Perincikan Dakwaan Esok

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 230 hits
MalaysiakiniPKR menyifatkan penafian bekas timbalan menteri pertahanan Abdul Latiff Ahmad berkaitan dakwaan penglibatan seorang isterinya dalam skandal pemerolehan kapal tempur pesisir sebagai lemah Timbalan presidenya Rafizi Ramli berkata ...
Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

Skandal Lcs Rafizi Akan Dedah Syarikat Palsu Yang Modus Operandi Mirip Mirip Isu Imdb

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 244 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli akan mendedahkan nama syarikat dikatakan palsu yang didakwa ditubuhkan bagi tujuan penyelewengan dalam projek perolehan kapal tempur pesisir esok Modus operandi mirip mirip isu I...
Lelaki Lapor Polis Tak Puas Hati Dimaki Amp Dihalau Pegawai Imigresen

Lelaki Lapor Polis Tak Puas Hati Dimaki Amp Dihalau Pegawai Imigresen

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 259 hits
Baru baru ini tular sebuah video memaparkan insiden ketegangan yang berlaku apabila seorang wanita didakwa kakitangan Jabatan Imigresen mengeluarkan kata kata kesat kepada seorang lelaki di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar Seksye...
Laporan Forensik Lcs Sebut Nama Isteri Abdul Latiff

Laporan Forensik Lcs Sebut Nama Isteri Abdul Latiff

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 236 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 22 2022 10 57 PMLaporan forensik mengenai projek kapal tempur pesisir yang baru dinyah klasifikasi mengaitkan individu bernama Zainab Mohd Salleh dalam urus niaga yang meragukan yang dikenal pasti dalam lapor...
Skandal Lcs Rafizi Tunjuk Lagi Bukti Kaitkan Latiff

Skandal Lcs Rafizi Tunjuk Lagi Bukti Kaitkan Latiff

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 210 hits
MalaysiakiniTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengemukakan lebih banyak bukti yang mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad dalam skandal projek kapal tempur pesisir Dalam satu kenyataan hari ini bekas Ahli Parlimen...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025