Kahwin Apa Itu Raja Sehari Dan Asal Usul Dan Peranan Pengapit Bridesmaids


Pengapit atau 'Bridesmaid' (bagi pengantin perempuan) atau 'Groomsmen' (bagi pengantin lelaki) dalam sesebuah perkahwinan dianggap wajib ada, lebih-lebih lagi ia sudah menjadi 'trend' zaman sekarang yang semakin 'hipster'. Pengapit atau Bridesmaid ini telah wujud berkurun-kurun lamanya dan peranannya semakin berubah mengikut peredaran zaman. Tidak salah adanya pengapit/bridesmaid/groomsmen ini, mengikut kemampuan sosio-ekonomi masing-masing. 
Bagi untuk lebih menghayati perjalanan budaya perkahwinan yang sekali seumur hidup ini, lebih bagus kita mendalami dan memahami asal usul pengapit/bridesmaid/groomsmen ini yang menjadi 'trend' ini

Sebelum kita masuk ke peranan pengapit ini, kami terangkan dulu (secara teori) maksud dalam perkahwinan. (Oleh kerana saya ni Melayu, jadi saya kaitkan secara teori kepada Adat Bangsa Melayu, ia mungkin berbeza mengikut bangsa lain.)Kredit: bighandesign ni bagi template kartun kahwin free
I. Apa itu Raja Sehari dan Hantaran?Istilah Raja Sehari merujuk kepada Pengantin Lelaki & Perempuan yang dilayan seperti Raja dalam satu hari, diiring oleh dayang-dayang / bridesmaid dan duduk di singgahsana pelamin memerhati rakyat 'tetamu' menjamu selera pada hari keraian. Para tetamu juga sesekali datang menyembah mengucapkan tahniah di atas singgahsana.

Istilah Raja Sehari ini lebih merujuk kepada Pengantin Lelaki yang dianggap sebagai bakal ketua keluarga. Perkahwinan adalah untuk menyatukan dua hati, dua keluarga dan dua keturunan. Pada asasnya untuk melebarkan salasilah keturunan Raja Sehari Baru (Pengantin Baru) yang menjadi tanggungjawab lelaki. Bagi seorang Raja, mendapatkan keturunan adalah impian utama kerana ia sebagai penyambung legasi beliau. Seorang Raja juga di anggap mempunyai harta dan harta tersebut diguna untuk merisik, menanda bakal pengantin dan hantaran dengan sejumlah harta emas ditukar kepada nilai wang hantaran kepada pengantin perempuan bagi menggembirakan keluarga bakal permaisuri tersebut. Cincin emas menunjukkan simbolik harta tersebut. Oleh kerana percampuran dengan agama Islam, cincin emas lelaki ditukar kepada Cincin perak. Mas Kahwin yang rendah di masukkan mengikut syarat Islam dan nilai mengikut negeri. Perbelanjaan wang hantaran diberikan sebelum akad nikah berlangsung dan kemungkinan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan majlis keraian.Secara teori, majlis tersebut ditanggung oleh bakal Raja Sehari (bakal Pengantin lelaki)

Bagi negeri Terengganu dan Kelantan, hantaran merupakan jenis barangan dan wang hantaran bergabung dengan jumlah mas kahwin. Namun terdapat perbezaan mengikut praktik keluarga kerana Mas kahwin mengikut Islam adalah hak pengantin perempuan (dan atas tolak ansur mengikut kemampuan pengantin lelaki) serta duberi semasa majlis akad nikah berlangsung. Majlis keraian ditanggung oleh bapa pengantin perempuan dan atas tolak ansur juga pengantin perempuan memberikan sejumlah daripada mas kahwin untuk perbelanjaan majlis bagi meringankan beban bapa (bekas Raja Sehari Lama)
Pengantin
Pengantin merujuk kepada Pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang menjadi Raja Sehari dalam majlis perkahwinan tersebut.
Pengapit
Pengapit merujuk kepada Pengapit lelaki (groomsmen) dan pengapit perempuan (bridesmaid).

Hadiah
Hadiah merujuk kepada hadiah yang diberikan oleh tetamu,keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja kepada pengantin.

II. Asal Usul dan Peranan Pengapit1# Melindungi Pengantin (Terutamanya Pengantin Perempuan)Peranan pengapit mengikut asal usul beratus tahun dulu semasa zaman Rom Kuno adalah untuk menjaga kedua-dua mempelai terutamanya pengantin perempuan.Ikut sejarah kuno, pengapit lelaki pun akan berarak dengan pengantin perempuan bagi melindunginya daripada perompak yang nak curi hantaran (dowri). Ada sesetengah pendapat, bagi mengelak pengantin perempuan di ancam, dibunuh, diculik oleh pembunuh upahan ke bagi mengelakkan kahwin dengan pengantin lelaki. Mengelakkan pengantin lelaki tu ada keturunan/legasi. Sebab lelaki tu dianggap sebagai Raja sehari. Seorang Raja yang bakal meluarkan empayarnya dengan keturunannya. Hebatkan
2#Memberi Sokongan dan Teman Semasa Majlis.Dalam tradisi moden, pengapit memang mengepit je dengan pengantin yang dah jadi Raja Sehari takleh ganas-ganas sangat. Jadi Pengapit membantu pengantin dan teman di sebelah pelamin. Di budaya Barat, pengapit akan memberi ucapan semasa majlis keraian
3#Sebagai Saksi Nikah dan Kelirukan Orang (Hantu)Dalam undang-undang Rom Kuno perlukan 10 orang saksi yang perlu hadir semasa majlis kahwin. Kalau dalam Islam juga perlukan saksi sebagai syarat sah Nikah, pengapit pun boleh juga jadi saksi. Ada kepercayaan barat kuno yang bridesmaid dan groomsmen (pengapit ramai yang pakai lawa-lawa macam pengantin juga) nak bagi hantu-hantu, roh-roh jahat keliru yang mana satu pengantin (atau yang macam No.#1 bagi elakkan orang yang berniat jahat terhadap pengantin baru)
4# Sebagai Pembantu Peribadi
Mengikut sumber, tradisi Bridesmaid berkaitan dengan Bible atau kitab lain. Bila Jacob berkahwin dengan Leah dan Rachel, setiap daripada pengantin membawah "maid/ pembantu' sendiri. 'Maid' disini lebih kepada pembantu peribadi, bukan pengapit zaman sekarang.

5# Pelindung Terbaik 'Best Man' Pengantin Perempuan Dalam Budaya barat juga disebut 'Bestman' sebagai pengapit, mengikut asal dari Germanic Goth pada kurun ke-16. Pengapit tersebut memang 'best man' yang terbaik di mana secara khususnya menghalang pengantin perempuan diculik atau diancam dari keluarga yang tak restu. Atau dari bekas-bekas kekasih lama yang datang meroyan kat majlis kahwin
6#Sebagai Peneman 'Tukang' Redakan Hati Pengantin Perempuan.
Kawan-kawan pengantin perempuan/ bridesmaid akan bagi-bagi hadiah yang diterima atau diberi kepada pengantin perempuan bagi nak sejukkan hatinya yang lara sebab berpisah dengan keluarga atau sebab keluarga perempuan tak berapa berkenan dengan pengantin lelaki, jadi kurang atau tiadalah hadiah diberi. Hadiah-hadiah tersebut boleh juga jadi hantaran/dowri pengantin perempuan kepada lelaki

Pengapit lelaki dan perempuan biasanya berdiri sebelah dengan pengantin bagi menunjukkan sokongan dan peneman di majlis keraian yang meriah serta menggembirakan hati semua orang. Tanggungjawab dan fesyen pengapit berubah dari masa ke semasa. Bagi budaya melayu juga menyerap daripada budaya-budaya lain juga asalkan tidak bertentangan dengan Islam, budaya masing-masing. Yang penting pada majlis penyatuan dua hati ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Nota: Sesetengah kenyataan adalah pandangan teori penulis sendiri dan tiada rujukan berkaitan

Rujukan:1. http://simplepleasures.us/traditions-behind-bridesmaids-and-groomsmen/2. http://mentalfloss.com/article/57821/21-historical-roles-and-responsibilities-wedding-party

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ismiqbal.blogspot.com/2019/02/kahwin-apa-itu-raja-sehari-dan-asal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Asal Usul Palestin Vs Israel

Buasir Otak Tv Asal Usul Palestin Vs Israel

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 249 hits
Bagaimana sebenarnya asal usul sejarah Palestin VS Israel ini Dahulunya Palestina merupakan negara yang aman damai Kemudian datanglah kaum Yahudi merayu dan meminta pertolongan untuk tinggal di Palestin Lalu mereka menubuhkan negara haram I...
Berpeluh Wehh Vide0 Lelaki Ters4kiti Jadi Tukang Bawa Handbag 14 Bridesmaids Di Majlis Kahwin

Berpeluh Wehh Vide0 Lelaki Ters4kiti Jadi Tukang Bawa Handbag 14 Bridesmaids Di Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 93 hits
Dalam setiap majlis perkahwinan pengantin mesti akan menjemput rakan ataupun saudara mara untuk menjad bridesmaids yang berfungsi untuk membantu pengantin semasa majlis berlangsung Kebiasaannya mereka ini waj b memakai tema baju yang sama d...
Rafizi Asal Usul Kingmaker Dan Kesudahannya Dalam Sejarah

Rafizi Asal Usul Kingmaker Dan Kesudahannya Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 145 hits
MhdailyIni sejarah tapi mungkin ada yang dalam parti Melayu Isle panas telinga sebab ini strategi untuk jadi kingmaker politik Istilah kingmaker merujuk kepada Richard Neville Earl of Warwick watak penting War of the Roses War of the Roses ...
Dua Harapan Sederhana Rakyat Jelata Kepada Raja Raja

Dua Harapan Sederhana Rakyat Jelata Kepada Raja Raja

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 139 hits
Kalau ikutkan suara suara rakyat yang kedengaran di media sosial dan di merata mata tempat yang lain hanya satu kesimpulan tentang harapan mereka terhadap Perbincangan Khas Raja Raja Melayu yang akan berlangsung pada 2 30 petang hari ini di...
Rentasan 907 Penghinaan Terhadap Majlis Raja Raja Melayu Takiyuddin

Rentasan 907 Penghinaan Terhadap Majlis Raja Raja Melayu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 134 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9071 SIAPA YANG BIADAB KEPADA RAJA RAJA MELAYU 2 TAKIYUDDIN DIDAKWA MENGHASUT 3 JANGAN UGUT RAKYAT 4 MEMBALAK BERSAMA ULAMAK
Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 287 hits
POLITIK datang dan pergi Yang kekal di situ institusi raja Rakyat Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong berjuta jumlahnya yang tidak berkiblatkan kepada kuasa pimpinan politik hari ini Meskipun ada parti tertentu mempunyai sejuta ahli ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan