Kafir Harbi Dan Sekutu Ada Kuasa Tapi Penyatuan Ummah Ada Senjata Rahsia



Doa Almarhum Dato' Fadzil Noor supaya Dr. Mahathir panjang umur untuk beliau lihat sendiri kerosakan yang di buat, Alhamdulillah maqbul...

Sehingga sekarang Dr. Mahathir masih hidup dan menjadi Perdana Menteri tertua di dunia dan masih gagah berperang dengan timbalannya sambil melihat hasil kerosakan sistem pemerintahan yang jauh menyimpang dari Islam yang beliau buat dahulu...


Doa Alarhum Tuan Guru Nik Aziz yang minta supaya DS Najib dan DS Zahid, jika ada ruang kebaikan, mereka dijadikan baik oleh Allah SWT, Alhamdulillah maqbul...

DS Najib dan DS Zahid sekarang bersama dengan Umno, bermuafakat dengan PAS demi kepentingan agama dan bangsa...

Pastinya muafakat ini untuk kebaikan...


Doa orang Islam yang tidak mahu Lim Guan Eng nak jadi macam Khalifah Umar bin Abdul Aziz, alhamdulillah maqbul, sebab orang ramai tahu, dia bukannya benar-benar ikhlas mahu jadi macam Khalifah Umar, tetapi dia nak guna nama Khalifah Umar sahaja untuk pancing undi...

Ramai orang Melayu Islam mengetahui hakikat itu...


Doa Mat Sabu yang dia akan jadi gila jika tinggalkan PAS, alhamdulillah maqbul...

Hingga sekarang, bukan dia seorang sahaja yang gila, malah seluruh pimpinan PAN turut menjadi gila bersama-sama Mat Sabu, terutama dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional...


Doa ahli PAS untuk ditunjukkan kebenaran atas fitnah kepada PAS, terutama isu RM90 juta terimaan duit dari Umno, dimaqbulkan...

Sehinggakan SPRM sendiri mengesahkan PAS, bersih daripada sebarang salah laku rasuah...

Malah, kepada Umno sendiri, Pakatan Harapan masih terkial-kial mencari apa yang mereka kata bukti kukuh salah laku itu...

Saksi dan bukti pun entah ke mana...


Doa seluruh umat Islam di Malaysia yang mahukan Dr. Zakir Naik tidak dihalau keluar, alhamdulillah dimaqbulkan...

Sehingga kini, rakan pengganas LTTE, kecewa dengan keputusan Dr. Mahathir untuk tidak melayan permintaan India supaya Malaysia mengembalikan Dr. Zakir Naik kepada mereka...


Doa Sallehuddin Ayub kepada sesiapa cuba menjahanamkan PAS akan gagal kerana PAS ada penjaganya iaitu Allah SWT, Alhamdulillah maqbul...

Dia sebut itu dalam Muktamar PAS sebagai amaran...

Dan dia menjadi salah seorang yang gagal menjahanamkan PAS dari dalam dan sekarang dari luar...


Doa sangat panjang Dr. Azhari, perwakilan Wilayah dalam Muktamar PAS tahun 2014 di Batu Pahat supaya Allah keluarkan jebon-jebon yang berada dalam PAS dimaqbulkan Allah...

Setahun selepas itu, mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN, atas cadangan DAP...

Warna oren pun DAP yang pilihkan...

Doa Presiden PAS untuk ditunjukkan PAN sememangnya khadam DAP, Alhamdulillah dimaqbulkan apabila dengan jelas mereka menuruti semua kehendak DAP...

Mereka mengeluarkan segala kenyataan hanya jika menguntungkan DAP...

Walaupun doa beliau untuk PAN bertahan hanya beberapa bulan tidak maqbul, tetapi dengan Allah SWT memanjangkan lagi hayat PAN, maka rakyat boleh melihat dengan lebih jelas lagi perangai mereka...

Alhamdulillah..


Doa Presiden PAS untuk menyatukan umat atas nama Islam, alhamdulillah maqbul pada 14 September 2019...

Beliau telah lama menyedarkan masyarakat bahawa PAS akan berkerjasama dengan sesiapa sahaja, jika boleh membawa kebaikan kepada Islam...

Itu jelas pada setiap masa dan setiap keadaan...


Doa PAS suruh Umno K.O. yang dibacakan oleh adik Almarhum TG Nik Aziz, Ustaz Nik Radzi, Alhamdulillah maqbul...

Bila Umno kalah, jadi mereka sedar bahawa PAS adalah sebuah jemaah yang tidak suka berkelahi melampau-lampau kerana perbuatan itu ialah ciri-ciri munafik...

Umno sedar, PAS juga ada kekuatan untuk menyatukan ummah...

Hilang sombong Umno...


Doa Ketua Dewan Ulamak PAS, Dr. Nik Zawawi agar PH bercakaran sesama sendiri Alhamdulillah maqbul...

Kita boleh lihat bagaimana mereka menyerang Dr. Mahathir semata-mata mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, sehinggakan diberi tekanan dengan menetapkan tarikh peralihan kuasa itu kepada Dr. Mahathir...

Sampai sekarang dok berkelahi lagi...

 
Doa Anwar, kroni-kroninya dan DAP nak jadikan Anwar PM8, alhamdulillah tak maqbul-maqbul lagi sampai sekarang, kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang mendoakan agar dia tidak akan naik selama-lamanya untuk menjadi Perdana Menteri...

Ya Allah jangan dimaqbulkan doa Anwar nak jadi Perdana Menteri...

Dan hari ini, genap 11 tahun, doa dan rancangan Anwar untuk tukar kerajaan pada 16 September 2008 dengan rancangan membeli menteri-menteri kabinet BN juga tidak maqbul, malah langsung tidak dilayan...

Alhamdulillah kerana waktu itu, PAS juga berada bersama Anwar...

Takut jika menang, nama PAS jadi terpalit juga dalam lipatan sejarah sebab terlibat sama dalam membeli kuasa...

Ketika itu PAS dihasut untuk gilakan Putrajaya dengan harapan palsu, rampas Putrajaya dulu, baru buat Islam...

Sampai sekarang, masih tak buat-buat...


Sejarah melakarkan bagaimana dalam peperangan Badar, pahlawan Islam di bawah pimpinan yang cuma seramai 313 orang berjaya menewaskan 1,000 orang kafir musyrikin Mekah...

Sejarah juga melakarkan bagaimana pejuang-pejuang Mujahidin yang serba kekurangan di Afghanistan berjaya menghalau keluar tentera kafir harbi Soviet Union yang lengkap bersenjata canggih...

Benar, sekarang kafir harbi dan sekutunya mempunyai ikhtiar dan kuasa tetapi kita mempunyai ikhtiar dan doa...

Bila Allah SWT mengkehendakinya, mustahil di sisi manusia tetapi amat mudah di sisi Allah SWT...

Mari kita doakan lagi, semoga Muafakat Nasional ini berkekalan membawa kebaikan kepada Islam dan negara...

Semoga negara kita tidak diperintah oleh golongan yang memusuhi Allah SWT dan rasulNya...

Semoga kita diselamatkan Allah SWT dari api neraka yang bahan bakarnya ialah batu dan manusia...

Amiin, Ya Robb...




Kredit :

Mohd Nasir Abdullah
16 September 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/09/kafir-harbi-dan-sekutu-ada-kuasa-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Penyatuan Ummah Menjadi Ancaman Peralihan Kuasa Harus Disegerakan

Sebelum Penyatuan Ummah Menjadi Ancaman Peralihan Kuasa Harus Disegerakan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 247 hits
Kerjasama UMNO dan Pas dengan tema penyatuan ummah akan dimetrai secara rasmi pada 14 September ini di PWTC Kuala Lumpur Sehingga ini masih belum pasti sama ada tema penyatuan ummah akan dikekalkan atau ditukar kepada penyatuan nasional yan...
Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 322 hits
Kerjasama Pas Umno Bukan penyatuan tapi pecahbelah ummah Oleh September 14 Kerjasama atau taawun siyasi Pas Umno yang dimeterai hari ini hanya bertujuan untuk meraih imej politik kedua kedua parti pembangkang itu dan tiada kaitan dengan pen...
Politik Progresif Realistik Penyatuan Ummah

Politik Progresif Realistik Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 425 hits
Pemeteraian Piagam UMNO PAS yang bakal dimuktamadkan pada 14 September 2019 nanti merupakan satu permulaan segar kepada naratif dan pembawaan baharu politik Melayu dan Islam iaitu sebuah amalan politik progresif dan realistik Ia melambangka...
Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 460 hits
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad berkata parti keramat ini tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap kurang ajar Justeru itulah jelas beliau walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap penyatuan ummah anta...
Penyatuan Ummah Bermula

Penyatuan Ummah Bermula

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR Himpunan Penyatuan Ummah yang menandakan bermulanya kerjasama dan permuafakatan secara rasmi antara UMNO dengan PAS bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan pelbagai program digerakkan sayap dua parti berkenaan Kem...
Hpu149 Kerja Keras Selepas Meterai Quot Piagam Penyatuan Ummah Quot

Hpu149 Kerja Keras Selepas Meterai Quot Piagam Penyatuan Ummah Quot

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 258 hits
Pemuda Umno mengingatkan partinya dan PAS supaya tidak terleka dengan piagam kerjasama kedua dua parti Melayu Islam terbesar itu menegaskan pemeteraian itu hanya permulaan kepada kerja keras Naib Ketua Shahril Sufian Hamdan meminta Umno dan...
Hpu914 Penyatuan Ummah Kerana Sayangkan Negara Jangan Biar Ph Robek Keamanan Asyraf Wajdi

Hpu914 Penyatuan Ummah Kerana Sayangkan Negara Jangan Biar Ph Robek Keamanan Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 317 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa negara ini adalah negara majmuk yang sepanjang 61 tahun Barisan Nasional memerintah negara ini aman stabil dan harmoni maka jangan biarkan Pakatan Harapan merobek a...
Hpu149 Himpunananakmuda Wakil Parti Komponen Bangun Suarakan Sokongan Penyatuan Ummah

Hpu149 Himpunananakmuda Wakil Parti Komponen Bangun Suarakan Sokongan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 334 hits
Seorang demi seorang wakil pemuda komponen dan rakan BN dan Gagasan Sejahtera bangun selepas tamat sesi town hall anak muda di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap acara itu Wakil...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan