Hpu914 Penyatuan Ummah Kerana Sayangkan Negara Jangan Biar Ph Robek Keamanan Asyraf Wajdi




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa negara ini adalah negara majmuk yang sepanjang 61 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini aman, stabil dan harmoni maka jangan biarkan Pakatan Harapan (PH) merobek apa yang telah terbina.
Lantaran itu katanya, pada hari ini Himpunan Peryatuan Ummah (#HPU914) dilakukan yang bertujuan untuk manifestasi dan kasih sayang pada negara.
“Jangan kita sesekali menjadi seperti kerajaan PH, baru naik setahun lebih jadi kerajaan dah naik tocang. Mereka lupa daratan, mereka nak merobek akar-akar yang telah berjaya kita kukuhkan dan tiada siapa dapat menafikan apa yang telah kita bina dalam negara ini.
“Kita hadir hari ini dan esok kerana kita sayangkan negara kita, kita nak selamatkan negara kita, negara kita yang asal dan bukan negara Malaysia Baru yang haru-biru. Kita nak kembangkan Malaysia yang asli yang mana keindukan dipertahankan dan dihormati,” katanya yang bercakap semasa sesi ‘Town Hall’ Anak Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Jelasnya, induk yang dimaksudkan adalah tunjang negara yang berperlembagaan, agama Islam sebagai agama rasmi tetapi tidak menafikan agama-agama lain serta juga kaum-kaum lain.
“Janganlah cuba menggangu-gugat, jangan memperlekehkan kedudukan Islam dan orang–orang Melayu… ini sudah terpatri padu dalam Perlembagaan.
“Kita tidak akan meninggalkan identiti Malaysia tetapi pada masa sama asas Islam, Melayu dan Bumiputra harus kita perkukuhkan.” ujarnya.
Terdahulu menurut Ketua Pemuda PAS Pusat Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, janganlah buat demonstrasi seperti di negara Thailand yang rakyatnya mahu menjatuhkan kerajaannya.
“Perjuangan kita ini adalah perjuangan yang terhormat dan hendaklah bersatu menumbangkan PH. Kita mahu masuk Putrajaya dengan cara terhormat seperti PH masuk ke Putrajaya. Kita melaksanakan pendekatan politik secara aman dan pastinya perjuangan itu panjang.
“Kalau mengganggap penyatuan ummah ini berteraskan agama sudah pastinya mengikut sunnah Rasulullah SAW… perjuangan ini pasti panjang dan sukar,” katanya.
Tambahnya lagi piagam dan penyatuan ini akan diuji oleh Allah SWT dalam setiap detik, waktu dan sudut.
“Justeru dalam penyatuan ummah ini haruslah ada keikhlasan. Sekiranya piagam ini tidak menyenangkan dan memperjuangkan hati umat Islam dan sekiranya ia hanya skop Melayu sahaja, saya cadangkan buat demo di pejabat PAS Pusat dan pejabat UMNO, tegur kami dan betulkan kami.
“Perjuangan kita dimulakan langkah yang sumbang kita akan memimpin dalam keadaan yang sumbang sepertimana kerajaan PH yang memerintah sekarang,” ujarnya lagi –UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/14/hpu914-penyatuan-ummah-kerana-sayangkan-negara-jangan-biar-ph-robek-keamanan-asyraf-wajdi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 812 hits
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad berkata parti keramat ini tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap kurang ajar Justeru itulah jelas beliau walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap penyatuan ummah anta...
Hpu914 Penyatuan Ummah Penuhi Hasrat Nik Aziz Tuan Ibrahim

Hpu914 Penyatuan Ummah Penuhi Hasrat Nik Aziz Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 664 hits
Penyatuan ummah antara UMNO dan PAS yang bakal dimeterai esok didakwa memenuhi kehendak dan hasrat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering dinyatakan ketika hayat bekas Mursyidul Am PAS itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibra...
Jangan Percaya Fitnah Cuba Gugat Keamanan Negara

Jangan Percaya Fitnah Cuba Gugat Keamanan Negara

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 319 hits
Toleransi faham perbezaan adat budaya dan agama Sultan SelangorSHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah percaya dengan fitnah dan berita tidak sahih khususnya di media sosial ...
Politik Progresif Realistik Penyatuan Ummah

Politik Progresif Realistik Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 565 hits
Pemeteraian Piagam UMNO PAS yang bakal dimuktamadkan pada 14 September 2019 nanti merupakan satu permulaan segar kepada naratif dan pembawaan baharu politik Melayu dan Islam iaitu sebuah amalan politik progresif dan realistik Ia melambangka...
Penyatuan Ummah Bermula

Penyatuan Ummah Bermula

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 518 hits
KUALA LUMPUR Himpunan Penyatuan Ummah yang menandakan bermulanya kerjasama dan permuafakatan secara rasmi antara UMNO dengan PAS bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan pelbagai program digerakkan sayap dua parti berkenaan Kem...
Hayati Agenda Sebenar Penyatuan Ummah

Hayati Agenda Sebenar Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 351 hits
DEWAN Ulamak PAS Pusat menyeru rakyat Malaysia khususnya para pendukung PAS dan Umno untuk menghayati agenda sebenar penyatuan ummah PAS meletakkan asas yang kukuh bersumberkan firman Allah S W T yang bermaksud Dan tolong menolonglah kamu a...
Penyatuan Ummah Ph Gelabah Beruk

Penyatuan Ummah Ph Gelabah Beruk

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 800 hits
Pada awal UMNO PAS berbincang untuk kerjasama politik sebelum lahirnya Penyatuan Ummah ramai pihak terutamanya dikalangan pimpinan Pakatan Harapan mempamer senyum kambing mereka Tak kurang juga ada mengeluarkan kenyataan usaha UMNO PAS hany...
Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

Kenapa Mahathir Ph Risau Dengan Himpunan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 537 hits
Dr Mahathir kata Anwar Ibrahim dipecat kerana melakukan perbuatan2 tidak bermoral yg tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara Sehingga ke saat ini Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataannya Anwar terlibat dgn aktiviti homoseksual Ma...
Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Easy Beef Gravy Recipe Flour

Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri