Kafe Strada Coffee Centrio Seremban 2
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Syawal hampir melabuhkan tirai, ini bermakna menu harian menjamu selera juga akan bertukar selari dengan peredaran masa.. Saya sudah mula beralih selera ke menu lain selain menu hari raya sejak minggu lepas
Pada 24 Mei 2022 lalu, during lunch hour anak tekak tetiba terasa nak makan western food. Al-maklum ketika musim Hari Raya asyik makan juadah raya seperti saya nyatakan tadi. Kebetulan pula officemate bercerita tentang keenakan spaghetti yang dihidangkan semasa open house rumah rakannya yang dipesan dari Kafe Strada Coffee. Dari ceritanya menggambarkan keenakan spaghetti carbonara tu seolah-olah sedap teruk dan tidak dapat ditandingi di mana-mana restoran lain, gitu
Kafe Strada Coffee Centrio Seremban 2
Saya sebagai peminat western food, apabila mendengar rasa tercabar dengan kesedapan yang digambarkan. Tak boleh jadi macam ni, mesti nak rasa juga.. Jadi during lunch hour saya pun bersamanya ke Kafe Strada Coffee yang terletak di Centrio Seremban 2. Lokasi cafe ini tak jauh dari office kami.
Kafe Strada Coffee
Masuk sahaja di ruang kafe berkenaan mata terpandang satu sudut di mana terdapat susunatur perabot moden yang santai. Saya memilih tempat duduk bersebelahan ruang tersebut. Waktu lunch yang singkat memaksa kami membuat pesanan dan makan dengan cepat. Mujur tak ramai pelanggan di cafe ketika itu..
Grilled Chicken Palermo - RM18.90
Tanpa berlengah lagi, saya pesan Grilled Chicken Palermo seperti dalam gambar bersama minuman Longan ais manakala rakan saya sudah tentu memesan Spaghetti Carbonara kegemarannya dan Honey Lemon ais. Portion Grilled Chicken Palermo tersebut agak banyak tak padan dengan harga yang murah, saya sangat puas hati. Begitu juga dengan Spaghetti Carbonara, malangnya tak sempat saya ambil gambar.. Rasanya terbukti sedap dan kena dengan selera saya
Bill berjumlah RM57.50
Jumlah keseluruhan untuk 2 orang RM57.50 which is reasonable for me dengan quality makanan yang sedap dan premium. Recommended!
Kafe Strada Coffee Centrio Seremban 2
Untuk pengetahuan, pihak Kafe Strada Coffee juga ada menerima pesanan dalam quantity banyak seperti majlis open house atau sambutan hari lahir. Sesiapa yang ingin membuat pesanan untuk majlis keramaian boleh hubungi pihak Kafe Strada Coffee dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di atas.
Sesiapa yang berada di lokasi berhampiran boleh singgah di Kafe Strada Coffee.
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2022/05/kafe-strada-coffee-centrio-seremban-2.html