Kaedah Jual Beli Dalam Islam



Apakah hukum jual beli dalam Islam?
Artikel ini akan mengulas secara lengkap berkaitan topik jual beli dalam Islam seperti rukun, hukum, syarat-syarat dan lafaz ijab dan qabul.
Panduan ini disediakan secara ringkas dan mudah agar memudahkan anda mencari maklumat.
Tanpa membuang masa, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: Pengenalan Maksud jual beli dalam Islam Bagaimana jual beli yang sah atau batal? Jenis jual beli yang tidak sah Syarat berjual beli Syarat barang jualan Ijab dan Qabul Adakah sah jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul? Tidak berkontrak semasa berjual beli Berhenti dari amalan ijab & qabul Hukum jual beli yang dilakukan kanak-kanak Pengenalan Mengapa kita perlu belajar tentang jual beli dalam Islam?
Dari sudut ilmu muamalat Islam, masih ramai yang tidak menyedari hukum fardu ain (wajib ke atas setiap individu) untuk belajar muamalat Islam apabila mereka mahu terlibat dengan jual beli.
Dengan ilmu, kita semua akan dapat mengelakkan diri daripada perangkap riba, perjudian, gharar dan kezaliman ketika bertransaksi.
 
Apakah maksud jual beli mengikut Islam? Jual beli ialah suatu akad atau kontrak ke atas pertukaran harta dengan harta bagi tujuan pemilikan secara selama-lamanya.
Jual beli berlaku apabila ada pertukaran harta dengan tujuan pemilikan.
Demikian juga, sesuatu jual beli hendaklah berlaku ke atas sesuatu yang diiktiraf sebagai harta mengikut syarak.
Jadi, tidak sah menjadikan khinzir sebagai bahan berkontrak (barang yang dijual atau dibeli) kerana syarak tidak mengiktirafnya sebagai harta.
Pensyariatan jual beli ini dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud:
Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba 
– Al-Baqarah 2
 
Bagaimana hendak mengetahui jual beli itu sah atau batal? Akad atau kontrak ialah dua perkara yang membawa makna yang sama.
Ia mempunyai rukun dan syarat-syaratnya.
Rukun ialah elemen yang perlu ada ketika berkontrak dan terkandung dalam kontrak tersebut.
Elemen rukun dalam satu kontrak ialah:
Dua pihak yang berkontrak, iaitu penjual dan pembeli. Barang jualan dan harga atau kadar bayaran. Ijab dan qabul (lafaz bertulis atau perbuatan serah terima) Apabila adanya pembeli dan penjual, barang jualan dan harga tertentu serta serah-menyerah berdasarkan harga tertentu, maka kontrak itu menjadi sah.
 
Bagaimana sesuatu jual beli boleh terbatal atau dipertikaikan? Setiap rukun tersebut ada syarat-syaratnya.
Umpamanya salah satu pihak yang berkontrak itu iaitu pembeli ialah seorang yang gila, maka kontrak tersebut perlu difasakhkan atau diungkaikan kerana orang gila tidak layak berkontrak.
Demikian juga, sekiranya  barang jualan ialah barang curi atau bukan hak milik penjual, maka jual beli tersebut juga fasid (rosak/tidak sah) dan perlu dirungkai semula.
Kotrak yang dilakukan secara paksa juga adalah fasid dan tidak boleh diteruskan dan wajib diungkai, kecuali mendapat kebenaran daripada pemiliknya yang sebenar.
 
Apakah syarat-syarat yang perlu ada bagi orang yang mahu berjual beli? Jual beli akan menyebabkan suatu obligasi (kewajipan) kepada pihak yang berkontrak.
Maka Islam mensyaratkan beberapa syarat kepada pihak yang berkontrak, iaitu:
Penjual dan pembeli mestilah seorang yang rasyidan iaitu berakal, baligh dan matang dalam berkontrak¹. Pembeli dan penjual hendaklah dalam keadaan tidak dipaksa atau dimanipulasi². Hendaklah ada dua pihak yang berkontrak iaitu pembeli dan penjual kerana adalah mustahil menjadi pembeli dan penjual dalam satu kontrak yang sama. Justeru, seseorang itu tidak boleh menjadi wakil bagi pihak pembeli dan penjual pada waktu yang sama. Pihak yang berkontrak juga hendaklah seorang yang boleh melihat, yakni tidak buta kerana sekiranya buta, maka barang yang dijual beli tidak diketahui dengan jelas. Oleh itu, orang buta perlu diurus oleh penjaganya untuk mengelakkan unsur ‘jahalah’ (ketidaktahuan) dalam berkontrak. ¹ Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “… Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur berkahwin (baligh). Sekiranya kamu melihat mereka matang, maka berikanlah harta-harta mereka (untuk mereka uruskan)…” (Al-Baqarah 2: 6)
² Syarat ini bersesuaian  dengan firman Allah SAW yang bermaksud: “… janganlah kamu makan harta  daripada kalangan kamu dengan cara yang batil kecuali melalui perniagaan secara redha-meredhai antara kamu…” (An-Nisa 4: 29).
 
Apakah Syarat-Syarat Barang Yang Boleh Diniagakan? Ulama menggariskan beberapa syarat berpandukan nas-nas al-Quran dan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Al-mabi’ (barang jualan) hendaklah wujud ketika berkontrak. Maka tidak boleh menjual barang yang belum dimiliki atau tidak wujud. Al-mabi’ hendaklah sesuatu harta yang diiktiraf oleh syarak sebagai harta. Maka, tidak sah berjual beli harta yang ditolak oleh syarak seperti arak, khinzir, anjing, najis dan bangkai. Barang yang kebiasaannya boleh dimanfaatkan dan dibenarkan oleh syariat Islam. Oleh itu, tidak boleh menjual binatang melata dan binatang buas, melainkan sekiranya menjadi kebiasaan semasa membenarkan penjualannya berdasarkan manfaat yang diiktiraf oleh syariat. Jenis barang hendaklah yang mampu diserah oleh penjual kepada pembeli bagi mengelakkan elemen membuang atau membazir harta (kerana membayar tanpa mendapatkan tukaran) Orang yang berkontrak hendaklah mempunyai kuasa atau pemilikan bagi membolehkan dia layak berkontrak. Barang jualan hendaklah barang yang diketahui oleh orang yang berkontrak bagi mengelakkan elemen ketidakpastian terhadap al-mabi’  
Apakah yang dimaksudkan lafaz ijab dan qabul dalam berjual beli? Ijab dan qabul adalah lafaz yang diucapkan semasa urusan jual beli.
Ia diucapkan pada akhir transaksi sebagai tanpa sah urusan tersebut.
Ketika melakukan urus niaga, kita biasa mendengar sesetengah penjual melafazkan perkataan “saya jual” dan pembeli pula membalas, “saya beli”.
Pada ketika yang lain pula, tiada kedengaran pembeli dan penjual melafazkan kata-kata tersebut
Maka adalah sah jual beli tanpa lafaz berikut?
Rujuk jawapan untuk persoalan ini di bawah..
 
Adakah Sah Jual Beli Tanpa Mengucapkan Lafaz Ijab dan Qabul? Persoalan ini sebenarnya berkait rapat dengan perbahasan tajuk “sighah” (ijan dan qabul ketika berjual beli).
Kewajipan kepada sighah sebenarnya terbit daripada firman Allah SAW yang bermaksud:
… janganlah kamu makan harta  daripada kalangan kamu dengan cara yang batil kecuali melalui perniagaan secara redha-meredhai antara kamu…”
(An-Nisa 4: 29)
Redha ialah amalan hati yang sukar untuk diketahui oleh manusia.
Justeru itu, kita mencari sesuatu perbuatan yang menunjukkan seseorang itu redha dalam berkontrak.
Maka lafaz adalah cara paling mudah menunjukkan keredhaan.
Contoh, apabila berlaku pertikaian, seseorang mungkin mendakwa dia tidak redha dalam berkontrak, walaupun dia melafazkan kontrak jual beli.
Namun, dari segi hukum, kita tidak akan berpegang kepada penafiaan orang itu kerana lafaznya menunjukkan dia redha.
Apabila berlafaz, kontrak sudah tidak perlu kepada niat.
Inilah pandangan yang banyak dipegang oleh kebanyakkan ulama bagi memastikan adanya sifat-sifat keredhaan yang boleh dijadikan bukti.
 
Bolehkah Tidak Berkontrak Ketika Berjual Beli? Pertama sekali, perlu dibezakan antara berlafaz dan berkontrak.
Sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini, ijab dan qabul ialah rukun kontrak dan mesti ada ketika memasuki kontrak.
Secara lazimnya, ijab dan qabul dilakukan secara lafaz ‘saya jual’ dan ‘saya beli’.
Namun ijab dan qabul juga dibenarkan berlaku secara bertulis pada kertas secara online.
Jadi, apabila tiada lafaz bukan bererti tidak berkontrak kerana ijab dan qabul sebagaimana yang dibincangkan boleh berlaku secara bertulis atau melalui perbuatan serah-menyerah barang dan harga sebagaimana berlaku di pasar raya atau menggunakan bahasa isyarat.
Namun sekiranya tiada kontrak atau tidak memasuki kontrak, maka tidak berlaku ijab dan qabul.
Jadi, transaksi tersebut adalah batil.
Contoh
Hasil
Apabila adanya satu pihak mengambil barang dan membayar, manakala satu pihak lain menerima bayaran. Berlaku kontrak secara serah-menyerah (mu’atah) Sekiranya seseorang mengambil sesuatu barang milik orang yang menjual tanpa membayar Tidak berlaku jual beli Tidak meminta izin untuk mengambilnya secara percuma Tidak berlaku sedekah atau hadiah  
Adakah Boleh Berhenti Berlafaz Ijab Qabul? Bolehkah seseorang yang sudah biasa dengan amalan melafazkan ‘ijab dan qabul’ semasa berjual beli, tidak mahu lagi melakukannya?
Eloklah diteruskan amalan melafazkan ‘ijab dan qabul’ itu kerana para ulama tidak bercanggah pendapat (tiada khilaf) menghukumkan jual beli tersebut adalah sah.
Bahkan menghindari sesuatu yang menjadi khilaf ulama adalah mustahab (disukai dan berpahala).
Tabiat atau amalan mengucapkan lafaz ijab dan qabul semasa berjual beli dapat memastikan wujudnya secara nyata keredhaan dalam berkontrak.
Namun begitu, kita tidak boleh menghukumkan transaksi yang tidak berlafaz sebagai batal.
Bahkan pada zaman kita ini, jual beli secara bertulis adalah lebih kukuh ikatannya berbanding secara berlafaz.
 
Hukum Jual Beli Yang Dilakukan Oleh Kanak-Kanak Kita telah membincangkan bahawa asas kepada taklif (tanggungjawab terhadap hukum-hakam) ialah berakal dan baligh.
Ketetapan ini diputuskan berdasarkan garis panduan yang terkandung di dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan ujilah anak-anak yatim yang belum baligh berurus niaga sehingga mereka mencapai umur kahwin (baligh)”.
– An-Nisa 4: 6
Manakala dalam hadis Nabi SAW pula bersabda yang bermaksud:
Diangkat catatan (tidak dikira) kesalahan daripada tiga golongan; orang gila sehingga sembuh, orang yang tidur sehingga terjaga, kanak-kanak sehingga bermimpi (baligh)
– Riwayat Abu Dawud
Oleh yang demikian, kanak-kanak tidak boleh bertransaksi kerana kesan hukum atau tanggungjawab terhadap kontrak tidak boleh dipikulkan bebannya kepada kanak-kanak.
Walau bagaimana pun, berpandukan pendapat ulama semasa, anak-anak bukanlah berjual beli.
Sebaliknya melaksanakan sahaja arahan ibu bapa mereka untuk membeli barang-barang tertentu yang murah.
Mereka hanya pembawa kepada pembelian ibu bapa mereka.
Allah SWT menganjurkan pemegang amanah mengajar anak-anak berjual beli sebelum mereka baligh supaya mereka menjadi matang.
Maka adalah harus mengizinkan anak-anak berjual beli pada perkara-perkara yang tidak memudaratkan mereka dan barang-barang yang berharga murah.
 
Rujukan & Penutup Rujukan artikel ini adalah memetik tulisan daripada buku Q&A Muamalat, Dr. Asmadi Mohamed Naim, Pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM.
Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari berurusan dengan manusia lain.
Islam adalah agama yang menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan termasuklah urusan jual beli.
Semoga tulisan ini dapat memberi pencerahan berkaitan soal jual beli dalam kehidupan.
The post Kaedah Jual Beli Dalam Islam (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/muamalat/jual-beli-dalam-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 981 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Memahami Khiyar Dalam Jual Beli

Memahami Khiyar Dalam Jual Beli

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 576 hits
Apakah hukum khiyar dalam jual beli Artikel ini akan mengulas secara lengkap berkaitan topik khiyar dalam jual beli Panduan ini disediakan secara ringkas agar memudahkan kita semua memahami khiyar dalam transaksi jual beli Tanpa membuang ma...
Dato Red Disaman Didakwa Tipu Jual Beli Tanah

Dato Red Disaman Didakwa Tipu Jual Beli Tanah

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 340 hits
Baru saja reda mengenai hal perceraiannya nama suami kepada iaitu Dato Red menjadi perhatian apabila dua individu menfailkan saman terhadap suami penyanyi The post appeared first on
Banyak Premis Jual Bubble Tea Tiada Sijil Halal Mengelirukan Pengguna Beragama Islam Jais

Banyak Premis Jual Bubble Tea Tiada Sijil Halal Mengelirukan Pengguna Beragama Islam Jais

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 477 hits
The ReporterMinuman bubble tea kian popular dan banyak premis yang menjual produk minuman berasaskan bebola ubi kayu atau tapioca itu semakin bertambah Namun Jabatan Agama Islam Selangor mengesan banyak kedai yang menjual minuman tersebut y...
Umno Pinda Perlembagaan Parti Letak Islam Di Depan

Umno Pinda Perlembagaan Parti Letak Islam Di Depan

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 299 hits
Umno melakukan pindaan fasal 3 perlembagaan itu dengan meletakkan agama Islam di hadapan dalam perjuangan parti Melayu berusia 73 tahun itu Difahamkan 13 usul bagi meminda perlembagaan parti itu dikemukakan pada persidangan yang berlangsung...
Erdogan Kutuk Tindakan Kait Islam Dengan Keganasan

Erdogan Kutuk Tindakan Kait Islam Dengan Keganasan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 192 hits
LONDON Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengutuk pihak yang menggunakan perkataan Islam sebagai satu adjektif bagi menggambarkan keganasan lapor agensi berita Anadolu Islam adalah agama kedamaian kata Erdogan dalam satu majlis ...
The Misunderstood Concepts Of Progressive And Liberal Islam

The Misunderstood Concepts Of Progressive And Liberal Islam

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 216 hits
More Malaysian Muslims should strive to be progressive and liberal Muslim civil society groups should declare themselves liberal and reformist organisations These opening sentences have most probably angered many Too many Muslims in Malaysi...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense