Memahami Khiyar Dalam Jual Beli



Apakah hukum khiyar dalam jual beli?
Artikel ini akan mengulas secara lengkap berkaitan topik khiyar dalam jual beli
Panduan ini disediakan secara ringkas agar memudahkan kita semua memahami khiyar dalam transaksi jual beli.
Tanpa membuang masa, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: Maksud Khiyar Membatalkan Jual Beli Syarat Khiyar Tempoh Sah Khiyar Jual Beli Melalui Internet Jual Beli Boleh Dibatalkan Walaupun Barang Tidak Rosak Bagaimana Jika Barang Rosak? Bolehkah Peniaga Menolak Khiyar? Khiyar Ar-Rukyah Bolehkan Peniaga Menyaratkan Tiada Khiyar Selepas Jual Beli? Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Khiyar? Khiyar bermaksud memilih sama ada meneruskan transaksi yang sudah sah dan termeterai, atau merungkaikannya kembali sebagaimana sebelum berlakunya jual beli.
 
Bolehkah Dirungkaikan Semula Kontrak Yang Sudah Dipersetujui? Secara asalnya, apabila berlakunya jual beli yang cukup syarat syarat dan rukun-rukunnya, kontrak tersebut menjadi sah dan terlaksana.
Pada waktu itu, berlakulah pemindahan pemilikan barang daripada penjual kepada pembeli, dan pembayaran daripada pembeli kepada penjual.
Walaupun begitu, syariat Islam masih memberikan ruang untuk pihak yang berkontrak kerana terdapat kemungkinan sesuatu kontrak itu dilakukan secara gopoh tanpa membuat penelitian mendalam.
Justeru, pihak yang berkontrak masih berhak untuk memulangkan barang-barang dengan memenuhi beberapa syarat.
Perkara ini dibahaskan oleh ulama di bawah tajuk al-khiyar.
 
Apakah Syarat-Syarat Khiyar? Secara khususnya, pensyariatan khiyar ini terbit daripada dalil as-Sunnah.
Sebagai contoh, Rasulullah bersabda, “Jual beli itu berserta khiyar selama mana kedua-duanya belum berpisah (Riwayat Al-Bukhari)
Imam Malik meriwayatkan, “Adalah Ibnu Umar r.a. apabila membeli sesuatu dan dia menyukainya, dia pisahkan dirinya daripada tuan punya barang (penjual).”
Berdasarkan nas ini, para ulama khususnya ulama mazhab Syafi’i mengatakan hadis ini menunjukkan pensyariatan khiyar al-majlis.
Khiyar al-majlis bermaksud kedua-dua pihak yang berkontrak, walaupun kontrak sudah termeterai dan sah, masih mempunyai hak untuk kembali merungkaikan kontrak tersebut selama mana mereka belum meninggalkan majlis kontrak itu. Sekiranya salah seorang daripada mereka meninggalkan majlis tersebut, maka hilanglah kelayakan untuk merungkai kembali kontrak daripada kedua-dua pihak. Khiyar asy-syarat pula ialah jenis khiyar yang kedua berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari. Hibban bin Munqiz ra. mengadu kepada Rasulullah bahawasanya dia telah ditipu dalam jual beli. Lantas Rasulullah bersabda, “Sekiranya kamu berjual beli, katakan, Tiada tipu daya, dan untukku khiyar selama tiga hari” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Dalil ini jelas menunjukkan pensyariatan khiyar (pilihan untuk merungkai kontrak).
Atas dasar itu, khiyar asy-syarat mengandungi beberapa syarat:
Khiyar hanya untuk tempoh masa tertentu. Hadis menyatakan tempoh selama tiga hari. Tempoh tersebut memadai bagi pembeli melihat kecacatan yang mungkin wujud pada barang yang dibeli. Bahkan, tempoh yang lama menyukarkan penjual kerana masih tidak pasti untuk menggunakan bayaran tersebut kerana ditakuti pembeli memulangkan barang-barang. Tempoh tersebut hendaklah bersambungan dengan kontrak iaitu tidak terpisah dari waktu berkontrak. Justeru, tidak sah khiyar sekiranya dimulakan setelah selesai berjual beli, atau setelah satu tempoh tertentu.  
Adakah Khiyar Terdapat Dalam Setiap Transaksi dan Tidak Luput? Tidak begitu.
Khiyar boleh luput oleh sebab-sebab berikut:
Tamat tempoh tiga hari bagi khiyar asy-syarat, atau berpisah antara dua pihak yang berkontrak dalam khiyar al-majlis Pihak yang memegang hak khiyar melepaskan hak khiyar dengan berkata: “Aku teruskan kontrak (tanpa khiyar) atau aku pilih berjual beli.” Khiyar juga luput apabila pihak yang memiliki khiyar menggunakan barang yang dibeli itu kerana penggunaan melambangkan pembeli telah tekad meneruskan kontrak tersebut. Pada keadaan tersebut, kontrak jual beli itu adalah sah dan menjadi mandatori tanpa ada hak oleh pihak pembeli untuk memulangkannya.
 
Bagaimana pula jual beli cara moden seperti telefon, Internet atau SMS? Inilah perlunya kita memahami konsep khiyar al-majlis dan khiyar asy-syarat.
Konsep berada dalam majlis, bermaksud kita berada dalam majlis kontrak secara berterusan.
Oleh itu, jual beli atas talian dikira berada dalam majlis selama mana talian tersebut tidak terputus
Setelah terputus talian, maka majlis kontrak telah sempurna dan pihak yang memiliki khiyar sudah tidak mempunyai hak memulangkan di bawah khiyar al-majlis.
 
TIDAK MENSYARATKAN CACAT Adakah khiyar al-majlis dan khiyar asy-syarat ini berkait dengan barangan jualan yang rosak atau cacat?
Khiyar al-majlis dan khiyar as-syarat tidak terikat atau tidak mensyaratkan wujudnya kecacatan pada barang jualan apabila merungkai kontrak tersebut.
Kedua-dua khiyar ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak memikirkan semula keputusan mereka untuk berkontrak kerana ditakuti mereka gopoh, atau terpengaruh dengan dakwaan tertentu.
 
Khiyar Barangan Rosak Sekiranya barangan yang dibeli cacat atau rosak, bolehkah menggunakan khiyar?
Ya Khiyar tersebut dinamakan khiyar al-‘aib.
Ini berdasarkan larangan Rasulullah supaya menjauhi penipuan ketika berjual beli.
Larangan itu bermaksud, pembeli mempunyai hak untuk memulangkan barang-barang tersebut sekiranya disedari terdapat kecacatan walaupun sudah meninggalkan majlis dan melebihi tempoh tiga hari.
Keharusan ini dibenarkan dengan syarat kecacatan tersebut adalah kecacatan lama.
Bahkan ulama menolak syarat jual beli yang menolak khiyar, sebaliknya ulama menganggap syarat menolak khiyar tersebut (iaitu adalah syarat sia-sia dan perlu dibuang) dan jual beli tetap mempunyai khiyar kepada pihak yang layak.
 
BOLEHKAH PENIAGA MENOLAK KHIYAR? Secara umumnya penjual diharuskan mensyaratkan tidak boleh dipulangkan semula barang-barang jualan.
Namun ia masih tertakluk kepada beberapa situasi:
 
1. KHIYAR AR-RUKYAH Saya pernah mendengar tentang khiyar ar-rukyah. Apakah pula maksud khiyar ar-rukyah?
Selain tiga jenis khiyar yang telah dijelaskan, terdapat satu lagi khiyar iaitu khiyar ar-rukyah.
Khiyar ar-rukyah ialah hak pembeli untuk meneruskan akad atau merungkaikan kembali (membatalkan akad melalui fasakh) apabila melihat keadaan sebenar barang jualan.
Contohnya, pembeli mendapati saiz sebenarnya barang adalah kecil lantas berasa tertipu dan ingin membatalkan urus niaga tersebut.
 
SADARAN NAS Apakah dalil pensyariatan khiyar ar-rukyah ini?
Pensyariatan khiyar ar-rukyah adalah berdasarkan hadis, “Sesiapa yang membeli sesuatu dan dia tidak melihatnya, maka dia mempunyai khiyar jika telah melihatnya.” (Hadis mursal riwayatnya dhaif)
Walaupun begitu, la diamalkan oleh Sahabat Nabi
berdasarkan riwayat al-Baihaqi dan ath-Thahawi, laitu Usman bin Affan ra menjual tanahnya di Bashrah kepada Thalhah bin Ubaidillah r.a.
Maka dia berkata kepada Usman, “Engkau memperdayakanku,” lalu Thalhah berkata, “Untukku khiyar kerana aku membeli sesuatu yang aku tidak lihat.”
Kadi atau hakim ketika itu iaitu Jubair bin Matham menghukumkan khiyar ke atas Thathah.
Tidak ada riwayat yang menunjukkan para sahabat yang lain menolak penghakiman kadi itu.
Justeru, pihak pemerintah seharusnya menjadikan satu peraturan yang wajib bagi urus niaga online supaya memberikan hak memulangkan barang kepada pelanggan sekiranya barang jualan tersebut berlainan daripada tanggapan sebenar pelanggan.
 
2. TIDAK BOLEH KHIYAR Bolehkah penjual mensyaratkan tiadanya khiyar (hak memulangkan barang yang telah dibeli)?
Secara umumnya, penjual diharuskan mensyaratkan tidak boleh dipulangkan barang-barang jualannya yang telah dibeli oleh pembeli.
Namun masih tertakluk kepada beberapa situasi:
Pembeli dan penjual dalam jual beli biasa, iaitu pembeli telah melihat barang jualan yang mahu dibeli. Sekiranya penjual mensyaratkan tiada khiyar (iaitu tidak boleh dipulangkan kembali), maka ternafilah khiyar majlis. Pembeli tiada lagi hak untuk memulangkan semula barang. Namun jika ada kecacatan, pembeli masih mempunyai hak untuk memulangkannya semula di bawah khiyar kecatatan (khiyar al-aib). Pengguna mungkin perlu membuat tuntutan melalui mahkamah atau tribunal tuntutan pengguna sekiranya penjual ingkar memenuhi tuntutan pengguna.
Dari sudut syarak, sekiranya berlaku aib atau kecacatan, penjualmasih perlu bertanggungjawab berdasarkan hadis-hadis yang saya bentangkan sebelum ini.
 
3. BELI BARANG CONTOH Bagaimana pula jika pembeli membeli barang sampel seperti perabut, dan penjual mensyaratkan tidak bola dipulangkan semula?
Jual beli sebegini kedudukannya adalah sama seperti kes di atas.
Pembeli tidak mempunyai hak memulangkannya berdasarkan hadis, “Orang-orang Islam berpegang kepada syarat-syarat mereka.” (Riwayat Baihaqi)
Perabut sampel dan perabut yang dihantar secara lazimnya adalah bersaiz dan berbentuk dengan bentuk dan saiz yang sama.
Namun mereka masih mempunyai hak untuk tidak menerima barang yang dihantar, atau untuk menuntut ganti rugi atas sebarang kecacatan di bawah khiyar al-‘aib.
Atau menukarkan kepada barang baru sekiranya kecacatan tersebut berkait dengan struktur utama sesuatu barang.
Pembeli masih perlu menggunakan proses mahkamah atau tribunal tuntutan pengguna sekiranya penjual ingkar terhadap tanggungjawab ini.
 
4. BELI DARIPADA KATALOG Bagaimana pula jika pembeli membeli barang yang tidak dapat dilihat secara fizikal, sebaliknya hanya melihat melalui gambar atau skrin komputer?
Sekiranya barang yang dijual merupakan barang-barang yang biasa kedapatan di pasaran (diketahui saiz dan bentuknya), maka kedudukannya adalah sama seperti kes yang telah kita bincangkan sebelum ini.
Namun, sekiranya barang yang dijual sukar dilihat oleh umum di pasaran, pembeli masih mempunyai hak memulangkannya di bawah khiyar melihat barang (khiyar rukyah) walaupun penjual mensyaratkan tidak boleh dipulangkan semula
Pada situasi ini, jika penjual ingkar, kebiasaannya mahkamah atau tribunal yang perlu memutuskannya bagi mengelak pembeli daripada membuat dakwaan yang tidak berasas dan membebankan penjual.
Bagi memastikan kesahihan kontrak, pengguna perlu mengetahui kesahihan kewujudan pihak yang berkontrak tersebut.
 
5. BELI RUMAH ATAU KENDERAAAN Bagaimana pula khiyar dalam pembelian kereta dan rumah yang ada pada hari ini?
Secara khususnya, pembelian kereta termasuk dalam pembelian yang disyaratkan oleh penjual untuk tidak boleh dipulangkan semula. Syarat tersebut diharuskan sebagaimana yang telah kita bincangkan.
Sebagai pengguna, kita sebenarnya tidak mempunyai masalah khiyar ketika pembelian kereta, kerana pengguna masih mempunyai hak tidak menerima penghantaran kereta sekiranya
kereta itu mempunyai kecacatan. Pembeli sepatutnya melakukan pemeriksaan rapi sebelum menandatangani kertas penerimaan barangan.
Sekiranya terdapat kecacatan, pengguna masih berhak mendapatkan ganti rugi sebagaimana yang diperuntukkan dalam “Warranty” yang diberi kepada pelanggan, dan ini diharuskan syarak.
Demikian juga ketika pembelian rumah, pengguna masih berhak mendapatkan ganti rugi atau jaminan pembaikan terhadap rumah yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan perkara ini diharuskan oleh syarak.
 
Rujukan & Penutup Artikel ini adalah petikan daripada buku Q&A Muamalat, Dr. Asmadi Mohamed Naim, Pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM.
Di zaman ini, urusan jual beli sangat mudah berlaku hatta dihujung jari sekali pun.
Oleh itu penting bagi kita mengetahui hak-hak kita sebagai pembeli dan penjual.
Dengan ilmu, kita semua akan dapat mengelakkan diri daripada perangkap riba, perjudian, gharar dan kezaliman ketika bertransaksi.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua.
The post Memahami Khiyar Dalam Jual Beli (Hak Membatalkan Jual Beli) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/muamalat/khiyar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaedah Jual Beli Dalam Islam

Kaedah Jual Beli Dalam Islam

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 551 hits
Apakah hukum jual beli dalam Islam Artikel ini akan mengulas secara lengkap berkaitan topik jual beli dalam Islam seperti rukun hukum syarat syarat dan lafaz ijab dan qabul Panduan ini disediakan secara ringkas dan mudah agar memudahkan and...
Hukum Jual Beli Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat Kira

Hukum Jual Beli Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat Kira

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 529 hits
Ramai antara kita pasti pernah makan dulu kemudian kira dan baru bayar pada tuan kedai Terutamanya jika kedai makan yang jenis ramai dan penuh sesak dengan pelanggan Makanan yang diambil pula biasanya tak sempat dilihat peniaga ramai pelang...
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 984 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Ammar Zoni Dan Irish Bella Beli Kasur Seharga Mobil Ini Bentuknya

Ammar Zoni Dan Irish Bella Beli Kasur Seharga Mobil Ini Bentuknya

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 237 hits
Melansir dari channel Youtube Aish TV belum lama ini Ammar Zoni dan Irish Bella tengah mencari kasur yang nyaman untuk rumahnya Mereka pun menuju ke sebuah pusat perbelanjaan untuk mencari kasur yang cocok dan nyaman
Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 506 hits
Kisah suami isteri ni banyak kisah suka dan duka Ada waktunya semua perkara yang dilakukan jadi makin intim usik sana sini gurau semuanya jadi bertambah indah Penat pun sama sama Baik isteri atau suami haruslah saling faham memahami kepenat...
Cas Benarkan Chelsea Beli Pemain Januari 2020

Cas Benarkan Chelsea Beli Pemain Januari 2020

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 291 hits
Chelsea kini boleh menarik nafas lega apabila dibenarkan untuk membeli pemain pada jendela perpindahan pemain Januari 2020 yang akan datang Ini selepas mahkamah timbang Tara Sukan Antarabangsa ataupun CAS telah meringankan hukuman mereka ke...
Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 991 hits
Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari Disember dah tiba masa nilah ibubapa akan sibuk mencari kelengkapan sekolah anak anak KakYa pon sama awal bulan dah sibuk duk cari keperluan sekolah anak anak KakYa le...
Model Lelaki Berhati Murni Bantu Homeless Kl Beli Air Sambil Lepak Tanpa Hirau Bau Busuk

Model Lelaki Berhati Murni Bantu Homeless Kl Beli Air Sambil Lepak Tanpa Hirau Bau Busuk

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 790 hits
Sifat ihsan dan berbuat baik sesama manusia amat digalakkan tanpa mengira kaum agama atau paras rupa Walaupun dapat mengisi perut sebanyak lima kali sehari jangan dilupakan individu yang kurang kemampuan Itu dapat digambarkan dengan seorang...
Bos Bea Cukai Soal Harley Mampu Beli Barang Mahal Harus Mampu Bayar Pajak

Bos Bea Cukai Soal Harley Mampu Beli Barang Mahal Harus Mampu Bayar Pajak

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 253 hits
Kasus ini digolongkan sebagai penyelundupan seperti yang baru saja dilakukan oleh Direktur Utama Garuda Indonesia Di mana moge Harley Davidson ilegal keluaran 1970an dibawa bersamaan dengan datangnya pesawat baru
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri