Kadir Jasin Menteri Ph Jangan Mengidam Mercedes Pulak


Cerita Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, dan ahli majlis kerja (exco) membeli kenderaan rasmi jenis Mercedes Benz dengan harga dikatakan sampai RM700,000 sebuah tular di media arus perdana dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

Khabarnya ramai orang terperanjat, tetapi saya tidak. Dia pun manusia, bukan malaikat. Jubah dan serban tidak menjanjikan ketinggian budi, kesempurnaan akal dan rasa perikemanusiaan.

Orang banyak terperanjat kerana Kelantan negeri miskin dan baru dapat bantuan kewangan “one-off” daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM400 juta.

Orang alim agama selalu berkata, kita kena bersangka baik. Jadi saya ikutlah nasihat mereka. Dalam sangkaan baik saya itu, saya kata, MB Kelantan tak salah.


Pasal apa tak salah?

Pasal dia berpegang kepada nama kehormatan negerinya, iaitu “Darul Naim” yang bererti negeri kesenangan atau kenikmatan.

Adalah senang bagi MB PAS itu membelanjakan - khabarnya sampai RM700,000 - untuk membeli sebuah kereta mewah itu kerana dia berkuasa. Apa guna kuasa kalau tak digunakan.

Dengan kereta “top-of-the-line” buatan Jerman itu tentulah dia, ahli exco dan setiausaha kerajaan negeri akan berasa kesenangan dan kenikmatan luar biasa.


Macam-macam yang tinggi

Jadi kita janganlah marah sangat kepada dia. Dia sekadar menterjemahkan slogan negerinya - Darul Naim - menjadi kenyataan.

Orang Kelantan yang pilih PAS pun perlu rasa bangga boleh tengok MB, exco dan setiausaha kerajaan negeri mereka – 14 orang semuanya – dalam kesenangan dan kenikmatan.

Jangan peduli sangatlah dengan perangkaan tentang kesusahan dan kepahitan hidup rakyat totok Kelantan seperti kadar kemiskinan tertinggi di semenanjung, kadar ketagihan dadah tertinggi, kadar perceraian tertinggi dan macam-macam lagi yang tinggi-tinggi.

Orang miskin dan susah selalu dibagi tahu dan diajar oleh tok-tok guru dan ustaz selebriti bahawa hidup di dunia ini sementara saja. Susah di dunia, senang di akhirat.

Tapi MB, exco dan “state secretary” Kelantan, di dunia pun sudah senang. Di akhirat tak tahulah. Itu hak Allah.

Satu lagi, manalah tahu MB Kelantan bukan saja teruja dengan kenikmatan kuda besi buatan Jerman itu tapi ada cerita lain di sebaliknya.

Manalah tahu dia pun teruja juga dengan nama kuda besi itu – Mercedes.

Boleh jadi MB Kelantan tahu apa yang kebanyakan orang Kelantan tak tahu mengenai “Mercedes”.

Kalau belum tahu atau belum kenal dengan Mercedes, saya minta izin untuk bagi tahu dan perkenalkan.

Cik Mercedes adalah anak kepada Emil Jellinek, seorang usahawan automobil Eropah yang bekerjasama dengan syarikat Daimler-Motoren-Gesellschalf (DMG).

DMG adalah perkongsian di antara Gottlieb Daimler dan Carl Benz.

Manalah tahu, Mercedes menjelma dalam mimpi MB Kelantan dan membisikkan kepadanya dalam bahasa Jerman: “Das Beste oder nichts"

Oleh sebab MB Kelantan kini menaiki Mercedes, janganlah menteri-menteri Besar dan ketua-ketua menteri PH pun mengidamkan mimpi yang serupa.

Akhir kalam, saya tak pasti sama ada nombor plat DV itu ada apa-apa makna untuk MB Kelantan. Tapi sekadar berkongsi maklumat, dalam bahasa Latin ia adalah singkatan untuk “Deo Volente” yang bermaksud dengan izin Tuhan.

Wallahuaklam.

Kadir Jasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/01/kadir-jasin-menteri-ph-jangan-mengidam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Big Deal Says Kadir Jasin On Maszlee S Resignation

No Big Deal Says Kadir Jasin On Maszlee S Resignation

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 218 hits
Veteran newsman A Kadir Jasin has downplayed education minister Maszlee Malik s resignation last week saying the matter was a normal occurrence in any developed or politically unstable country In a developed country or in a country with uns...
Menteri Jangan Ugut Guna Kekerasan Terhadap Pengamal Media

Menteri Jangan Ugut Guna Kekerasan Terhadap Pengamal Media

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 229 hits
DENYUT REFORMASIKUALA LUMPUR Orang ramai diingatkan agar tidak menggunakan ugutan kekerasan ataupun bertindak di luar batasan undang undang jika tidak bersetuju terhadap pihak media yang melaporkan sesuatu berita Menteri Komunikasi dan Mult...
Takkan Nak Pakai Viva Belaka Menteri Timb Mb Kelantan Pertahan Kerajaan Negeri Beli 14 Buah Mercedes Benz

Takkan Nak Pakai Viva Belaka Menteri Timb Mb Kelantan Pertahan Kerajaan Negeri Beli 14 Buah Mercedes Benz

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 575 hits
Kerajaan negeri Kelantan pada 15 Januari 2020 mengesahkan pihaknya membeli kereta Mercedes Benz S 450 L AMG Line dengan plat pendaftaran DV1 sebagai kenderaan rasmi baharu untuk kegunaan Menteri Besar Ahmad Yakob dan ia dibeli sejak tahun 2...
Setelah Dapat One Off Jangan Pulak Off Dan Kencing

Setelah Dapat One Off Jangan Pulak Off Dan Kencing

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 271 hits
Mohd Shah RimSetelah dapat RM400 juta bayaran one off dari Kerajaan Pusat semoga janji dan jaminan ini menjadi kenyataan bukan sekadar BUAL KOSONG
Jho Low Rapat Dengan Seorang Raja Melayu Kata Kadir Jasin

Jho Low Rapat Dengan Seorang Raja Melayu Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 321 hits
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menyifatkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai evil genius iaitu orang pintar yang jahat Beliau berkata untuk menjadi orang perantaraan dalam skandal kewangan terbesar di duni...
Jangan Samakan Mercedes Dengan Unta Nabi S A W

Jangan Samakan Mercedes Dengan Unta Nabi S A W

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 420 hits
Via WhatsApp Nik Amar dan pemimpin PAS Kelantan Nak Pakai Merc Mewah Pakai lah Tapi jangan lah fitnah sandarkan kepada Nabi seolah olah Nabi itu cenderung kepda kenderaan Mewah Nik Amar membawakan kisah tentang unta Nabi dengan nama Al Qash...
Kadir Jasin Dan Rais Yatim Kecam Tindakan Sprm

Kadir Jasin Dan Rais Yatim Kecam Tindakan Sprm

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 273 hits
Kadir yang merupakan penasihat khas Mahathir mengenai hal ehwal media mengingatkan bahawa SPRM boleh hilang kewibawaan dengan langkah berkenaan Jangan didedahkan untuk buat ribut dan sensasi saja Wajib siasat dan ambil tindakan Kalau tidak ...
Pas Jangan Bawa Politik Kebencian Ke Sabah

Pas Jangan Bawa Politik Kebencian Ke Sabah

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 367 hits
Pas diingatkan tidak hadir ke Sabah bagi membawa kebencian dikalangan rakyat negeri itu Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Nasional Senator Aiman Athirah Al Jundi menegaskan kedatangan Pas untuk membantu jentera Barisan Nasional berkempen ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing