Kadar Tarif Elektrik Baru Mulai 1 Julai 2025


TERKINI: Tarif Elektrik Baru bermula 1 Julai 2025
Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027.
Menurut Suruhanjaya Tenaga, 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif selaras kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation – IBR).
Berikut dikongsikan kenyataan media rasmi dan apa yang perlu kita tahu tentang tarif elektrik baru berkuatkuasa 1 Julai 2025 ini.
PENGENALAN TARIF ELEKTRIK BARU BERMULA 1 JULAI 2025 – KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA TENAGA Struktur tarif elektrik baharu bertujuan untuk menjadikan bil elektrik anda lebih jelas, adil dan selaras dengan keadaan pasaran semasa. Ia memperkenalkan beberapa penambahbaikan utama:
1. Kategori Tarif Kategori tarif kini berasaskan tahap voltan dan bukan jenis aktiviti pelanggan (seperti komersial atau industri). Ini menjadikan struktur tarif lebih mudah difahami:
Domestik Bukan Domestik: Voltan Rendah, Voltan Sederhana, dan Voltan Tinggi 2. Komponen Bil yang Dipecahkan Secara Terperinci Bil elektrik anda kini menunjukkan pecahan kos yang lebih jelas, disusun dalam tiga komponen utama:
Caj Penjanaan Menampung kos penjanaan elektrik, termasuk:
Caj Tenaga – Kos bahan api untuk menjana elektrik Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) – Mencerminkan turun naik harga bahan api global dan kadar pertukaran mata wang Caj Kapasiti – Bayaran di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) 2. Caj Rangkaian
Menampung kos penghantaran elektrik ke premis anda, termasuk penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur.
3. Caj Runcit
Meliputi kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan dan pengurusan akaun.
3. Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) AFA menggantikan mekanisme ICPT yang terdahulu. Ia melaras tarif setiap bulan berdasarkan ramalan harga bahan api dan kadar tukaran asing.
Manfaat kepada pengguna termasuk:
Penyesuaian tarif yang lebih telus dan mudah difahami Mengelakkan kejutan bil akibat lonjakan tarif besar Menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap 4. Penambahbaikan Skim Masa Penggunaan (ToU) Skim ToU kini diperluas kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah yang mempunyai pemasangan smart meter. Tempoh waktu puncak dan luar puncak telah disemak semula untuk lebih mencerminkan permintaan dan kos sistem sebenar.
Pelanggan boleh menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak.
Kesimpulannya, struktur tarif baharu ini memupuk ketelusan, kecekapan, dan memberi lebih kawalan kepada pelanggan dalam mengurus penggunaan serta perbelanjaan elektrik mereka.
Sila rujuk kenyataan penuh Suruhanjaya Tenaga dalam lampiran di bawah:
Apa Yang Anda Akan Lihat Dalam Bil Bermula 1 Julai 2025? Sejajar dengan pengumuman Penstrukturan Tarif Elektrik bermula 1 Julai 2025, prinsip keadilan, ketelusan dan kesaksamaan menjadi tunjang dalam pelaksanaan struktur baharu bagi menyokong usaha Kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia.
Apa Yang Berubah Dalam Struktur Baru Ini?
Struktur tarif baru ini tidak lagi menggunakan sistem bertingkat (tiered pricing) seperti sebelumnya. *Ini bermaksud, jika biasanya kita bayar dari 21.8 sen/kWh (untuk penggunaan bawah 200kWh) sampai 57.1 sen/kWh (lebih 900kWh), sekarang semua guna kadar asas 45.40 sen/kWh.
TETAPI, kadar ini akan disertakan dengan pecahan caj ikut komponen: tenaga, kapasiti, rangkaian, dan runcit.
Tarif elektrik baharu ini akan dibahagikan kepada beberapa komponen dan dipaparkan dalam bil iaitu :
Caj Penjanaan Caj Rangkaian Caj Peruncitan Kita sebagai pengguna boleh nampak setiap komponen bil dengan jelas, seperti dalam infografik di bawah:
Menurut laman web Tenaga Nasional Berhad (TNB), pada Julai 2025, pelanggan akan menerima bil peralihan. Bil ini akan merangkumi:
Penggunaan elektrik sehingga 30 Jun 2025, yang akan dicaj berdasarkan tarif lama, dan Penggunaan bermula 1 Julai 2025 dan seterusnya, yang akan dikira berdasarkan tarif baharu. Pelanggan juga akan menerima risalah daripada Pembaca Meter yang mengesahkan bahawa bacaan meter telah dibuat. Menurut risalah tersebut:
Bil peralihan akan tersedia dalam masa 24 jam melalui aplikasi dan portal myTNB. Bagi pelanggan yang menerima bil bercetak, bil akan dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh bacaan meter. Bil elektrik untuk Ogos 2025 kemudiannya akan menunjukkan semua perubahan sepenuhnya, termasuk kadar tarif baharu dan komponen bil yang diperincikan.
Perbandingan Bil Domestik Lebih 23 juta pengguna Semenanjung Malaysia dijamin tidak terjejas dengan pelaksanaan Penstrukturan Semula Tarif Elektrik yang akan bermula pada 1 Julai 2025.
Sila rujuk ringkasan jadual dan infografik di bawah:
Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Berkenaan Tarif Elektrik Mulai Julai 2025 Adakah bil elektrik rumah saya akan naik? Lebih daripada 23 juta pengguna dijamin tidak terjejas oleh penstrukturan semula ini.
Bagi pelanggan domestik dengan penggunaan bulanan 1,000 kWh dan ke bawah, mereka akan menerima Insentif Kecekapan Tenaga sebagai sokongan tambahan.

Mulai 23 Jun 2025, pelanggan boleh menggunakan simulasi Kalkulator Bil Elektrik di https://www.mytnb.com.my/tariff untuk menganggar bil di bawah struktur tarif baharu.
Bagaimana nak jimatkan bil elektrik? Terdapat beberapa cara praktikal untuk pelanggan mengurus dan mengurangkan penggunaan elektrik dengan lebih baik:

🔍 Pantau penggunaan anda melalui portal atau aplikasi myTNB
Jika premis anda dipasang dengan smart meter, aplikasi myTNB membolehkan anda memantau penggunaan elektrik harian dan menetapkan Bajet Tenaga untuk membantu mengawal perbelanjaan bil elektrik.

💡 Amalkan penggunaan tenaga yang cekap di rumah atau tempat kerja
Tindakan mudah seperti mematikan peralatan elektrik yang tidak digunakan, menggunakan lampu LED, dan menetapkan suhu penghawa dingin pada tahap optimum (sekitar 24°C) boleh memberikan kesan yang ketara.

🔌 Pilih peralatan elektrik yang cekap tenaga
Cari peralatan yang mempunyai penarafan tenaga 4 atau 5 bintang. Walaupun harganya mungkin lebih tinggi, ia menjimatkan bil elektrik dalam jangka masa panjang.

☀️ Pertimbangkan pilihan Tenaga Boleh Diperbaharui
Jika sesuai, memasang panel solar atau melanggan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui boleh mengurangkan kebergantungan kepada grid dan menurunkan kos elektrik keseluruhan.

⏰ Manfaatkan skim Masa Penggunaan (ToU)
Dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak, pelanggan boleh menikmati kadar tarif yang lebih rendah dan mengurus bil bulanan dengan lebih cekap.
Apakah penambahbaikan tarif elektrik baru yang akan bermula pada Julai 2025? Struktur tarif elektrik baharu bertujuan untuk menjadikan bil elektrik anda lebih jelas, adil dan selaras dengan keadaan pasaran semasa. Ia memperkenalkan beberapa penambahbaikan utama:

1. Kategori Tarif
Kategori tarif kini berasaskan tahap voltan dan bukan jenis aktiviti pelanggan (seperti komersial atau industri). Ini menjadikan struktur tarif lebih mudah difahami:
Domestik
Bukan Domestik: Voltan Rendah, Voltan Sederhana, dan Voltan Tinggi

Di bawah struktur baharu ini, sistem harga 5 peringkat sedia ada (dari 21.80 sen/kWh hingga 57.10 sen/kWh) akan digantikan dengan sistem harga yang lebih ringkas:- 27.03 sen/kWh untuk penggunaan 1500kWh ke bawah- 37.03 sen/kWh untuk penggunaan melebihi 1500kWh

*Namun, bil elektrik kini akan akan paparkan caj tambahan yang diperincikan seperti tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan. Secara purata, jumlahnya sekitar 44.5 sen/kWh.



2. Komponen Bil yang Dipecahkan Secara Terperinci
Bil elektrik anda kini menunjukkan pecahan kos yang lebih jelas, disusun dalam tiga komponen utama:
a. Caj Penjanaan
Menampung kos penjanaan elektrik, termasuk:
Caj Tenaga – Kos bahan api untuk menjana elektrik
Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) – Mencerminkan turun naik harga bahan api global dan kadar pertukaran mata wang
Caj Kapasiti – Bayaran di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)

b. Caj Rangkaian
Menampung kos penghantaran elektrik ke premis anda, termasuk penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur.

c. Caj Runcit
Meliputi kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan dan pengurusan akaun.

Skim standard

Tarif Domestik (1500kWh dan ke bawah)
• Caj tenaga: 27.03 sen/kWh • Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh • Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh • Caj peruncitan: RM10/bulan

Tarif Domestik (Lebih 1500kWh)
• Caj tenaga: 37.03 sen/kWh • Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh • Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh • Caj peruncitan: RM10/bulan

3. Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA)

AFA menggantikan mekanisme ICPT yang terdahulu. Ia melaras tarif setiap bulan berdasarkan ramalan harga bahan api dan kadar tukaran asing.
Manfaat kepada pengguna termasuk:
Penyesuaian tarif yang lebih telus dan mudah difahami
Mengelakkan kejutan bil akibat lonjakan tarif besar
Menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap

4. Penambahbaikan Skim Masa Penggunaan (ToU)
Skim ToU kini diperluas kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah yang mempunyai pemasangan smart meter. Tempoh waktu puncak dan luar puncak telah disemak semula untuk lebih mencerminkan permintaan dan kos sistem sebenar.
Pelanggan boleh menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak.

Namun, permohonan perlu dibuat untuk menikmati kadar fleksibel ini.

Tarif ToU Domestik (1500kWh dan ke bawah)
• Caj tenaga (Puncak): 28.52 sen/kWh
• Caj tenaga (Luar Puncak): 24.43 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan

Tarif ToU Domestik (Lebih 1500kWh)
• Caj tenaga (Puncak): 38.52 sen/kWh
• Caj tenaga (Luar Puncak): 34.43 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan

𝐈𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐟 / 𝐑𝐞𝐛𝐚𝐭
• Penggunaan 600kWh dan ke bawah: Caj peruncitan RM10 dikecualikan
• Penggunaan 1000kWh dan ke bawah: Rebat sehingga 25 sen/kWh di bawah Insentif Cekap Tenaga
Berapa kadar baru tarif elektrik mulai 1 Julai 2025? Di bawah struktur baharu ini, sistem harga 5 peringkat sedia ada (dari 21.80 sen/kWh hingga 57.10 sen/kWh) akan digantikan dengan sistem harga yang lebih ringkas:
– 27.03 sen/kWh untuk penggunaan 1500kWh ke bawah
– 37.03 sen/kWh untuk penggunaan melebihi 1500kWh

Namun, bil elektrik kini akan akan paparkan caj tambahan yang diperincikan seperti tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan. Secara purata, jumlahnya sekitar 44.5 sen/kWh.

Skim standard
Tarif Domestik (1500kWh dan ke bawah)
• Caj tenaga: 27.03 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan

Tarif Domestik (Lebih 1500kWh)
• Caj tenaga: 37.03 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan

Rujuk jadual di bawah:

Apakah bantuan bil elektrik RM40? Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 iaitu bantuan bulanan sehingga RM40 sebulan bagi Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti elektrik yang berhampiran.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar tarif elektrik baru bermula 1 Julai 2025, sila rujuk laman web Tenaga Nasional Berhad : https://www.mytnb.com.my/tariff/index.html#faq



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tarif-elektrik-julai-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarif-elektrik-julai-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukai Sst Semakan Semula Kadar Cukai Jualan Dan Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025

Cukai Sst Semakan Semula Kadar Cukai Jualan Dan Skop Cukai Mulai 1 Julai 2025

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 123 hits
Cukai SST akan melalui semakan semula kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan bermula 1 Julai 2025 sebagai langkah strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekonomi negara Penambahbaikan ini dilaksanakan secara bersasar ...
Kerajaan Kenakan Sst 5 Ke Atas Buah Import Mulai Julai Bos Mydin Anggap Tak Masuk Akal Saya Memang Tak Setuju

Kerajaan Kenakan Sst 5 Ke Atas Buah Import Mulai Julai Bos Mydin Anggap Tak Masuk Akal Saya Memang Tak Setuju

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 91 hits
Kerajaan baru baru ini mengumumkan bahawa mulai 1 Julai 2025 cukai jualan sebanyak 5 peratus akan dikenakan ke atas buah buahan import di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan Sebaliknya buah buahan yang ditanam di dalam negara dikecua...
Cabaran Pastri Anchor 2025 Memilih Bakat Baru Pastri Malaysia

Cabaran Pastri Anchor 2025 Memilih Bakat Baru Pastri Malaysia

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 125 hits
Hi Korang Cabaran Pastri Anchor 2025 anjuran Anchor Food Professionals Malaysia Brunei meraikan cef pastri muda yang paling berbakat di Malaysia dengan menawarkan platform untuk mempamerkan kreativiti dan penguasaan teknikal mereka Pertandi...
Tarif Elektrik Naik Lagi Pakar Anggap Ini Masa Tepat Untuk Kenaikkan Tarif Elektrik

Tarif Elektrik Naik Lagi Pakar Anggap Ini Masa Tepat Untuk Kenaikkan Tarif Elektrik

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 78 hits
Suasana rumah Mak Leha malam itu sunyi Cuma kedengaran kipas siling berputar malas dan suara TV yang diputarkan perlahan Anak anak semua sudah tidur cucu pun dah letih main TikTok Mak Leha duduk di meja makan memegang sekeping bil elektrik ...
Tarif Baru Tapi Tak Terjejas

Tarif Baru Tapi Tak Terjejas

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 95 hits
Tarif Elektrik Baharu Mulai 1 Julai Tapi Ramai Tak Akan Terjejas Ramai yang risau bila dengar tarif elektrik akan naik mulai 1 Julai ni Tapi jangan panik dulu Suruhanjaya Tenaga kata kebanyakan isi rumah TAK TERKESAN dengan perubahan ini Ap...
Sabah Named Most Outstanding State N Sembilan Recognised As Most Progressive At Ibr Asean Awards 2025

Sabah Named Most Outstanding State N Sembilan Recognised As Most Progressive At Ibr Asean Awards 2025

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 112 hits
SABAH and Negeri Sembilan have emerged as top performers in governance and development earning national recognition for their strategic planning economic progress and public service delivery Their achievements will be formally recognised at...
7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 159 hits
Akhirnya terbentuk Boy Group baharu yang diberi nama Alpha bakal mewarnai dunia seni muzik melalu program realiti Big Stage Alpha Program yang telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan tujuh finalis yang terpilih diserap menjadi bintang...
Kitkat Showcases Borneo Cocoa At Micf 2025

Kitkat Showcases Borneo Cocoa At Micf 2025

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 188 hits
KitKat Dark Borneo Celebrates Local Cocoa at MICF 2025If you re a chocolate lover who cares about where your ingredients come from here s something sweet KitKat Dark Borneo just made a bold statement at the Malaysian International Cocoa Fai...
Score Marathon 2025 Run The World In Putrajaya

Score Marathon 2025 Run The World In Putrajaya

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 134 hits
33 000 Runners One Goal Conquer Your Next ChallengeSCORE Marathon 2025 by AIA Vitality is not just a run it s a movement With a record breaking 33 000 runners already signed up in under a month this year s marathon is turning Putrajaya into...
Berhenti Beli Emas Orang Tengah Jimat Harga Kilang Dealer Orodesign

Dimensi Psikologi Dalam Kejadian Kemalangan Jalan Raya Dengan Hidupan Liar

Manfaat Bawang Putih Untuk Kesihatan Tubuh

Discover Dermasuri S Exfoliating Glove Your Path To Silky Radiant Skin

Top Green Startup Ideas

Sri Pahang Diharap Tidak Berkubur Terus Dan Hanya Hilang Semusim Sahaja Dari Peta Liga Malaysia

Choosing The Right Mortar Cement For Reliable Masonry Work

Navigating Intellectual Property Law Protecting Innovations And Creativity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ringgit Extends Gains As Fed Signals Rate Hold

Benefits Of Eating Groundnuts Daily

Kalender Hijriyah 1447 Beserta Asal Usul Dan Sejarah

Beli Oleh Oleh Di Ameyoko Street Ueno

Fire Drill Pagi Ni

Pewangi Bilik Air Dan Tandas Terpaling Wangi