Kadar Pengangguran Meningkat Pada Nov 2020


 
Bernama -January 11, 2021 Menurut Jabatan Perangkaan, bilangan penganggur pada Nov 2020 meningkat sebanyak 2.2% atau 16,200 orang kepada 764,400 orang berbanding Okt seramai 748,200 orang.KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia meningkat sedikit sebanyak 0.1 mata kepada 4.8% pada Nov 2020 berbanding bulan sebelumnya dengan bilangan penganggur seramai 764,400 orang, menurut Jabatan Perangkaan.
Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata, perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan secara berperingkat pada bulan itu dengan aktiviti ekonomi terus beroperasi mengikut prosedur operasi standard ketat, menyaksikan penurunan kecil bilangan guna tenaga, manakala kadar pengangguran meningkat sedikit berbanding bulan sebelumnya.
“Antara lainnya, keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor kehilangan pekerjaan dan pembatalan atau pembekuan pengambilan pekerja baharu,” kata beliau dalam kenyataan.
Mohd Uzir berkata, bilangan penganggur pada Nov meningkat sebanyak 2.2% atau 16,200 orang kepada 764,400 orang berbanding Okt seramai 748,200 orang.
Penganggur aktif yang ditakrifkan sebagai mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, meningkat 2.3% iaitu seramai 637,700 orang (Okt 2020: 623,100 orang).
“Begitu juga penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya tiada pekerjaan yang tersedia meningkat sebanyak 1.3% kepada 126,700 orang (Okt 2020: 125,100 orang),” katanya.
Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja susut sebanyak 11,000 orang kepada 15.20 juta orang pada Nov (Okt 2020: 15.21 juta orang) selepas merekodkan trend menaik selama lima bulan berturut-turut.
Menurutnya, pada bulan tersebut, kategori pekerja meningkat 0.2% (+19,600 orang) kepada 11.78 juta orang dan sebaliknya golongan bekerja sendiri berkurang sebanyak 0.6%kepada 2.41 juta orang.
Beliau berkata, secara keseluruhan, kedudukan penawaran tenaga buruh mencatat perubahan kecil berbanding bulan sebelumnya dengan tambahan sebanyak 5,200 orang kepada 15.96 juta orang pada Nov 2020, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) menurun sedikit sebanyak 0.1 mata kepada 68.4% (Okt 2020: 68.5%).
“Bilangan mereka di luar tenaga buruh meningkat 0.4% (+27,100 orang) kepada 7.37 juta orang (Okt 2020: 7.35 juta orang). Antara lainnya, peningkatan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor keluarga yang memerlukan aktiviti mencari pekerjaan ditangguhkan untuk seketika,” katanya.
Menurut Mohd Uzir, secara keseluruhan, dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dan kesihatan yang berterusan di seluruh dunia dan dalam negara, adalah dijangkakan permintaan buruh lebih perlahan pada Dis 2020.
“Penawaran buruh akan kekal kompetitif dalam situasi yang mencabar ini,” katanya.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/kadar-pengangguran-meningkat-pada-nov.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Pengangguran November 2020 Pada Paras 4 8 Peratus

Kadar Pengangguran November 2020 Pada Paras 4 8 Peratus

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh Foto NSTP ASWADI ALIAS KUALA LUMPUR Kadar pengangguran meningkat sedikit sebanyak 0 1 mata peratus kepada 4 8 peratus pada November 2020 berbanding bulan sebelumnya yang mana jumlah penganggur setakat bulan berkenaan adalah 764 400 ind...
Kwsp Dijangka Umum Kadar Dividen Memuaskan Untuk 2020 Meskipun Negara Dibadai Covid 19

Kwsp Dijangka Umum Kadar Dividen Memuaskan Untuk 2020 Meskipun Negara Dibadai Covid 19

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 265 hits
PETALING JAYA Walaupun negara bawah perintah darurat dan sekatan pergerakan tidak semuanya suram Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangka mengumumkan dividen 2020 yang memuaskan dalam tempoh terdekat menurut sumber Sumber berkenaan yang rapa...
Dividen Asb 2020 Kadar Pengagihan Pendapatan Bonus

Dividen Asb 2020 Kadar Pengagihan Pendapatan Bonus

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 1128 hits
Berikut dikongsikan kadar pengagihan pendapatan dan bonus Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 Kadar dividen ASB 2020 adalah
5223 Kartel Daging Ajak Bincang Isu Ppim Enggan Layan Harian Metro 31 12 2020

5223 Kartel Daging Ajak Bincang Isu Ppim Enggan Layan Harian Metro 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 352 hits
Kuala Lumpur Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan mendedahkan rangkaian kartel daging ada menghubungi pihaknya untuk berbincang mengenai isu berkenaan Ia dipercayai ada kaitan dengan isu terbabit yang semakin p...
5220 Wujudkan Akta Halal Segera Ppim Harakah Daily 31 12 2020

5220 Wujudkan Akta Halal Segera Ppim Harakah Daily 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan mewujudkan akta halal bagi tindakan kawal selia dan melindungi industri halal ini secara holistik Ketua Aktivisnya Dato Nadzim Johan berkata akta ini perlu dilaksanakan bagi m...
5224 Isu Kartel Kembalikan Keyakinan Umat Islam Melalui Rci Nadzim Malaysia Gazette 31 12 2020

5224 Isu Kartel Kembalikan Keyakinan Umat Islam Melalui Rci Nadzim Malaysia Gazette 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 415 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik penubuhan badan Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal bagi merungkai masalah kartel penyeludupan daging import haram di negara ini Ke...
Hari Terakhir 2020 31 12 2020

Hari Terakhir 2020 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 390 hits
Assalamualaikum TAK TERASA TAHUN 2020 TINGGAL 1 HARI AKAN BERAKHIR KITA AKAN MENJELANG TAHUN BARU 2021 BUAT KELUARGAKU Kamulah yang terpenting dalam hidupKu BUAT YANG KU SAYANGI Aku minta maaf atas sikap tindak tandukku yang menyakitkan hat...
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 566 hits
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan Hari terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun yang baru Tahun 2021 Semoga dengan kehadiran tahun yang baru memberi kita seribu kemanisan Kalau dulu kita selalu di berikan satu semangat ...
5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 387 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel dalam wawancara Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakah Daily semalam Wawancara bertajuk Kartel Daging Haram Di Mana Silapnya
Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Indonesia Plans Rupiah Redenomination Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025

Pengalaman Glamping Berhawa Dingin Di Rare Hut Glamz Johor

Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya

Kelantan Pga Tumpaskan Perlombongan Emas Haram Tahan 5 Lelaki

Lebih Sudu Dari Kuah Perangai Suami Jaga Isteri Pantang Buat Ramai Terhibur