Kadar Pengangguran November 2020 Pada Paras 4 8 Peratus


Oleh Hazwan Faisal (Gambar hiasan) - Foto: NSTP/ASWADI ALIAS. KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran meningkat sedikit sebanyak 0.1 mata peratus kepada 4.8 peratus pada November 2020 berbanding bulan sebelumnya, yang mana jumlah penganggur setakat bulan berkenaan adalah 764,400 individu.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berikutan gelombang ketiga pandemik yang berterusan pada November lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan secara berperingkat bagi
membendung peningkatan drastik kes COVID-19 dan seterusnya mengimbangi keperluan di antara sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi.
ADVERTISEMENT
Katanya, pelaksanaan PKPB yang bermula di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor pada 14 Oktober 2020 telah diperluaskan ke seluruh negara kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.
Disyorkan Untuk Anda Kadar pengangguran Februari meningkatCOVID-19: Perniagaan perlu enam bulan pulih operasiTenaga buruh Malaysia 15.46 juta orangJumlah penganggur meningkat 17.1 peratus"Semasa PKPB, perjalanan merentas negeri adalah tidak dibenarkan, manakala aktiviti ekonomi terus beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.
"Oleh itu, pada November 2020 menyaksikan penurunan kecil dalam bilangan guna tenaga, manakala kadar pengangguran meningkat sedikit berbanding bulan sebelumnya.
"Antara lain, keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor kehilangan pekerjaan dan pembatalan atau pembekuan pengambilan pekerja baharu," katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, November 2020, di sini, hari ini.
Mohd Uzir berkata, bilangan penganggur pada November meningkat sebanyak 2.2 peratus atau bersamaan dengan 16,200 orang, merekodkan 764,400 penganggur (Oktober 2020: 748,200 orang).
Penganggur aktif yang didefinisikan sebagai mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, meningkat 2.3 peratus mencatatkan sejumlah 637,700 orang (Oktober 2020: 623,100 orang), katanya.
"Begitu juga penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya tiada pekerjaan yang tersedia meningkat sebanyak 1.3 peratus kepada 126,700 orang (Oktober 2020: 125,100 orang)."
"Mengenai situasi guna tenaga, pada November, bilangan penduduk bekerja turun sebanyak 11,000 orang kepada 15.2 juta orang (Oktober 2020: 15.21 juta orang) selepas merekodkan trend menaik selama lima bulan berturut-turut.
"Pada bulan berkenaan, kategori pekerja meningkat 0.2 peratus (+19.6 ribu orang) kepada 11.78 juta orang. Sebaliknya, golongan yang bekerja sendiri berkurang sebanyak 0.6 peratus merekodkan 2.41 juta orang. Kumpulan ini sebahagian besar adalah terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam dan gerai-gerai; freelancers; dan pekebun kecil," katanya.
Merumuskan kedudukan keseluruhan tenaga buruh, beliau berkata, dalam bulan terakhir tahun 2020, kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan di mana secara purata melebihi 1,500 kes sehari.
"Namun, aktiviti ekonomi terus beroperasi seperti biasa dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat. Pada bulan itu juga, didapati lebih banyak aktiviti perjalanan domestik berikutan perayaan Krismas, cuti sekolah dan cuti akhir tahun.
"Secara keseluruhannya, dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dan kesihatan yang berterusan di seluruh dunia dan dalam negara, dijangka permintaan buruh yang lebih perlahan berterusan pada Disember 2020. Sementara itu, penawaran buruh
akan kekal kompetitif dalam situasi yang mencabar ini," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kadar-pengangguran-november-2020-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Pengangguran Meningkat Pada Nov 2020

Kadar Pengangguran Meningkat Pada Nov 2020

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 189 hits
January 11 2021 Menurut Jabatan Perangkaan bilangan penganggur pada Nov 2020 meningkat sebanyak 2 2 atau 16 200 orang kepada 764 400 orang berbanding Okt seramai 748 200 orang KUALA LUMPUR Kadar pengangguran di Malaysia meningkat sedikit se...
Kwsp Dijangka Umum Kadar Dividen Memuaskan Untuk 2020 Meskipun Negara Dibadai Covid 19

Kwsp Dijangka Umum Kadar Dividen Memuaskan Untuk 2020 Meskipun Negara Dibadai Covid 19

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 215 hits
PETALING JAYA Walaupun negara bawah perintah darurat dan sekatan pergerakan tidak semuanya suram Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangka mengumumkan dividen 2020 yang memuaskan dalam tempoh terdekat menurut sumber Sumber berkenaan yang rapa...
Dividen Asb 2020 Kadar Pengagihan Pendapatan Bonus

Dividen Asb 2020 Kadar Pengagihan Pendapatan Bonus

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 1040 hits
Berikut dikongsikan kadar pengagihan pendapatan dan bonus Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 Kadar dividen ASB 2020 adalah
Penganjuran Iv Stem Day 2020 Memberi Manfaat Kepada Ramai Peserta

Penganjuran Iv Stem Day 2020 Memberi Manfaat Kepada Ramai Peserta

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 261 hits
Oleh Muhammad Naqib Afiq Hanuar Ahmad Hakim Khamis Norbaiti Tukiman Ahmad Khudzairi Khalid Universiti Teknologi MARA Johor Pada 24 Disember 2020 telah berlangsungnya majlis kemuncak program Hari Terbuka Kesukarelawanan STEM UiTM Cawangan Jo...
2020 Penuh Dugaan Agong Amp Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru 2021

2020 Penuh Dugaan Agong Amp Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 336 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billal Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baru 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia Meneru...
Tahniah Park Haejin Rangkul Anugerah Utama Di 2020 Mbc Awards Dek Drama Kkondae Intern

Tahniah Park Haejin Rangkul Anugerah Utama Di 2020 Mbc Awards Dek Drama Kkondae Intern

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 419 hits
Kelmarin telah berlangsung acara 2020 MBC Drama Awards dan telah dihadiri oleh ramai bintang terkenal Pertama kali sepanjang kariernya pelakon Park Hae jin berjaya membawa pulang Anugerah Utama berikutan lakonan hebatnya dalam drama Kkondae...
Cerita Sebalik Berita Rencam Politik Tanah Air 2020

Cerita Sebalik Berita Rencam Politik Tanah Air 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 226 hits
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ...
Tahun 2020 Melabuhkan Tirainya Dengan Hadiah Dari Abam Kie

Tahun 2020 Melabuhkan Tirainya Dengan Hadiah Dari Abam Kie

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 354 hits
Assalamualaikum semua Lagi beberapa jam saja tahun 2020 akan berakhir Tahun yang paling tak terduga oleh mama Pada masa yang sama jugak ia tahun yang paling bermuhasabah pada mama Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala qada dan qadar...
Count The Steps Hiking Bukit Damis 12 12 2020

Count The Steps Hiking Bukit Damis 12 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 331 hits
Count The Steps Hiking Bukit Damis hi there Few weeks ago 12 12 tu aku hiking dengan anak anak pergi bukit Damis Kat area rumah aku ni ada dua bukit sahaja yang dekat untuk pergi hiking iaitu Bukit Damis dan Bukit Tinubau Macam biasa hiking...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa