5220 Wujudkan Akta Halal Segera Ppim Harakah Daily 31 12 2020


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mewujudkan akta halal bagi tindakan kawal selia dan melindungi industri halal ini secara holistik.

Ketua Aktivisnya, Dato’ Nadzim Johan berkata, akta ini perlu dilaksanakan bagi menambah baik akta sedia ada.

“Sudah tiba masanya kita (Malaysia) mempunyai akta halal sendiri. Negara kita tidak ada akta halal. Kita hari ini hanya berdasarkan Akta Perihal Dagangan. Akta sedia ada memang tiada masalah, tetapi perlu yang lebih seragam antara kementerian dan agensi berkaitan.

“Kita pernah minta sebelum ini. Sedangkan di Amerika pun ada akta halal untuk pengguna Islam di sana,” katanya pada bual bicara Harakah bertajuk ‘Kartel Daging Haram: Di Mana Silapnya?’ di sini, malam tadi.
Menurutnya, tujuan utama adalah supaya industri halal negara mendapat perlindungan yang lebih baik.
“Sebagai contoh, sebuah lori yang sama membawa ayam sedangkan sebelum itu lori berkenaan membawa babi. Perkara ini tidak menjadi satu kesalahan kerana kita tiada akta untuk mensabit kesalahan itu. Benda ini sangat serius.
“Kita mahukan negara berterusan dikenali sebagai sebuah negara yang pensijilan halalnya dihormati,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nadzim turut menggesa pihak penguat kuasa terus membuat pemantauan terhadap kilang atau tempat simpanan daging import bagi mengenal pasti status halalnya.
Menurutnya, usaha itu perlu dilakukan bagi mengatasi kebimbangan yang sedang dialami rakyat susulan pendedahan yang berlaku ini.
“Penipuan begitu rancak belaku di luar sana. Jadi, dalam isu ini perlu mencari kaedah bagaimana untuk mengatasi kerana dengan timbulnya isu ini, rakyat menjadi bimbang untuk makan daging,” katanya.
Justeru, beliau turut menasihati para pengguna supaya lebih berhati-hati dalam memilih produk makanan serta pemilihan kedai makan supaya tidak mudah tertipu.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan pihaknya akan meneruskan siasatan bagi membongkar isu penyeludupan bekalan daging tanpa pengesahan halal ke negara ini.
Menurut Timbalan Menterinya, Dato’ Rosol Wahid berkata, pemantauan secara berterusan akan dijalankan dan serbuan akan dilakukan tanpa sebarang notis.
Sementara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Huzir Mohamed, berkata polis percaya bahawa kegiatan kartel daging import disyaki menggunakan label halal palsu itu membabitkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.
Artikel oleh: Harakah Daily

WUJUDKAN AKTA HALAL SEGERA - PPIM
https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/31/wujudkan-akta-halal-segera-ppim/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/12/5220-wujudkan-akta-halal-segera-ppim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wujudkan Segera Akta Halal

Wujudkan Segera Akta Halal

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 177 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa untuk segera mewujudkan akta halal bagi membolehkan tindakan kawal selia industri halal dapat diseragamkan dengan komprehensif Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata langkah ini
5241 Ppim Mahu Akta Halal Digubal Susulan Isu Kartel Daging Kini Tv 31 12 2020

5241 Ppim Mahu Akta Halal Digubal Susulan Isu Kartel Daging Kini Tv 31 12 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 423 hits
Kerajaan perlu melihat semula rancangan menggubal Akta Halal susulan pendedahan isu kartel daging haram baru baru ini Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan dalam satu sidang media hari iniS...
5232 Ppim Wants Halal Act Enacted Following Meat Cartel Scandal New Straits Times 31 12 2020

5232 Ppim Wants Halal Act Enacted Following Meat Cartel Scandal New Straits Times 31 12 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR It is time for the government to re look plans to enact the Halal Act following reports that a meat cartel has been smuggling non certified meat into Malaysia and selling it as halal beef Malaysia Muslim Consumers Association l...
5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 364 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel dalam wawancara Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakah Daily semalam Wawancara bertajuk Kartel Daging Haram Di Mana Silapnya
5215 Daging Halal Kesabaran Pengguna Ada Hadnya Sidang Media Ppim 31 12 2020

5215 Daging Halal Kesabaran Pengguna Ada Hadnya Sidang Media Ppim 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 389 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menerima pelbagai reaksi dari pengguna Islam yang amat kecewa berikutan pembongkaran sindiket pengimportan dan pelabelan daging import yang tidak disijilkan Umat Islam juga merasa amat kecewa kerana j...
6198 Terharu Pandai Pak Cik Tackle Pasti Buat Anda Menitis Air Mata Tv Ppim 29 12 2020

6198 Terharu Pandai Pak Cik Tackle Pasti Buat Anda Menitis Air Mata Tv Ppim 29 12 2020

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 315 hits
Andai ini kenangan terakhir korang bersama yang tersayang Adakah korang akan buat benda yang sama Tonton kisah pak cik tua ini Dia create win setiap hari sebab nak sama sama masuk syurga dengan isterinya Setiap kebaikan yang kita lakukan ta...
6185 Tertipu Kena Game Dengan Produk Muslim Siap Ada Tulisan Jawi Lagi Tv Ppim 25 12 2020

6185 Tertipu Kena Game Dengan Produk Muslim Siap Ada Tulisan Jawi Lagi Tv Ppim 25 12 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 510 hits
Mudahnya kita tertipu selama ni Korang boleh bezakan tak antara produk Muslim dengan produk bukan Muslim berdasarkan logo produk sahaja Kadang kadang kita sendiri pun tertipu dengan logo Ada tulisan jawi lepas tu siap guna nama Islamik lagi...
Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Paracetamol Vaccines Won T Cause Autism Says Health Ministry

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area

Top 19 The Greatest Historical Buildings From All Over The World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Lucky Cup Menu Signature Drinks Must Try Favorites

Sekadar Penjelasan Ringkas

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis