Kadar Kesuburan Di Malaysia Alami Penurunan Ketara


Kadar Kesuburan Di Malaysia Alami Penurunan Ketara
ARAU, 11 Ogos (Bernama) — Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1.7 anak pada 2023 berbanding 4.0 anak pada 1980, sekali gus Malaysia sedang menjadi negara menua disebabkan kadar kesuburan itu semakin menurun.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Abdul Shukur Abdullah berkata penurunan kadar kesuburan pada masa ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup termasuk peningkatan kos sara hidup, kecenderungan berkahwin lewat dan aspirasi keluarga moden yang memilih saiz keluarga kecil.
“Faktor seperti peningkatan penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja turut mempengaruhi keputusan berkaitan pembentukan keluarga. Di samping itu, keinginan untuk memiliki saiz keluarga lebih kecil disebabkan pertimbangan kewangan, komitmen kerjaya dan keutamaan peribadi turut menyumbang kepada penurunan TFR.
“Masalah kesihatan reproduktif dan ketidaksuburan juga menjadi antara penyebab yang perlu diberi perhatian dalam menangani isu ini secara menyeluruh,” katanya.
Teks ucapan beliau dibaca Pengarah Bahagian Penyelidikan, Kependudukan dan Keluarga LPPKN Adzmel Mahmod pada majlis perasmian Seminar Kependudukan Negeri Perlis 2025 sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia di sini hari ini.
BACA JUGA: Kadar Kesuburan Malaysia Menurun Secara Ketara – Nancy Perasmian seminar bertemakan ‘Penduduk Perlis: Kecil Negeri, Luas Aspirasi’ itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan dan Alam Sekitar negeri Wan Badariah Wan Saad.
Abdul Shukur berkata antara langkah kerajaan menangani isu itu adalah dengan melaksanakan advokasi berkaitan kesuburan melalui Program Bantuan Intrauterine Insemination (IUI) dan Advokasi Infertiliti (BuAI) sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kelahiran di samping memberikan kesedaran berkaitan faktor kesuburan.
Sementara itu, beliau berkata Perlis antara negeri menunjukkan penurunan TFR yang kini mencapai kadar 1.7 pada 2023 selain turut menurun daripada segi bilangan kelahiran hidup sebanyak 3,878 pada tahun sama berbanding 4,392 kelahiran pada 2016.
“Sehubungan dengan itu, adalah tepat pada masanya seminar ini diadakan bagi membincangkan langkah dan dasar yang perlu diambil untuk memperlahankan penurunan kadar kesuburan dan menyiapkan Perlis dalam menghadapi arus pantas perubahan demografi.
“Ia berlaku dengan menyediakan pelan perancangan dan pelaksanaan program melalui tiga teras utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Kadar Kesuburan Di Malaysia Alami Penurunan Ketara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/11/kadar-kesuburan-di-malaysia-alami-penurunan-ketara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Malaysia Sedang Jadi Negara Menua Lppkn Dedah Punca Terkini Kadar Kesuburan Menurun

Awas Malaysia Sedang Jadi Negara Menua Lppkn Dedah Punca Terkini Kadar Kesuburan Menurun

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 605 hits
Malaysia sedang menjadi negara menua disebabkan kadar kesuburan itu semakin menurun Ini jelas membuktikan apabila Kadar Kesuburan Jumlah di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1 7 anak pada 2023 berbanding 4 0 anak pada 1980 Sebagai...
Terpukau Naik Mrt Malaysia Pelancong Uk Dedah Beza Ketara Dengan London Underground

Terpukau Naik Mrt Malaysia Pelancong Uk Dedah Beza Ketara Dengan London Underground

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 300 hits
Terpukau Naik MRT Malaysia Pelancong UK Dedah Beza Ketara Dengan London Underground Bila merantau ke luar negara kita dapat melihat pelbagai keindahan dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat Sudah tentu kita juga akan merasai kemudahan ...
Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 317 hits
Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu menyokong proses damai antara Thailand dan Kemboja secara neutral selaras dengan nilai dan semangat ASEAN Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dibincangkan dalam...
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 344 hits
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar KOTA KINABALU 3 Ogos Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonom...
The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 1375 hits
The Colours of Life Malaysia MADANI Rakyat DisantuniLagu Lirik Gubahan Muzik Affan MazlanPenyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza TarudinPenyanyi Latar Fareez Khairul Mankimmal Aleya Allisyah Dila AsriMalaysia MadaniRakyat disantuniTimur barat sela...
Malaysia In A Shifting World Order

Malaysia In A Shifting World Order

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 207 hits
The global geopolitical landscape is undergoing a seismic shift For decades American dominance economically militarily and diplomatically has defined the post Cold War international order Today that dominance is increasingly challenged by e...
Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 492 hits
Teknik Penternakan Ikan Bioflok di Malaysia Panduan TerperinciPengenalan Penternakan ikan bioflok adalah satu kaedah moden yang semakin popular di Malaysia kerana kecekapan dan keberkesanannya dalam meningkatkan hasil ternakan dengan kos ya...
Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah

Amazing Beef Rib Recipe Grill

Akob Patin House 2

Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis