Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri Cara Bayaran Online Jakim


TAK SEMPAT GANTI PUASA TAHUN LALU ATAU SEBELUMNYA? INI KADAR FIDYAH 2023 YANG PERLU DIBAYAR
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.
Adakah anda tak sempat ganti puasa tahun lalu?
Anda tak pasti sama ada kena bayar fidyah atau tidak?
Jom kami kongsikan maklumat berikut.
Apakah Itu Fidyah? Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
DALIL PENSYARIATAN FIDYAH
 i) Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)
ii) Al-Hadis
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri Berikut adalah Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2022/2023
Kedah: RM1.80 Gandaan : Pilihan atas kemampuan Kalkulator online & Bayaran online: http://www.maik.gov.my/ Perlis: RM5.00 Gandaan : Tidak dikenakan Kalkulator online Bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer) Pulau Pinang: RM1.75 Gandaan : Ya Kalkulator online : http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php Perak: RM1.90 Gandaan : Ya Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/ Selangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan) Gandaan : Ya Kalkulator online : https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/ Wilayah Persekutuan: RM4.00 Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah Negeri Sembilan: RM1.75 Gandaan : Ya Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php Melaka: RM1.80 Gandaan: Ya Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/ Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan) Gandaan : Ya Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah Pahang: RM1.75 Gandaan : Ya Kalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/ Terengganu: RM1.75 Gandaan : Ya Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php Kelantan: RM1.75 Gandaan : Ya Kalkulator online : https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php Sarawak: RM1.75 Gandaan : Ya Sabah: RM1.75 Gandaan : Ya Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php Sumber: JAKIM Cara Kira Fidyah 2023 Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.
Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.
Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.
Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.
Apa Itu Gandaan Fidyah? Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.
Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah!
Baca juga :
5 Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah Niat Ganti Puasa Ramadan : Lafaz & Hukum Gabung Puasa Sunat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kadar-fidyah-2023/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kadar-fidyah-2023

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fidyah Cara Kira Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Online

Fidyah Cara Kira Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Online

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 276 hits
Bulan Ramadan semakin hampir tiba Hanya ada seminggu lebih je lagi kita akan bertemu Ramadan Dah habis ganti puasa ke tu Kalau belum cepat cepatlah ganti puasa Jangan sampai kena bayar fidyah ganti puasa pula Yang dah tak sempat nak melunas...
Cara Daftar Public Bank Online Banking 2023

Cara Daftar Public Bank Online Banking 2023

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 273 hits
PBeBank atau juga dikenali sebagai PBe adalah satu perkhidmatan perbankan dalam talian atau internet banking yang diberikan oleh Public Bank kepada pelanggan mereka Perkhidmatan ini adalah percuma untuk pelanggan mereka dan membolehkan mere...
Cara Buat Semakan Keputusan Upkk Mpkafa 2022 2023 Secara Online Dan Sms

Cara Buat Semakan Keputusan Upkk Mpkafa 2022 2023 Secara Online Dan Sms

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 411 hits
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA Modul Penilaian Kelas Al Quran dan Fardhu Ain 2023 akan diumumkan pada hari Khamis 9 Mac 2023 seperti yang telah dimaklumkan oleh pada 2 Mac 2023 yang lalu Semakan keputusan UPKK MPKAFA 2022 bagi ujian a...
Cara Daftar Dan Langgan Sooka 2023 Online

Cara Daftar Dan Langgan Sooka 2023 Online

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 210 hits
Cara Daftar dan Langgan Sooka 2023 Online APA itu Aplikasi Sooka Malaysia Bagaimana cara langgan pakej Aplikasi Sooka Panduan buat anda yang ingin ketahui cara daftar dan langgan Aplikasi Sooka secara online Untuk makluman anda Aplikasi Soo...
Tarikh Kadar Bayaran Str Fasa 1 2 3 4 Setiap Kategori

Tarikh Kadar Bayaran Str Fasa 1 2 3 4 Setiap Kategori

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 372 hits
Ramai yang tertanya tanya dan mungkin masih keliru berapa agaknya kadar bayaran STR yang diterima bagi setiap kategori Bujang Keluarga Warga Emas Berapa pula kadar bayaran STR yang akan diterima pada setiap fasa Betulkah ada bayaran STR Tam...
Str Bujang Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2023

Str Bujang Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2023

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 420 hits
Berita baik untuk golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas anda kini boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini Rujuk maklumat di bawah untuk m...
2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 402 hits
Jom rebut peluang mohon saham IPO Malaysia kerana ada peruntukan yang di sedia kan khas untuk kaum bumiputera sahaja Tak ramai dari kita yang tahu serta berminat untuk menceburi bidang saham terutama nya saham IPO Tahu kah anda pihak keraja...
Cukai Pendapatan Cara Kira Lhdn Refund Untuk Lebihan Bayaran

Cukai Pendapatan Cara Kira Lhdn Refund Untuk Lebihan Bayaran

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 288 hits
Cukai Pendapatan Cara Kira LHDN Refund Untuk Lebihan Bayaran BACA SINI Apa Maksud Lebihan Bayaran Tahun Taksiran 2022 Lebihan bayaran cukai bermaksud pembayar cukai sama ada individu atau badan korporat membayar cukai lebih daripada nilai c...
Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Belanjawan 2023

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Belanjawan 2023

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 148 hits
Jumaat lepas iaitu pada 24 Februari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan tentang diskaun PTPTN dalam Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia Madani yang merupakan sebuah kerajaan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord