Fidyah Cara Kira Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Online


Bulan Ramadan semakin hampir tiba. Hanya ada seminggu lebih je lagi kita akan bertemu Ramadan. Dah habis ganti puasa ke tu? Kalau belum, cepat-cepatlah ganti puasa. Jangan sampai kena bayar fidyah ganti puasa pula. Yang dah tak sempat nak melunaskan hutang puasa ganti selepas 1 kali Ramadan, wajib bayar fidyah. 
Kalau tak tahu kira bayaran fidyah, boleh guna kalkulator kiraan fidyah online menerusi portal Majlis Agama Islam negeri masing-masing sebab kadar bayaran fidyah berbeza mengikut negeri. Selain kemudahan kalkulator fidyah, boleh terus buat pembayaran fidyah secara online.


Maksud FidyahFidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.

Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu, atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan sehinggakan tidak sempat untuk menggantikan puasa tersebut bila hampir bulan Ramadan berikutnya.

Golongan yang wajib membayar fidyah Dan Cara Kiraan Fidyah1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

Contoh:
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:

Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah
30hari x RM4.00 = RM120.00

2. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM4.00 = RM28.00

*Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.
**Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.

*** Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.

3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)

4.Orang yang telah meninggal dunia
Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Contoh:
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)

5.Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadan
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh:
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah ( cupak )
3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)
Kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri Seluruh MalaysiaKadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Kadar fidyah juga berbeza setiap negeri.

Merujuk perkongsian Ustazah Asma’ Harun, cara kiraan bayar fidyah puasa seperti di bawah :


Cara kira fidyah puasa mengikut negeri Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar

Gandaan FidyahSekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh : 
jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qada puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Kadar bayaran fidyah 2022/ 2023 mengikut negeri dan cara bayar fidyah onlineUntuk memudahkan bayaran fidyah online, boleh gunakan kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik dan seterusnya membuat bayaran


1. Kedah : RM1.80Gandaan : Pilihan atas kemampuan
Kalkulator online & bayaran online : http://fidyahkedah.gov.my/
2. Perlis : RM5.00Gandaan : Tidak dikenakan
Kalkulator online & bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)
3. Pulau Pinang : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/
4. Perak : RM1.90Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
5. Selangor : RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://fpx.zakatselangor.com.my/
6. Wilayah Persekutuan : RM4.00Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
Kalkulator online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
7. Negeri Sembilan : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php
8. Melaka : RM1.80Gandaan: Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
9. Johor : RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)Gandaan : Ya
Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
10. Pahang : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/
11. Terengganu : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/fidyah/
12. Kelantan : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php
13. Sarawak : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator dan bayaran online : Laman web dalam penyelenggaraan
14. Sabah : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php
Bila perlu bayar fidyahFuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan

Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan

Jika lupa berapa hari puasa yang ditinggalkanMenurut Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau lupa bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).

Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadan yang telah dilangkau

sumber rujukan :
Zakat Selangor | Mufti Wilayah | Ustazah Asma' Harun | harianpost | Zakat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/03/fidyah-cara-kira-kadar-bayaran-dan-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri Cara Bayaran Online Jakim

Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri Cara Bayaran Online Jakim

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 354 hits
TAK SEMPAT GANTI PUASA TAHUN LALU ATAU SEBELUMNYA INI KADAR FIDYAH 2023 YANG PERLU DIBAYAR Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ...
Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya

Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 358 hits
Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya Sebagai umat Islam kita perlulah ketahui cara bayar fidyah serta golongan yang wajib laksanakannya Fidyah merupakan denda ke atas umat Islam yang telah baligh akibat melanggar huk...
Cukai Pendapatan Cara Kira Lhdn Refund Untuk Lebihan Bayaran

Cukai Pendapatan Cara Kira Lhdn Refund Untuk Lebihan Bayaran

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 288 hits
Cukai Pendapatan Cara Kira LHDN Refund Untuk Lebihan Bayaran BACA SINI Apa Maksud Lebihan Bayaran Tahun Taksiran 2022 Lebihan bayaran cukai bermaksud pembayar cukai sama ada individu atau badan korporat membayar cukai lebih daripada nilai c...
Cara Daftar Public Bank Online Banking 2023

Cara Daftar Public Bank Online Banking 2023

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 274 hits
PBeBank atau juga dikenali sebagai PBe adalah satu perkhidmatan perbankan dalam talian atau internet banking yang diberikan oleh Public Bank kepada pelanggan mereka Perkhidmatan ini adalah percuma untuk pelanggan mereka dan membolehkan mere...
2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

2 Cara Beli Mohon Saham Ipo Malaysia Secara Online

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 402 hits
Jom rebut peluang mohon saham IPO Malaysia kerana ada peruntukan yang di sedia kan khas untuk kaum bumiputera sahaja Tak ramai dari kita yang tahu serta berminat untuk menceburi bidang saham terutama nya saham IPO Tahu kah anda pihak keraja...
Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan Cara Kira Overtime

Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan Cara Kira Overtime

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 227 hits
HAK HAK UTAMA PEKERJA DI BAWAH AKTA KERJA 1955 BERKAITAN HARI KELEPASAN AM BERGAJI CUTI WAJIB PILIHAN BAGI SEMUA MAJIKAN DI MALAYSIA CARA KIRA OVERTIME BAGI PEKERJA Tahukah anda TIDAK semua cuti am wajib diambil oleh Majikan Sebenarnya hany...
Begini Cara Kerja Gestun Online

Begini Cara Kerja Gestun Online

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 216 hits
Gestun atau gesek tunai merupakan sebuah istilah yang umum digunakan untuk menarik uang tunai menggunakan kartu kredit Cara ini menjadi sangat populer dikalangan pengguna kartu kredit lantaran memiliki banyak sekali keuntungan Salah satunya...
Tips Dan Cara Bayar Tagihan Listrik Pln Supaya Tidak Kena Denda

Tips Dan Cara Bayar Tagihan Listrik Pln Supaya Tidak Kena Denda

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 196 hits
Begini tips dan cara bayar listrik PLN supaya kamu tidak terkena denda Jangan sampai tagihan membengkak karena lupa terbayar ya
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever