Tarikh Kadar Bayaran Str Fasa 1 2 3 4 Setiap Kategori


Ramai yang tertanya-tanya dan mungkin masih keliru, berapa agaknya kadar bayaran STR yang diterima bagi setiap kategori – Bujang, Keluarga & Warga Emas.
Berapa pula kadar bayaran STR yang akan diterima pada setiap fasa?
Betulkah ada bayaran STR Tambahan? Siapa yang layak menerimanya?
Pada 1 Mac 2023, LHDN telah mengemaskini jumlah kadar bayaran yang akan diberikan kepada setiap penerima BKM yang layak pada setiap fasa, iaitu dari Fasa 1 hingga Fasa 4.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah? STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Syarat Kelayakan Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. Warga Emas Tiada Pasangan Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. Bujang Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4 Tarikh pembayaran STR bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :
Fasa 1 – Januari 2023 Fasa 2 – April 2023 Fasa 3 – Julai 2023 Fasa 4 -November 2023 Baca juga: Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya
Cara Semak Bayaran STR Yang Akan Diterima Bagi penerima STR yang layak, anda boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima secara terperinci seperti berikut:
Caranya, anda hanya perlu log masuk ke akaun BKM anda di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kemudian isikan kata laluan seperti biasa dan pergi menu menu Semakan (*Rujuk gambar di bawah).
Anda boleh membuat cetakan surat tersebut untuk memudahkan anda merujuknya bagi fasa pembayaran seterusnya nanti.
Jumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Pembayaran akan dibuat secara berfasa – iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2023.
Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap fasa.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM100 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100 JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM3001-2RM4003-4RM6005 dan lebihRM800 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM01-2RM1503-4RM2005 dan lebihRM250 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM2001-2RM6003-4RM9005 dan lebihRM1200 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM01-2RM03-4RM3005 dan lebihRM500 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0 KategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0 SUMBER RUJUKAN: PORTAL MANFAAT BELANJAWAN 2023 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Kadar Tambahan Bayaran STR 2023 Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan
Baca juga: Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari
Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran STR bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah dalam ruangan di bawah:
Bilakah pendaftaran STR 2023 dibuka? Permohonan STR boleh dibuat:
Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Bagaimanakah cara membuat Permohonan STR 2023? Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR 2023 LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan? Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.
Bilakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima? BKM Fasa 2 akan diterima mulai April 2023.
Berapakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran STR Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100
Bilakah STR Fasa 3 akan dikreditkan? Bayaran STR Fasa 3 akan dibayar pada Julai 2023.
Berapakah bayaran STR Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori?
Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM400
3-4 anak: RM600
5 anak dan lebih: RM800

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM150
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih: RM250

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150
Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat? Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan diterima pada November 2023.
Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4? JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500

ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)

Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200

iii) Kategori Bujang 21-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0

iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
Berapa kalikah bayaran STR akan diterima? Bayaran akan dibuat sebanyak 4 kali.
Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori Bujang? RM350
Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori warga emas? RM600


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bayaran-str-fasa-1-2-3-4/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-str-fasa-1-2-3-4

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Str Fasa 2 Tarikh Jumlah Bayaran Kategori Bujang Keluarga

Str Fasa 2 Tarikh Jumlah Bayaran Kategori Bujang Keluarga

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 201 hits
STR Fasa 2 Tarikh Jumlah Bayaran Kategori Bujang Keluarga Bantuan Tunai Rakyat kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah Bayaran Fasa 1 akan telah disalurkan pada 17 Januari 2023 dan rata rata penerima bantuan sebelum ini menun...
Tarikh Str Fasa 2 Bagi Bantuan Kerajaan 2023

Tarikh Str Fasa 2 Bagi Bantuan Kerajaan 2023

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 396 hits
Tarikh STR Fasa 2 Bagi Bantuan Kerajaan 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ambillah hari ini admin ingin berkongsi satu info berkaitan dengan tarikh str fasa 2 adalah merupakan inisiatif bantuan tunai berikutnya selepas pembaya...
Str Bujang Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2023

Str Bujang Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2023

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 420 hits
Berita baik untuk golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas anda kini boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini Rujuk maklumat di bawah untuk m...
Str Fasa 2

Str Fasa 2

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 301 hits
STR FASA 2 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Sumbangan Tunai Rahmah akan dipercepatkan dari bulan Mac kepada Januari 2023 Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh dan jumlah bayaran STR Fasa 1 semoga membantu APA ITU SUMBANGA...
Bantuan Musim Tengkujuh Bmt 2023 Tarikh Bayaran Semakan

Bantuan Musim Tengkujuh Bmt 2023 Tarikh Bayaran Semakan

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 300 hits
PERMOHONAN SEMAKAN KEMASKINI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH Golongan pesawah dan pekebun kecil getah yang bertarung dengan cuaca tidak menentu terutama sewaktu musim tengkujuh turut tidak terkecuali daripada mendapat manfaat dalam Belanjawan 2023 ...
Buat Duit Usd Setiap Bulan Secara Pasif

Buat Duit Usd Setiap Bulan Secara Pasif

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 200 hits
Bagaimana Cara Buat Duit USD Setiap Bulan Secara PasifAnda ingin tahu panduan rahsia bagaimana cara buat duit USD setiap bulan dengan mudah Artikel ini Paksu akan berkongsi bagaimana cara buat duit USD setiap bulan secara pasif sahaja denga...
Kekalkan Fungsi Usus Yang Baik Setiap Hari Dengan Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik

Kekalkan Fungsi Usus Yang Baik Setiap Hari Dengan Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 424 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman peny...
Saya Dipukul Majikan Malaysia Setiap Hari Dakwa Bekas Amah Indonesia

Saya Dipukul Majikan Malaysia Setiap Hari Dakwa Bekas Amah Indonesia

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 153 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sebelah telinga mengalami kecacatan empat gigi hilang dan parut di bibir atas antara peringatan buat Meriance Kabu terhadap pengalamannya bekerja di Malaysia selama lapan bulan Pengalaman pahit yang didakwa dilalu...
Buat Duit Usd Dengan Mudah Setiap Bulan

Buat Duit Usd Dengan Mudah Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 453 hits
Buat Duit USD Dengan Mudah Setiap Bulan Secara PasifRamai yang ingin tahu bagaimana cara buat duit USD dengan mudah setiap bulan Dengan memiliki sumber pendapatan sampingan dan boleh buat side income dalam USD setiap bulan sangat menguntung...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025